Koko Odd: This Is My Story.

Koko Odd: This Is My Story.

Thursday, September 3, 2009

Melawat sambil menderma diRumah Anak-Anak Yatim.

Khamis, 3 September - As'salamualikum wahai para sahabat sekalian. Hari ni aku berpeluang bersama dengan ahli jawatan kuasa surau PG8-Intel melawat ke kediaman anak-anak yatim di Padang Serai dan Sik. Seperti tiap2 tahun, bila Ramadhan menjelma...kami selaku warga-warga kerja Intel akan membuat 1 kutipan derma, dana khas untuk disumbangkan pada bulan yang mulia ini dan hasil dari kutipan itu, kami akan mengagihkan kepada rumah anak-anak yatim dan juga untuk golongan orang-orang susah. Sumbangan yang diberi berbentuk keperluan makanan, pakaian dan sedikit bantuan kewangan. Hari ni ada 3 destinasi yang akan kami terjah, tapi aku berkesempatan berkunjung ke 2 tempat saja. First destination depa kat area Permatang Pauh, yang tu tak silap aku depa p tempat kediaman untuk golongan yang susah. Alhamdulillah sumbangan berjaya dibuat.

Destinasi ke 2: Kg Paya Ketiau, Padang Serai.
Kunjungan kami ke sana adalah untuk memberi sumbangan kepada 5 org anak yatim, dikhabarkan mereka baru kehilangan seorang ayah pada July 2009, manakala ibu mereka pula pada July 2008, tak sure sgt tarikh tu bila. Kedatangan kami disambut oleh Pakcik Azmi yg juga selaku Bapa Sedara kepada 5 org budak ni. Tadak apa sgt nak aku ceta, cukup lah setakat tu saja, faham2 sendri la noo...kat bawah ni ada ler sket gambaq2 masa nak p sana.

Jika ada sapa2 yg berniat nak bagi sumbangan bole lah menghubungi En Azmi - 013 4886952.

Sementara menunggu angkatan ke 3 sampai, snap dulu skeping. Dari kiri: Lebai JJ, SinChan and kat blakang tu Ajuah KHS.



Antara rakan2 yang sudi hadir untuk membantu mengagihkan hasil kutipan derma.



Pakcik Azmi, org yg bertanggungjawab menjaga kebajikan 5 org anak buahnya.



Masa ni dok tggu Pakcik Azmi ngan Satar p ushar jalan...tgk keta bole masuk ka tidak.



Huihhh...tak kan depa dok sini kot, ni rumah 'hantu'.



Ooo...silap2 ataih tu bukan dia, ni ha rmh yang berkenaan.



Keikhlasan seorang blogger mengangkat beraih hehehe.



Sesi berbual bersama keluarga yang sudi mengambil berat tentang 5 org bradik yang telah kehilangan ibubapa, semoga tuhan sajalah yang dapat membalas segala baik budi pakcik dan makcik ni, amin.



Kesian budak ni, baru berumur 2thn, dah tak merasa kasih syg ibubapa. Apa yang lebih menyedihkan, 2 mggu selepas adik ni dilahirkan...ibunya telah pergi menyahut seruan ilahi dan yang terbaru, ayahnya pulak pergi menemani ibunya, tak silap aku dalam pertengahan bulan 7 tahun ni, sian depa 5 bradik.



Antara bentuk sumbangan yang termampu untuk kami beri.



Terbiar...setelah ketiadaan ayah dan ibu, rumah ni terus ditinggalkan tanpa berpenghuni.



Destinas ke 3: Madrasah Al-Farabi, Pertubuhan Bela Didik Anak-anak Yatim & Miskin, Sik.
Seterusnya....dari Padang Serai kami terus ke Sik, untuk memberi sumbangan diRumah Anak2 yatim & miskin. Kedatangan kami diambut oleh Ustaz Tamimi dan Ustaz Farabi. Madrasah ni dibina atas dasar perikemanusiaan, tidak mendapat mana2 bantuan kewangan. Apa yang mereka perolehi adalah hasil dari sumbangan org ramai dan hasil usaha sendiri. Tiada yuran dikena kan, segala ilmu yang diajarkan disini, diberikan secara percuma. Bah kan mereka sendiri akan turun/pergi ke kg2 untuk mencari anak-anak yg kehilangan ibubapa atau anak-anak yang ibubapanya tidak mampu untuk memberi anak mereka pendidikan. Tenaga pengajar ada 3 org, dua daripadanya ialah Ustaz Tamimi dan Ustaz Farabi, dan lagi 1 aku tak sure namanya, sebab tadak masa kami pi (minta maaf byk2 sebab lupa nak tanya nama). Itulah serba sedikit pengenalan untuk Madrasah Al-Farabi ni. Sekian saja dari aku Odd...As'salamualaikum.

Jika ada sapa2 berminat nak buat sumbang, bole la kontek no. ni - 04 4694385 & 017 5723922

Sggh 'supermarket' sat, beli barang2 yg hendak didermakan pada rumah anak yatim satg.



Antara barangan keperluan yang sempat dishopping.



Gila2...Bro Well buat bisnes sengap2. Ni dia duta bagi produk Kopi 'Bapak' Tarik hehehehe.



Inilah Madrasah Al-Farabi, dalam proses renovate. Tiada peruntukan dari kerajaan negeri, semuanya hasil dari sumbangan org ramai yang dikumpul sedikit demi sedikit.



Perbelanjaan pengubah suai'an ni memakan belanja kira rm100k.



Kedatangan kami disambut oleh anak2 yatim yg datang untuk bersalaman.



Sesi interbiu bersama Ustaz Tamimi.



Sedikit ucapan dari Ustaz Farabi kepada anak2 muridnya.



Speaker dari pihak Intel, sedara Md Noor.




Lihatlah wajah anak-anak ini, dalam usia begini mereka telah diuji oleh Allah SWT, tanpa merasa kasih sayang ibu/bapa & juga kesempitan hidup. Mudah-mudahan apa yang mereka pelajari disini, akan diamalkan pada masa hadapan, insya'allah.




Sesi amik duit raya.



Satar, selaku ketua rombongan menyerahkan sedikit sumbangan berbentuk wang kepada Ustaz Farabi.



Suasana dalam asrama Madrasah Al-Farabi.



Giant dok bagi motivasi dan kata2 semangat kepada anak2 yatim ni.




Alhamdulillah, apa yang dirancang hari ni berjalan dengan lancar. Sekian saja.


"Sesungguhnya, yang baik itu datang dari Allah SWT
dan yang buruk itu datang dari kita sendiri"

1 comment:

  1. harap harap dapat datang lg la kat madrasah al farabi ni

    ReplyDelete