Koko Odd: This Is My Story.

Koko Odd: This Is My Story.

Wednesday, September 16, 2009

Amal Kebajikan.

Rabu, 16 September - As'salamualaikum and slamat petang to all muslimin & muslimat. Alhamdulillah...kita dah semakin hampir dengan Syawal, tggl lagi beberapa hari saja lagi semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Kebanyakkan umat2 yg beragama Islam sedang sibuk dengan persiapan menyambut raya. Tapi disebalik kegembiraan kita hendak menyambut hari lebaran ini, masih ada lagi saudara Islam kita yang hidup dalam serba kekurangan dan kemiskinan. Hari ni aku berpeluang skali lagi, untuk mengikuti warga2 Intel membuat agihan barang2 keperluan kepada golongan-golongan susah, yg memang memerlukan bantuan. Hasil dari kutipan derma untuk Tabung Kebajikan PG8 (Intel), ada lah serba sedikit barang2 keperluan yg mampu kami sediakan untuk golongan susah ini.

1. Keluarga Mu'alaf, Kg Nagalilit.
Hasil infomasi dari seorang sahabat, destinasi 'terjahan' pertama kami adalah ke Kg Nagalilit (Alamak...sblah tmpat aku rupanya hehehe). Sebuah keluarga yang tergolongan dalam golongan Mualaf, coz dulu family ni beragama Hindu....selepas mendapat hidayah tentang agama Islam, terus 1 family telah memeluk agama Islam, alhamdulillah. Kedaifan keluarga ni memang bole nampak sgt, tiada sumber pendapatan tetap. Keluarga ni mempunyai 5 org anak, sebab tak mampu nak sara, salah seorang dari anak mereka telah diberi kepada org lain untuk dijaga. Kesian aku tengok family, tapi nak wat camna...tu jer yg mampu buat. Maleh ceta panjang, kat bawah ni ada la 2-3 keping pic masa kat rumah depa.

Berkumpul kat Petronas Jln Hi-Tech.



View dari MPV Pak Wan :p



Kita sudah sampai, moh bawak keluaq barang2 keperluan.



Pak Wan, selaku wakil dari warga Intel, memberikan sepatah 2 kata. Kebetulan nama Islam abg ni pun Ridzuan jugak.



Adik ni nama Mohd Rejab (kalau tak silap aku la).



Bergambaq la pulok.



Giant memberi kata2 akhir kepada Abg Wan, sebelum beredar.



Tadaa...penuh satu 4 wheel ngan barang2 keperluan dapoq.



2. Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim / Miskin Al-Wadi, Kupang.
Dari Nagalilit, kami meneruskan terjahan ke Kupang, Baling. Destinasi ke 2 ni tertumpu kepada rumah Anak2 Yatim Al-Wadi. Kunjungan kami disambut oleh Ustaz Mat Daud dan bersama beberapa org kakitangan yg bertugas disitu. Sumbangan kali ni berupakan wang ringgit, ada la sikit2. Setelah selesai menyumbangkan hasil sumbangan warga Intel, kami telah meminta Ustaz Mat Daud menglistkan 10 buah keluarga yang memang memerlukan atau layak menerima bantuan keperluan. Baki dari keseluruhan dana tabung kebajikan, kami hanya mampu menyediakan 10 set, ermmm....lebih kurang macam hamper laaa...untuk diagihkan kepada keluarga yg memerlukan bantuan kepeluan harian. Memang menyentuh perasaan...layan jer la.

Nindia...rmh anak2 yatim tu.



Ustaz JJ ngan Ustaz Ridzuan.



Dalam pembinaan, bangunan yg akan dijadikan sebagai dewan makan.



Hehehe...posing2.



Murah rezeki, beras2 dan segala macam keperluan dapoq, hasil dari sumbangan org ramai.



Sesi bersembang bersama Ustaz Mat Daud.



Ustaz Mat Daud dok tengah list down 10 buah keluarga yg mmg sgt2 memerlukan bantuan.



Pak Wan dah dapat adik angkat hihihihi.



Menuju ke destinasi pertama untuk mengagihkan bantuan keperluan.



Keluarga #1





Keluarga #2





SinChan sempat memberikan posing setelah menyedari kehadiran kameraman.



Keluarga #3




Keluarga #4





Keluarga #5




Keluarga #6



Kalau hampa nak tau, jaloq2 kat dinding tu mewakili takat 'air pasang' yg mencapai paras bahaya apabila berlakunya banjir, baru2 ni pun ada kena gak.



Keluarga #7


Antara rakan sekerja yg sempat membayar Zakat Fitrah.



Sekali tgk mamat ataih 4x4 tu dah macam warga Al-Wadi hehehehe.



Keluarga #8

Makcik ni ada 14 org anak (kalau tak silap aku). Hampir kesemua anak2 nya sedang menuntut di Universiti. Moga2 bila semua anak2nya dah grad sok ni, berubah la sket kehidupan makcik ni. Setiap benda yang berlaku, pasti ada balasan nya...insya'allah.



Ustaz Mat Daud sedang bercerita sedikit sebanyak tentang keluarga2 susah yg diperkenalkan kepada kami. Jasa baik ustaz dlm membela nasib org miskin dlm kg ni amat lah dihargai.



Nampaknya Md Noor pun dah dpt adik angkat hihihihi.



Keluarga #9





Masa untuk berposing plak.



Keluarga #10



Setelah selesai semua kerja2 kebajikan, kami meminta diri kepada Ustaz Mat Daud dan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada beliau yg sudi membawa kami kepada keluarga2 susah tersebut. Destinasi berikutnya, keluarga #11...kawasan area Baling, tapi hat ni bukan keluarga susah la hehehe. Mat Noor ajak singgah kampung halaman dia sat (pandai btoi dia, bulan2 posa ni la baru nak invite p rumah, masa musim buah ari tu tak plak invite hehehe), so kami semua ON jer. Sempat la jugak jenguk2 'marka' kat Uptown Baling tu hehehehe (la tak insaf lagi).

On the way tu, singgah dulu rumah Allah SWT...dah masuk waktu Zohor daa.




Nahhh...potongan hebat, 20% + 70% less...hampir2 kepada harga 'Free', gila2 punya promote.



Ketibaan kami disambut oleh Pak Harun (bapak Mat Noor).



Melawat sekitar 'jajahan'....luas sungguh.



Tgk...siap ada ayaq sungai lagi, Pak Wan nyarih2 stunt, mujoq aku dan halang.



Nohhh...pensan.



Beramah mesra bersama Pak Harun.



Memang best environment kg Mat Noor, tenang jer.




Goodbye Baling.



Alhamdulillah...semua sumbangan berjalan dengan lancar. Apa yang kami salurkan mungkin lah tak seberapa dan tak sebanyak mana, tp sedikit sebanyak bole la meringan kan beban keluarga2 susah tadi tu. Kalau ikutkan, banyak lagi golongan susah dalam kg Kupang ni...tapi kami hanya mampu menyediakan apa yang termampu sahaja. Tu baru dalam kawasan kg, luaq kawasan or sekitar kawasan Baling plak, mcm mana ??? Tak dinafikan kawasan daerah Baling ni masih ramai lagi keluarga yang hidup dalam kesusahan, tempat kediaman pun harapkan ehsan dari penduduk sekitar. Macam mana semua ni bole berlaku, bukan kah kat Malaysia ni ada peruntukkan untuk golongan miskin ni ?? Sapa kita nak salah kan ?? Jadi pandai2 la kita pk sendri. Jadi, pengajaran untuk hari ni, juga akan aku jadikan panduan untuk diri aku sendiri pada masa akan datang. Kalau kita rasa hidup kita ni susah, aku rasa ada lagi orang yang lebih susah dari kita. Kalau kita rasa, hari kita makan lauk tak sedap, ada lagi orang yang sampai tadak apa nak makan. Jadi bersyukurlah dengan apa yang kita kecapi hari ni, sekian. As'salamualaikum.

No comments:

Post a Comment