Sabtu, 11 July - Hai...hai..hai...MHI. Helo to all raiderz, sapa2 yg keja kat Penang...hari ni adalah hari cuti umum untuk 'Sultan Penang' hehehehe, mesti masing2 ada program tersendiri. Bagi aku yg 'hantu' kayuh ni mesti la ada event yg sempoi punya. Cadang nak layan trek kat SP, Bukit Digi tu, tp disaat2 akhir Bro Razif kol ajak kayuh diBaling dgn 'merasuah' buah durian hasil tajaan Bro Sukri (AnakSiong) sebagai perangsang untuk menarik aku berkayuh disana hehehehe. So...this morning, mari kita terjah dusun durian Bro Sukri. Ramai jugak raider yang hadir hari ni, memang sumanya 'hantu' durian, tolak Zan sorg saja. Raider yang menjayakan program hari ni ialah: Aku (Odd), Mait Apit, Manap M6, Zizan, Din Discovery, Jamil Bestkal, Megat & son, Pon Alya, Mi Giant, Zaidi SP, SM Zali, Wendy, Yus and lastly...tuan tanah kedaun, bro Shukri. Kayuhan hari ni memang memenatkan, bukan penat apa...penat melantak Durian, Manggis, Moktan and Nasi Gulai Batang Pisang hahahaha, sendri mau ingat mcm mana punya pelahap. Time nak balik tu, meleleh jer kayuh. Tapi walau bagaimana pun alhamdulillah, kayuhan tamat tanpa berlaku sebarang kejadian yang tak diingini. Total diston untuk hari ni ialah 48.7km, byk road jer...offroad sikit jer, tapi sikit2 punya offroad sendri mau tau laa...dia bagi kaw2 punya. K la aku maleh dah nak ckp banyak, nak kena p rehat bagi cukup, coz esok ada ride lagi...tapi esok ride yang memang 'Ho-Liau' laa. Sebelum tu aku nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Bro Sukri sekeluarga, kerna bersusah payah menyediakan buah-buahan dan jugak santapan tengah hari. Untuk hari ni hat tang makan tu yang Ho-Liau hehehehe. Tak lupa juga kepada Bro Razif, yang sudi menjemput saya dan kaum krabat kayuh dari area Kulim, tq.
Meh...meh...beskal pool.
Megat dok kalut ajak p, dah tak ble tahan dgn godaan buah deroyan..
Ketibaan para jemaah raider, park la ikut suka hampa.
Tuan rumah baru bangun tidoq, jenoh ketuk pintu hehehehe.
Apa tggu lagi, punggah kaih. Tp hat ataih tu kena mntak tolong manusia paling tinggi antara kita semua laa...dah memang keja dia kalau ikut hehehehehe.
Tu dia Megat Jr. dgn frame baru...Norco.
Hat baju merah tu baru the 'real' Megat. Dari tadi dok tunjuk best hehehe.
Ayam tambatan Gerek Kulim pun ada jugak, bro Zizan and Din Discovery.
Cam besa laa...bila dah ramai, mesti kena ada sesi fotografi.
Kick-stat to kedai roti canai, breakfast dulu beb.
Din Discovery.
Hati2 di jalan raya bro.
Bro Razif bawak kami p tempat roti canai sempoi punya.
Muka blogger kekenyangan, baru telan Roti Teloq 2 keping + Radix (mai secawan dua hihihi)
Semua dah isi tank masing2. Jadi tibalah masanya utk berangkat.
Chek dulu apa2 yg patut, takut ada yg tercicir or tinggal.
Pon Alya dari geng Lang Buana (HawkMTB daa...), mai kayuh pakai seliper jer.
Sepanjang perjalanan dari Baling ke Siong:Tu dia, sampai dah...nampak dak siong 2 batang. Haaa...dulu aku ingat tu gading gajah, rupanya gigi Raja Bersiong, beso gilerrrrrr.
Wendy dari Kroh, satu2nya raider wanita yg aktif bg daerah Baling dan yg sewaktu dgn nya.
Tu dia, kita punya 'sponsorship' utk hari ni, sedara Shukri (hat bawak camera besaq gajah tu) and yang baju merah tu SM Zali.
Sesi menunggu arahan dari Bro Shukri, arah mana yg patut dituju.
Lawan amik gambaq, aku amik pic dia, dia amik pic aku hehehehe.
Dari tadi tak dan nak posing lagi, mujoq ada kelapangan, dan jugak posing.
Ride hari ni memang dirancang dgn rapi, tgk tu siap ada mat 'skrembler' lagi utk eskot.
Laa...awat ni, buat muka masalah problem plak.
Pon Ayla dah tak sabaq2 nak masuk offroad, abih dia tinggai geng2 blakang.
Megat...diawai-awai menet ke 25, masih bole tersenyum lagi, thats mean nafaih dia ok lagi la.
Kayuhan kali ini turut diberi sokongan oleh para penduduk setempat, lihatlah kanak2 ini...berlari-lari nak tgk raider2 'berantu' beraksi.
Jangan kata budak2, 'aweks-aweks' kg dari usia bawah 12thn hingga lah ke 55thn keatas, turut kluaq memberi sokongan moral dan juga nak tgk raider mana yang 'hensem' sgt ni hehehe.
Jangan kata orang, lembu2 pun pakat kluaq nak tengok hehehehe...mental2.
Father and son.
Dah masuk dah diperkarangan laluan 'offroad'.
Masa nak stat kayuh kat laluan ni, ada mat moto tu pesan...bawak lah air secukupnya, sebab depan tu ada jeng...je..jenggggg, mana ble habaq huhuhuhu.
Hui...mcm2 stail bro Razif amik picture.
Laa...anak sapa depan ni, slow sangat.
Hah...hampa nampak dak depan tuh hehehehe.
Kalau tak nampak...ni haa view yg lebih jelas. Memang 'pacak death' laa...ho-liauuuu !!!
Ni antara raider2 yang sampai awai kat puncak. Panjang jugak climbing dia, mujoq aloq ayaq tak banyak.
Manap M6.
Meh kita bergambaq dulu, nak tggu depa hat lain lambat lagi.
One more time.
Tak masuk ler Zan pic hang ngan skrembler. Mcm hang ni masyuk kalau bergambaq ngan 'roadbike' jer hehehehehe.
Steady la bro Jamil...sampai dgn penuh bergaya hehehehe.
Tgk...Pon Alya pun bole gelak lagi, nampak sgt climbing camni tadak effect.
Dari jauh kelihatan SM Zali dok tolong tuntun beskal Mat Imran, flat dahhh !!!
Apa macam...ada ok ka Adik Imran.
Megat pun dah sampai....tu muka senyum ka, muka tak cukup nafaih ???
Tgk dari gaya Megat, tu mesti dok mengata hehehehe.
Hehehehe...depa dok chamdait bro Razif.
Lady first, hehehehe.
Lepaih ni, ada DH...sempoi la jugak. Tp tak dan nak snap picture, coz blogger pun dok layan DH baek punya.
Raiders amik lap:Nampaknya bro Razif terpaksa ditemani oleh penunggang skrembler, coz raider2 lain dah hilang tanpa kesan.
Selamat Datang ke Kolam Air Panas Ulu Legong.
Nohhh...sampai2 truih terpa p kedai cari kuih.
Bergambaq bersama Pon Alya. Blk satg hg kim salam kat membe hang yg nama dia sama cam hang jugak, awat berat sgt dia nak mai join kayuh hehehehe.
Bersama dgn Tuan Kebun, merangkap sponsor utk acara mkn2 hari ni...saudara Shukri.
Dari kiri: Din Discovery, Manap M6, Zizan and bro Shukri.
Alamak...seriusnya muka hang, penat ler tu.
Dua orang otai@sahabat sekian lama, Megat and Jamil.
Orait jom gerak, next stop...Kebun Deroyan.
Yus...antara raider2 power dari KrohMTB.
Nindia...wakil2 dari Kulim hihihihii.
Gaya seorang blogger yg sedang memecut.
Nampaknya kita sudah hampir sampai dgn destinasi asal kita.
Nampak nya 'tuan kebun' sedang memberi ucapan sepatah 2 kata sebelum sesi melantak durian bermula. Hampa buat la mcm kebun sendiri naa...
Inilah 'real reward' yg sedang menanti para raider sekalian.
Inilah hasil penat lelah kita kayuh mai tadi, tadaa...!!!
Posing lagi hehehehe.
Woiii...hang kait apa kat situ, tu kebun org lain daa.
Acara masih belum bermula, coz masing2 masih lagi terasa penat kayuh mai tadi.
Ohh...kome, deroyan dah berbunge.
Hah...baru sampai ka, hampa p mana tadi.
Acara mari mengopek deroyan.
Tgk bro Jamil plak beraksi bagi acara kopek deroyan.
Antara peminat fanatik deroyan, Manap M6 and Zaidi SP.
Pon plak nak tunjuk terrer bukak deroyan.
Manggis dan Rambutan pun ada disediakan.
Pose solo dari Din Discovery.
Ni pulak dah masuk acara mkn tengah ari, punya la panjang nak kena beratoq, dah mcm kedai nasi kandaq la pulok.
Makan2...jgn malu2.
Zan...deroyan tak mkn, tp gulai Batang Pisang dia tibai kaw2 punya, tgk ler tu org lain suma dah abis makan, tggl dia sorg ja. Hah...tambah lagi...tambah lagi !!!
Hah...dok melangut tgk apa lagi Pon, dok teringat bantai ngan tilam kot.
Tuan kebun manjang renyih, 'misterius' btoi la hehehehe.
Ok semua dah siap sedia utk pulang.
Hui...lagi bersemangat depa kayuh, ingatkan dah berat perut ngan mkn tadi.
Adehhhh...panaihnya cuaca, malehnya nak kayuh.
Nampaknya geng2 depan dah mula dgn acara pecut beramai-ramai.
Antara muka raider2 yg sampai awai dipekan Baling, dari kiri: Mi Giant, Manap M6, Yus and Zizan.
Suatu ketika dulu, raider ni memang raja pecut, tp sekarang ni 'kim salam' jer la.
Selang 30min kemudian, baru lah jengoi Megat & anaknya dgn bro Razif, lambatnya hehehehe.
Jom gerak, kuartes JKR dah tak jauh.
Alhamdulillah, selamat sampai jugak kat finishing place.
Cenderahati dari Megat berupa jersey KT-Cycletron. Hari tu dpt baju dari RamlySP sempena berjaya pegang pagaq Gng Jerai. Kali ni dpt jersey sebab berjaya bawak Megat p mkn durian free hehehehe.
Posing bersama bro Razif.
Hati2 bawak naik, GT aku tu hehehehe.
Gotong-royong bok penaik beskal.
Orait...semua beskal dah selamat disusun dlm 4x4 Megat.
Last posing untuk penutup majlis. Sekian trimassss...!!!
No comments:
Post a Comment