Khamis, 16 July - Helluuuu to all. Minggu ni hanya hari ni saja aktiviti kayuhan aku untuk kesekian kalinya, coz weekend ni aku ada aktiviti 'sosial' jadi kayuh-kayuh ni tinggai kejap ler. Pagi ni lagi skali aku ngan membe2 tempat keja nak p terjah trek 'Pagoda Shoulin' a.k.a Menora 'Kun Fai Bin'. Ramai membe2 teruja tgk picture2 trek tu kat blog aku, so pagi ni ramai jugak la yg teringin nak join. Disebabkan baru blk keja malam, kayuhan dianggarkan bermula jam 9am tajam...coz bagi peluang utk membe2 semua blk breakfast ka, nak bawak bini p market ka, 'merasuah' bini ka hehehehe dan lain2 lagi. Pagi ni seramai 10 raider berjaya dikumpul, 5 org wakil dari geng PG7 and 5 org wakil dari geng PG8. Nama raiderz yg hadir adalah seperti berikut: Aku (Odd), Mait Apit, Manap M6, Ajuah, Giant, Zizan, Lan Usin, Din Discovery, Chot and Azhar. Cadang lepaih turun dari trek tu ada 2 option, nak naik Tokun atau naik Bkt Langkap, tapi tgk kondisi membe2 ada yang dah tak larat, so terus balik jer la. Total distant pun tak brapa jauh, just 12.7km jer, tp berbaloi la jugak kalau naik p layan trek tu. Pagi ni buat pertama kali, kaki aku krem...slalunya kalau mai tanda2 nak krem aku akan control kayuhan aku, tapi kali ni tak dan nak kontrol, dia mai tangkap betis. Apa lagi, mengelupoq aku time tu, beskal lempaq truih...dah la tgh dok claimb 45 degree time tuh. Tp mujoq la jugak, coz masa aku jatuh tu, aku dan capai ujung jari kasut, dan la jugak cover kesakitan. Kayuhan hari ni berjalan lancar, biaq pun ada membe2 yg buat kayuhan separuh 'bogel', namun berjaya jugak menamatkan kayuhan. Accept la jugak, coz semua yg mai berkayuh hari ni baru balik keja mlm, semangat2. Ok laa...nak magrib dah ni, gua chau dulu and layan ler pic2 kat bawah ni. Piss off !!!
Ajuah kembali...setelah sekian lama berehat, hampir sebulan 'trauma' selepas tragedi menerjah Single Trek kat area Penang bersama ngan geng Extragear hehehehehe.
Kayuhan hari ni jugak didedikasikan khas untuk beg ayaq yg baru dibeli oleh Ajuah. Kita p trek besa saja...kat blah sini mana ada trek 'ganaih' mcm trek hat hang kena hari tuh, apa raa...
Nampaknya Ajuah begitu bersemangat skali, dan lagi melakukan aksi merbahaya ketika snap-shot dilakukan.
Nampaknya kita dah masuk diperkarangan taman puak2 'komunis', dah hampir dgn trek yg dijanjikan oleh pihak penganjur.
Hampa nampak dak pencawang tuh, haa...kurang sekilo dari pencawang tuh, itulah destinasi kita hahahaha...harun.
Acara memanjat bermula dari sini, mula2 dia bagi panjat secara kecil-kecilan dulu hehehehe.
Aksi-aksi 'klembeng' perseorangan:
Aksi-aksi 'klembeng' perseorangan:
Masa ni kaki aku krem...dan lagi Ajuah patah balik. Ingatkan nak tolong tekan kaki aku, tapi tolong utk amik pic aku jer...hampeh2.
Prestasi dan mutu kayuhan Giant dah semakin 'improve', biaq pun baru balik keja mlm, itu suma bukan halangan utk mengayuh hingga ketahap ini, syabas bro.
Lan Usin berjaya jugak menamatkan kayuhan di'pit-stop' yg pertama, biar pun terpaksa berkayuh secara 'separuh bogel' hehehehehe.
Depa tgk the last raider rupanya. 'Protoge' yg ke 2 juga slamat sampai, tp dalam keadaan 'separuh bogel' juga. Walau bagaimana pun, tahniah atas usaha anda.
Dari club jenama terkemuka Specialized, diwakili oleh Din Discovery memula kan climbingnya tanpa rasa was-was.
Aik, sampai dah di 'pit-stop' ke 2. Jarak dari 'pit-stop' yg pertama nak ke sini tak jauh sgt, tapi mmg dia bagi 'kaw2' punya 'ho-liau' laa...!!!
Saat-saat 'kejatuhan' Manap M6 hihihihihi:
Saat-saat 'kejatuhan' Manap M6 hihihihihi:
Suatu ketika dulu Ajuah digelar sebagai 'raja bukit', tp selepas bertukaq kpd KHS full-sus, performance dia drop truihhhhh...tp masa DH mau tau laa, turun lagu mana hahahaha.
Steady la Azhar...salute la kat dia, biaq pun tadi dah tggl nyawa2 ikan, tetapi setiap cerun mesti dia nak climb. Belum cuba belum tau, btul tak bro.
No comments:
Post a Comment