Ahad, 12 July - Selamat malam kepada semua penunggu2 blog yg sedang dok tunggu aku update untuk ride hari ni, dah makan ka blom huhuhuhu. Alhamdulillah, apa yang dirancang hari ni berjalan dengan lancar. Hari ni seperti yang dijanjikan, aku and membe2 tempat keja akan mengadakan mini Jamboree sempena kami pat2 shif cuti serentak, hehehehe...saja jer suka2 aku bagi nama Jamboree, kasi gempak sket huhuhuhu. Tapi nmpaknya hari ni penyertaan kureng ler...coz ramai yang ingat tak jadi disebabkan cuaca tak berapa cantek, tapi ada jugak yg tak mai sebab bini peluk tak mau lepaih, maklum la hujan pagi hehehehe. K laa...biaq p la kat depa yang tak mai, but show must goes on. Pagi ni kat tempat aku cuaca memang tak mengizinkan untuk aktiviti kayuhan, tetapi selepas diupdated oleh Bro Jai...kompom kat Penang bole lagi untuk kayuh, just ujan setitik dua jer hehehe. Kayuhan pagi ni, bukan sekadar nak mengumpulkan membe2 dari semua shift, malah demi menyambut membe yang baru mai dari 'KL' dengan beskal barunya Kona Caldera...berikan tepukan untuk Mat Afad, tepuk3. Beliau sanggup turun mai dari 'KL' semata-mata untuk mengayuh skali dengan kami, respek2. Hari ni tak ramai sgt geng Intel yang commit utk kayuhan mini Jamboree, just 9 org raider 'Tegar' saja yg dapat dikumpul, mereka ialah: Aku (Odd), Mait Apit, cHuN, Mat Alfa, Mat Afat, Mat Abg, Jai, Pak Ucop and bekas Shift Manager Intel, Mr Yazid. Kayuhan kali ni tak ler jauh sgt, just 35.5km jer...yang bestnye kayuhan ni bole kumpul together with other shift member. Kayuhan kali ni aku nak bagi kredit untuk Mat Alfa, Mat Afad and Mr Yazid, coz depa 3 ni bole dikatakan baru dlm sukan MTB ni, walaupun route yang Jai ngan Mat Abg bawak p ni Ho-Liau...depa cuba abiskan dgn sedaya-upaya, tanpa ada rasa give-up...tahniah to you all. Jadi aku maleh nak ceta panjang...kat bawah ni byk jugak pic2 yang aku upload utk kayuhan siang tadi, so enjoy the funride...chau !!!
Route: PISA - Cherry Blossom - Bkt Pak Latok - Pemandangan Indah - Blk Pulau - Pondok Upeh - 'Tapah' - 'Genting Highland' - Jln Lama Blk Pulau - Teluk Kumbaq - Bayan Lepas - Sg Ara - PISA = 35.5km
Halamak membe aku baru balik dari KL, bawak balik mai Kona Caldera.
View dari dekat, frame yang dibeli dari Singapura.
Sesampainya diPISA, kami disambut oleh Mat Abg, depa lain p sapedek.
Hari ni segala kelengkapan Mat Afad ada lah ditaja hehehehe.
1st time ride hehehe, beskal, helmet, glove and beg ayaq ditaja sepenuhnya oleh Kona Corporation huhuhuhu. Inilah hasilnya setelah 2 tahun dok cari sponsorship huhuhuhu.
Meh2...kita posing bersama Mat Afad Kona.
Tu dia pesaing rapat Mat Kona, Mat Alfa dgn jersey Chelsea nya and baju merah tu Jai selaku tuan rumah.
Meh kita bergambaq beramai-ramai, tgh dok hensem ni.
Bacaan doa oleh Pak Ucop bg memastikan segala-galanya berjalan dgn selamat.
Lebih kurang jam 9am kayuhan pun bermula, cuaca mmg cantek.
Memasuki ke kawasan Cherry Blossom.
Tu nampak tu, di depan tu Bkt Pak Latok dok menunggu, pakai dah.
Pak cop kayuh nampak smooth jer, mentang2 la dah upgrade 'organ' dalaman.
Good job Mat Alfa, kayuh selagi mampu.
Nohhh...apa sudah jadi Mat Afad.
Ni baru 'syarat' yg pertama, satg ada lg 'syarat2' yg perlu diikuti huhuhu.
Sebagai 1st time ride, muntah, nak pitam or krem mmg akan dilalui, kalau si Raider tu bukan kaki sport or dah lama tak bersenam, contoh...inilah hasilnya hihihihi.
Takpa Afad, bawak mengucap dulu...tak larat hang dok bertenang, jgn hang mntak patah blk mcm membe kita tu dah laa hehehehe.
Mat Abg yg dah terlepas kedepan terpaksa bepatah blk utk mengetahui keadaan yg sebenar.
Dah jadi lumrah...kalau tak larat kayuh, tolak le slow2.
Nampaknya rakan2 sekayuh tgh dok bg kata2 semangat kat Mat Afad.
Mr Yazid and Mat Afad. Sapa kata depa dah tak larat ???
Woiiii...tidoq ka ??? Aku soh kayuh, bukan tidoq...nak tidoq blk rumah la.
Time to enteprem utk bloggerzzzzzz...
Hasil dari 'guideline' oleh 2 raider professional kat blkg tu, Mat Afad berjaya jugak kayuh plan2.
Look there...kita nak p terjah kat situ la satg.
Pak Cop masih lagi mengetuai barisan hadapan, steady la.
Berjaya jugak melepasi azab Bkt Pak Latok.
Posing bersama Pak Cop, blkg tu jln baru Blk Pulau...climbing lagi, adehhhh !!!
Tahniah la Mat Alfa....anda hebat.
Mat Kona pun dah sampai...jom sambung kayuh, byk lagi 'syarat2' yg kita tak patuhi ni.
Ok...hati2.
Alamak...rantai beskal Mr Yazid putuih plak.
Bersama blogger Jai (
http://jaiz2u.blogspot.com)
Gotong royong pasang rantai putus, mujoq kayuh ngan pomen hehehe.
Beskat sapa ni, byk betoi 'antena' kat fork beskal dia hehehehe.
Ok...sambung kayuh.
Hai...phewit2. tgk la sini Mat Afad, aku nak amik gambaq...eleh malu2 plak.
Sampai dah kat RnR pemandangan indah.
Mait Apit pun dah sampai.
Meh2...posing bersama mangsa2 tmpat kejadian.
Masa ni kat puncak pemandangan indah, mmg best la dok kat ataih ni.
Huhuhuhu...best2 ada rmh urut lagi kat atas ni.
Orait, satu kali lagi bro.
Pemandangannnn...!!!
Pemandangan Indah, bawah tu pekan Balik Pulau.
Ahli-ahli Mr Mark.
DH maut dari aku and Pak Ucop.
Cik cHuN nak potong rantai la pulok, ih..ih...ih...!!!
Mat Abg dok 'scan', kat mana yg tak kena ngan beskal ni hehehehe.
Kalih tengkok (stem) beskal:Siap !!!
Test drive. Hat ni baru la nmpak macam naik 'superbike', tadi tu nmpak mcm naik 'Jaguh' jer.
DH trus sampai ke pekan Blk Pulau, hati2 raiderz jln licin.
Sggh kat Rapid Blk Pulau, untuk breakfast.
Mat Afad kelihatan murung saja, nak senyum pun dah lupa mcm mana.
Dah puaih mkn kan, moh kita beransur...paih ni nak nek Genting Highland plak.
Mait Apit sakan punya gelak, dok ngutuk sapa tu.
Pak Ucop, raider dari Pulau Betong...trek2 kot ni besa2 jer hehehe.
Mat Afad and Mat Alfa...are u ok.
Sesi menunggu and utk buat keputusan nak naik kot mana.
Kata Mat Jai, kita akan melalui Pondok Upeh and terus ke 'Tapah' untuk laluan ke Genting Highland. Kalau naik kot 'Simpang Pulai' tak Ho-Liau...climbing pendek sgt daa.
Mat Alfa cakap, ni area2 kg arwah Tok dia...patut pun kawan kayuh bersemangat.
Aku hampir lupa yang cik cHuN pun ada skali dlm kayuhan kali ni, hehehehe...pic dia kurang sket hari ni.
Ya....mari menuju ke puncak, depan tu 'syarat' yang keberapa aku pun tak brapa ingat.
Masing2 mengayuh dgn penuh debaran, mana la Jai ngan Mat Abg bawak kita ni.
"Tumpang lalu, saye naik dulu yer" - Odd.
Ya...allah, seksanya dugaan hari nih.
Aik...Mat Alfa naik senang jer, steady laa...sket saja lagi, habih dunhill 14 sekotak sampai la kat puncak hehehehe.
Tu dia...lidah dok kat dada dah.
Seksas jugak nak lepaih, dah la naik menyacak...panjang plak tuh, bole mati wooo.
Take 5 jap, para2 otai pun tak dan nak mintak nyawa tadi.
Sayup2 kat bawah tu, bole nampak kelibat raider2 yg tgh dok krabat naik.
Mcm ni la laluan dia kat setiap selekoh.
Mr Yazid ckp, kalau la aku keja Intel lg, memang IR la Jai ngan Mat Abg tahun ni, apa punya jalan daa hampa bawak aku mai ni.
Alhamdulillah....aku pun dah selamat sampai.
Kayuhan kontrol 'macho' huhuhuhu.
Tgk...pendekar dari Pulau Betong pun dah sampai, steady2.
Sapa tu ??? Nampak mcm Mat Kona jer.
Tolak pun takpa...janji mau sampai ataih, jgn patah balik dah la.
Tadaa....wakenabeb !!!
Hehehe...sabaq Mr Yazid, semua ni adalah dugaan utk kita, semua dapat merasa sorang sikit.
Masa untuk posing.
Ok...lagi skali, pasni ada lagi 1.5km untuk climbing yg terakhir.
Alamak...tak kan nak pakai gear rendah kot, pakai tak leh kayuh ler satg.
Cik cHuN and Mat Abg antara raider2 power hari ni.
Indahnya pemandangan. Nak tgk ni semua kena la mai kayuh.
Naik lagi.
Dah sampai puncak, papahal bergambaq dulu.
Kat bawah tu bole nampak pekan Teluk Kumbaq ngan Gertak Sanggul.
Awat ni cik cHuN, menurun ka ?
Mait Apit pun dah sampai ataih.
Bergambaq bersama 'ayam bukit', besaq giler.
Sapa-sapa yang rasa nak makan free, mai ler sini.
Mat Abg masih lagi tak rasa penat, dasyat giler.
Berikan tepukan pada mereka bertiga, kerna berjaya naik sampai ke puncak. Tahniah bro's.
Mat Alfa memang sporting hari ni, coz tak buat 'u-turn' hehehe.
Mat Afad, biaq pun dgr ceta kat bawah tadi dok menyumpah seranah tuan rumah, namun berjaya jugak menawan puncak, tanpa perlu menghampaq 'sejadah' hihihihihi.
Inilah tuan rumah yang bertanggungjawab tu, Mr Jaiz2u.
Tgk, siap ada amoi lagi mai serv ayaq. Tp Cik cHuN pandang amoi tu macam ada niat jahat ja. Tak caya cuba pebesaq gambaq ni tgk.
Kalau tak caya lagi, tgk plak pic ni...gaya renungan yg ehem...ehem !!!
Pose bersama Mr Yazid, letih ye bang hehehehe.
Akibat rasa bersalah, tuan rumah pun buat2 la baik dgn menolong tuang ayaq kat semua gelaih, cover2. Kat blakang tu, Mat Afad baru teringat balik mcm mana cara2 nak gelak :p
Air Mata kucing, disponsor oleh Mr Yazid, tq.
Dan lagi untuk blogger memosing.
Tgk, mcm2 ada dlm beg Mr Yazid, dah mcm beg doremon la pulok.
LeRun Avatar: For sale, harga bole dirunding...owner dia nak tangkap Santa Cruz paih ni.
Sebelum layan DH, meh kita bergambaq kenangan dulu, bukan senang nak sampai sini.
Pemandangan.
Pemandangan lagi.
Pose solo dari blogger.
Dah puaih bergambaqkan, jom amik beskat masing2 kita layan DH plak.
Baru nak stat kayuh, taya beskat Mait Apit pecah plak, mujoq ada taya spare.
Tgk...pomen tukaq taya sat saja.
Layan DownHill, dari Genting Highland sampai la ke Teluk Kumbaq:Awas, keta banyak time ni.
Take 5 jap, tunggu Mait Apit p pam taya bagi cekang elok.
On the way to finishing line:Dah sampai area Sg Ara, tak jauh dah finishing.
Alhamdulillah...selamat jugak kita semua tamatkan kayuhan hari ni.
Mcm besa laa...kena perelai beskat.
Tahniah Mat Afad, anda berjaya habiskan kayuhan hari ni. Baru 1st ride, besa laa...sapa2 pun mmg camni, penat. So wish u not to give up. Next week kita plan p kayuh blah tanah besaq plak.
Snap mai pic aku skeping.
Rilek la Mat Afad, jgn la teriak...tgk Cik cHuN, senyum jer.
Last pose from besday boy, Mr Yazid. Happy besday to you and tq sebab blanja kami semua makan Nasi Ayam Periuk Besaq, jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment