Koko Odd: This Is My Story.

Koko Odd: This Is My Story.

Thursday, July 9, 2009

Le Tua d'Sungai Petani.

Khamis, 9 July - Sejahtera ke atas kamu, to all membe of me. Hari ni satu kayuhan Le Tua akan dilancarkan, destinasi yang akan di'terjah' adalah Pantai Merdeka and sambil2 kayuh tu bole le nyanyi lagu 'Cinta Pantai Merdeka' huhuhuhu. Tapi a little bit disappointed la, raider tak ramai yang turn on pagi nih. Call p, call mai...cuma 4 org jer yang akan buat kayuhan pagi ni, so terpaksa la cancel coz participate tak ramai. Mereka2 yg hadir itu ialah: Aku (Odd), Giant, Pawang and Manap M6. Jadi pagi ni route untuk ke Pantai Merdeka dibatalkan. Aku gantikan dengan 'Le Tua d'Sungai Petani', orait ler jugak route ni cuma pendek ler sket dari route nak ke Pantai Merdeka. Misi utama nak p Pantai Merdeka, nak pekena Mee Udang kat Pulau Salak...Misi Le Tua pusing SP plak, kami singgah pekena Bihun Sup kat area Taman Kempas ermmm...nyum2. Cuaca untuk kayuhan hari ni pun cantik, tak panaih sangat mmg cun ler untuk buat kayuhan 'road' hari ni, speed pun tak laju sgt, kami maintain dlm 20km/j [+/- 3km/j]. Total distant, kalau mengikut meter kat beskal aku adala dalam 67km, not bad laaa. Jadi, jgn lah kita membuang masa lagi, moh layan pic2 kandid kat bawah nih....chau cendol !!!

Route: Sg Seluang - Pdg Serai - Sidam Kiri - Jln Kola Ketil - Bndr Puteri Jaya - Tmn Kempas - Pinang Tunggal - Jambatan 'puaka' - Ekoq Kucing - Pdg Serai - Naga Lilit - Sarang Ayam - Sg Seluang = 67km


Setelah hampir 3 mggu tidak berkayuh, hari ni Pawang turun untuk membuat 'pembalasan', tunggu la hampa satg.



Siap sedia semua...tadak sapa nak mai dah, cuma kita 4 org saja.



7.30am kick-stat from Petronas BKE Kg Siam.



Pawang menunjukkan reaksi yg positif, ni suma gara2 nekad nya yang mahu berhenti merokok. Tapi dlm masa terdekat ni, dia ckp....slow down ler dulu, mana ble truih stop. Kenyataan beliau berkuat kuasa bermula kul 10pm malam tadi hehehehehe.



Area Sidam Kiri, stop dulu...bagi laluan utk blogger nak memosing.



Apa hal plak tu dgn Manap, mcm tekejut jer lepaih terima call.



Masih bertenaga, maklum ler kayuhan santai.



Hmm...dah masuk area Kuala Muda dah ni, tak jauh dah destinasi Bihun Sup kita.



Orait...Giant plak jadi marshall.



Amik lap.



Apa kena la dgn Manap ni, ketagih nak merempit kot. Dok tak dok, kira nak superman ataih beskat.



Yaa...dah semakin hampir. Lani kita berada di main road jln nak ke Kuala Ketil.



Moh kita ke arah sana.



Cover sket mulut tu Giant, tak kan dah penat kot.



Alamakkk...ramai nya membe2.



1st CP, Petronas Puteri Jaya...refill apa2 yg patut.



Kandid: Nasib baik dan cover hehehehehe.



Blogger masih kelihatan 'hensem' hehehehe. Tadak sapa nak puji, baik aku puji sendri.



Last pose, gaya ala2 rapperz la pulok.



Melintasi Econsave SP.



Pawang dengan aksi merbahaya nya, don't do this at home.



Hah...pilih2, kita ada 3 pilihan.



Berdekat dgn Plaza Mazra, nak layan offroad Pinang Tunggal kita kona kiri. Tapi tak leh ler, coz pakai taya 'cub-prix'.



Pawang tgh dok 'scan' warong mana yang ada anak dara.



Nindia CP 2, kedai bihun sup. Tp tak leh lawan bihun sup Serdang.



Aku suka tgk environment warong ni, bersih dan teratur.



Noh...masing2 punya la pulun makan, sampai aku nak snap pic pun depa wat dono.



Kempen untuk mengurangkan kadar hisapan rokok, hehehehe...mmg tak ble pakai ler.



Nah jemput makan, tp tggl sup jer la.



Tepat jam 10am, perjalanan pulang ke destinasi pun bermula.



Nampaknya Manap M6 plak akan mengetuai barisan hadapan, bersiap sedia semua.




Alamak lori dihadapan, awas...



Awas dgn debu2 yg berterbangan diudara la. Nasib baik aku pakai 'key'.



Cuaca redup and jalan pun lengang, namun masih ada yang ingin 'merempit'.



Melintasi jambatan 'puaka' yg melintasi sg muda, jaga2 kat bawah ada boya hihihihi.



Nampaknya raider2 sedang melakukan kayuhan yg penuh 'suspen', jgn takut ini jambatan manyak kuat wooo.



Aik sapa plak nih, peragut jambatan 'puaka' kot :p



Laa...sang blogger rupanya, patut le hensem hahahahahaha, tolong snap skeping sat.



Noh...'pot' bewak rupanya. Pic yg aku snap ni adalah 'king of bewak', sebab hat ni yg paling besaq. Kat bawah ni ada byk keluarga bewak, sapa nak p la turun tangkap.



Alhamdulillah, semua raider berjaya melintasi jambatan 'puaka' dgn slamat.



Pemandangan indah, sawah hijau terbentang luas.



Melalui kawasan Ekoq Kucing. Tak jauh dah CP kita yg seterusnya.



Disebabkan waktu masih 'muda', kami semua decide utk sggh minum kat simpang Naga Lilit.



Pawang menceritakan betapa powernya dia hari ni, kayuh berjam-jam pun tak penat lagi. Inilah hasilnya kalau stat mlm tadi tak hisap rokok. Hui...tu baru mlm tadi, kalau mlm kelmarin dulu mcm mana plak. Jadi lu pk la sendri huhuhuhuhu.



Mana dia ayaq tak mai lagi, slow le Pak Long kedai ni. Mana anak dara dia yg selalu dok tolong tu ek, tak nmpak pun hehehehehe.



Jom kita lalu kot Naga Lilit and kluaq kot Sarang Ayam, keta tak byk sgt.



Spesel request dari Manap, mintak tolong snap pic dia berlatar blakangkan trektar mesin padi tuh.



Heran btoi aku ngan Manap ni, tak abih lagi aksi 'suparman' dia tu. Time DH offroad tak plak buat camtu.



Nampaknya Manap dah mula melakukan aksi pecut persendirian.



The three stooges, dari kiri: Pawang, Giant and Manap M6.



Orait smpai sini saja, aku nak sampai rumah dah tata hihihihi.


No comments:

Post a Comment