Khamis, 02 Ogos - Hmm....apa nak kata, coba'annn mambang. First day bawak keta mai Subang, aku suda 'taro' blakang keta Avanza, mujoq la tadak kecederaan apa2 pada mama and aku, tp mama ada tekejut la sket. Kalau ikut Law, aku la salah, sebab p hentam keta depan. Tapi kalau ikut 'hukum karma', keta yg aku hentam tu la salah, coz dia nak menyusur ke kiri, bagi signal and terus keluaq, tanpa menghiraukan keta yg sedia ada dilaluan kiri. Maka aku ler yg jadi mangsa, tepuk dahi la jugak masa mula2 tuh, adusssss...$$$.
Mola2 tu bertekak la jugak, tp tadak la serius sgt, masing2 tak mau mengaku salah. At last, aku dah malaih nak kata apa, coz dia dok guna pakai ayat nih "Kalau ikut law, saya pi buat report, encik tetap salah, sebab encik yg langgar saye". Takpa laa, hari ni hari dia, maka aku ikut kan saja laa, dah 'Law' kata lagu tuh. Bumper keta yg aku tibai tu tak la teruk mana sgt, tp dia punya hingaq macam la bumper tu patah 2. Mola2 aku nak bayaq semua kerugian yg terjadi kat keta tu, tapi mujoq la bini brader Avanza tu keja dgn kompeni Insuren, so dia bagi cadangan kat aku, soh claim insuren. Ahah !!! Betoi jugak, good idea...maklum la, aku tak penah lagi hadapi kejadian macam ni, jadi ada la sedikit gabra laa, selamait $$$.
Memandangkan keta aku tak ble nak jalan, disebabkan radiator bocoq/pecah, terpaksalah bagi geng tunda mai tarik. Eksiden tak kalut dah, ramai org dok mai offer 'bantuan' hehehe. Lani jom p balai, kita buat repot. Terbang la jugak rm150, bayaq saman huhuhu. Dah setel semua hal, aku dgn brader Avanza tu pun bersalaman laa, berdamai....peace !!! Lani mintak2 la keta aku tu dan siap sebelom raya, Kata mamat india yg tarik keta aku tu, "Abg kalu mai cepat, abg kena follow up dgn depa (sykt insuren), selang 2 hari abg kol tanya, kol kol kol and kol...baru cepat sia abg". Ooo...btoi jugak, takpa petang ni jugak aku kol depa, and harap2 semuanya berjalan lancar.
Hmm...inilah keadaan keta 'sepot' ku :-(
Kat dlm, dgn mata kasaq dok nmpak Radiator dgn Ekon mesti bocoq laa, lain2 tak tau lagi.
Hmmm....coba'annnnn !!!
No comments:
Post a Comment