Koko Odd: This Is My Story.

Koko Odd: This Is My Story.

Thursday, August 30, 2012

Tribute to Junjong.

Khamis, 30 Ogos - Setelah hampir beberapa 'dekad' mendiamkan diri dari berkayuh, akhirnya...hari ni gua kembali untuk menghangatkan suasana dijalan raya (awasi anak anda hehehe). Posting bulan ni pun banyak story tentang my baby huhuhu, maklum la anak sulong and I'm very very excited.

Setelah 'mesorat' dibuat ditempat keja, setelah semua aspek kesihatan diambil kira, maka dengan ini kayuhan pembuka tirai kita pagi ini ialah layan 1 loop Taman Selasih - Junjong hehehe...light and ezi. Dah nama ezi ride, nek MTB dah laa....kot naik RB satg tak puaih plak hehehe. Makna kata kayuhan kali ni seropa macam back to basic laa, yang hadir pun majoriti 'absent' lama, sampai ada yg lupa macam mana nak masuk gear hehehe (siapa dia ???).

Kayuhan pagi ni kira macam 1 kayuhan tribute laa, coz masa zaman mola2 kenai MTB dulu, destinasi Junjong ni kira macam port laa and ada la jugak sejarah hitam tentang Kayuhan ke Junjong ni hehehe (sejarah apa ekk???). Nothing spesel today, pagi ni mcm biasa, kayuh p Junjong, beli nasik bungkuih and bekelah kat kawasan rekriasi Junjong. On the way blk, kami singgah beraya di rumah pomen nomot #6....Abe Jem hehehe, Selamat hari raya nooo Abe Jem and to all rakyat Malaysia, selamait menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 55...pom pom pommm.


Setelah sekian lama menyepi, hari ni Giant kembali, tu pun sabit habaq p Junjong hehehe...



Ayam tambatan KM5....semakin hari semakin 'garang'.



Rider 'pencen' the return.....aikkk dan lagi lena huhuhu.



Hahaha....hat ni pun rider 'pencen' jugak, hari ni staring kat 'kampung' dia.



Semua dah ready, tggu member Zizan sorg lagi.



Nindiaaaa....rekruit baru, mat Naim. Lepaih ni kena kerap2 mai join kami.



Mcm besa laa....tggu kenderaan berat hehehe.



Posing di perkarangan masjid Junjong, byk 'rahsia' yg tersimpan disini hehehe.



Tapau nasik, habuan buat berkelah kat ayaq terjun satg.



Sampai dah tapak perkelahan, nothing change here.



Tadaaa.....!!!



Blk dari junjong sggh sat rmh Abe Jem....beraya.



Hahaha....adik, nanti bole kawan dgn baby Koko Odd huhuhu.



Last kopek posing, sebelom 'sprint' dgn 'KOM' huhuhu.



Sunday, August 26, 2012

Selepas Sebulan !!!

Ahad, 26 Ogos - Tu diaaaaaa.....dah sebulan lebih aku tinggai rumah, inilah hasilnya. Slalunya selang 3 mggu skali aku mesti mencangkoi, sebab nak elak kan dari naik rumput2 liaq hehehe. Kalau tak turun 'kebun' inilah jadinya huhuhu. Hari ni aku mai kemaih2 rumah sket, dah berabuk kat dalam rumah....camno Damia nak dok nanti, klu rumah berabok. Aktiviti hari ni, basuh baju, mop lantai, vacuum rumah, lap2 habok and meracun rumput. Fuhhhh...penat dekkk, tetapi demi my Damia, papa buat selambe jerrr hehehee. Hmm....mlm ni dah stat keja, huh...terasa mcm baloq, al maklum la cuti sebulan, waarrrkkkk !!!


Huh....kompom, nanti aku mesti turap simen tepi ni, coz aku ni malaih sket nak tanam2 pokok.



Depan rumah lagi 'brutal'....tp takpa, tadi dah racun, tggu sat 3-4 hari lagi.



Huh...rumput2 liarrrr, siap kau kejap lagi huhuhu.



Tu diaaa....berabok + port 'spidermen'.



Monday, August 20, 2012

Lawatan Tok Wan and Opah.

Isnin, 20 Ogos - Hari ni dah masuk hari raya ke 2, mean 2 Syawal lerr. Hari ni jugak mak dengan ayah aku nak mai melawat puteri sulong aku kat Subang. Depa pun dah naik pangkat lagi 'secalit', dah bergelar Tok Wan and Opah. Kalau ikutkan ayah aku, masa lepaih2 mama bersalin hari tu lagi nak mai dah, tapi disebabkan raya pun dah tak lama mana, so mak dgn ayah delay la sat. So hari ni, mak, ayah, adik2 aku and adik ipaq aku travel dari Kedah, mai melawat aku, mama and Damia. Excited tadak dah ayah dgn mak aku, dah muleh cucu sulong dlm family Hj Azmi, syukurrr  :-)


Tok Wan nampak kekok, maklum la dah lama tak 'training' hehehe.



Tok Wan and Opah....Damia.



Timang tinggi2....lalalaa



Mak Ngah Damia....amik berkat, insya'allah moga2 dikurniakan rezeki nanti.



Risau aku tgk Pak Su dukong Damia....lu pun kena cepat2 kawin laa.



Saturday, August 18, 2012

Satu hari diMalam Raya.

Sabtu, 18 Ogos - Hmm...diam tak diam, esok dah nak raya. Tahun ni aku langsung tak amek kisah pasal raya. Apa yang aku kesahkan ialah mama yang masih di dalam pantang and Damia yang masih berusia 11 hari. Baru 11 hari tapi org dok agak usia Damia dah mcm sbulan dua hehehe. Cepat sungguh Damia membesaq naaa hihihihi. Tadi dok tak dok, mama ajak aku kluaq, buhsan sgt terperok dirumah. Hmmm...aku sebenaqnya pun bosan jugak, tapi tak offer la ajak mama keluaq coz mama still dalam pantang. Mama cakap dia bole keluaq, tapi tak ble byk jalan laa...Ooo klu camtu, jom siap. Dah alang2 keluaq, bole le singgah 'suparmarket' beli baju raya kat Damia.

Tak p mana sgt pun, coz kesihatan mama pun terhad, aku just bawak mama p beli baju Damia kat Tesco Damansara and on the way balik tu, lepak2 jap kat th Curve....dan la pekena McD 'setalam', untuk mama plak, dia just bole 'cuci mata' and pekena Buboq ayam McD huhuhuu...sabaq sat na. Yang si Damia ni plak, suasana hingaq dengan org ramai + live band dok memekak, dia bole selambe jer tidoq, memang chempian tidoq macam mama hang laaa...hehehe. Ok jom blah, esok dah nak raya, kepada semua umat yg beragama Islam, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.

P/S: Stroller baby, sponser by Kak Ipaq....pinjam jerrrrrr  :-)


Huihhh...seronok mama dia, bole tgk 'dunia luaq'.



The Sleeping Beauty....Nurul Damia Syafiqa.



Ronda2 sekitar the Curve, Damansara.



Wednesday, August 15, 2012

Ekspressi Damia.

Rabu, 15 Ogos - Hmmm....apo nak buek nih ?? Dari shari ke shari duduk dirumah mentua tanpa arah tuju. Kalau kat rumah sendiri ada la jugak roller, ble la wamap2 kasi keluaq peluh sket. Bole sikit pun jadi ler, coz bulan2 posa ni tak leh nak 'hardcore' sgt, takut satg kering tekak. Nak kacau Damia pun....keja seharian dia, 'titon' jerrr. Tapi elok la jugak dia tidoq, mengkalu jaga satg dia suka dok 'menyanyi' hahahaha.

Hari ni punya la boring tadak dah, lepas saja aku bagi Damia mandi, teruih aku bagi dia dressing segak2....hohoho. Dah bereh semua tu, aku bok kluaq kamera and buat foto sessi hihihihi...Damia kena jadi model utk papa hari nih. Aku letak kat tilam 'dunlopilo' dia and just tunggu tgk reaksi Damia. Ermmm...tadak apa yg best pon, Damia asyik2 dok tgk kiri kanan jer, apa yg di tgknya aku pun tak tau, nak bg nampak lain sket, aku buatkan dia menagis and biaq sat hehehe, marah mama dia, coz kacau anak dia. Hmmm....apa lagi aku nak buat lepaih ni, acara yg dah kompom lepaih ni, ialah tidoqqqqq....zzzzzz....zzzz, jom tidoq !!!







Kata org tua2 or mengikut sains laa, bayi yg baru lahir dari umoq 0 - 2 bulan, masih blom dapat melihat apa2, mereka cuma mampu mendengar saja. Tapi why aaaa....Damia suka tgk kiri kanan dan atas, Damia tgk apa ekkk ??? Cuba tgk papa ni....papa nak amik gambaq Damia  :-)




The 'curut' for temporary 'pain killer' hehehehe.









Alolololoo....nape menangis Damia ??? Sapa buat, habaq mai sini, nnt papa sidai dia  :-)



Friday, August 10, 2012

Ketaku dah siap !!!

Jumaat, 10 Ogos - Alhamdulillah....dok tak dok, kedai keta kol, katanya keta aku dah siap. Fuhh lega aihhh...mujoq dan siap sebelom raya, kira pantas jugak la syarikat insuren ni buat keja. So far aku tgk keta aku ni ok laaa...depan nmpak sket cam baru. Tapi klu ble aku nak cat 1 keta, masa hantaq hari tu aku try la nak 'kaw-tim', tapi geng tarik keta dok buat skema plak, macam toyasss. Overall tgk ok laa, tapi tak tau la part hat depa ganti tu guna hat ok ka atau cap ayam punya. Yang tak brapa nak best, depa bagi warranty 2 minggu saja. Terasa rugi la plak, coz condenser air-cond aku tu ada warranty 1 tahun and ada belen lg 6 bulan warranty....rugi2. Tapi alhamdulillah la coz keta aku siap dlm jangka masa yg cepat, senang sket aku nak 'gerak' bila nak guna transport  :-)


Jeng..je..jengggg.




Fuhhh....mcm baru kluaq kedai, mmg baru kluaq pun hihihi.



Thursday, August 9, 2012

I Present You.....

Khamis, 09 Ogos - Smlm mama and baby dah bole discaj dari hospital, maka bermula lah tanggungjawab aku sebagai seorang ayah. Aku juga sering berdoa agar diberi petunjuk dan hidayah agar dapak menjadi contoh yang baik untuk baby aku tuh. Pagi ni tanpa membuang masa, aku ke Pejabat Pendaftaran Negara, untuk mendaftarkan kelahiran baby aku tuh. Maka dengan 'official' nya, nama puteri sulong aku ni diberi nama Nurul Damia Syafiqa bt Mohd Nazarul. Semoga dengan  adanya buah hati mama and papa ni, lebih berserilah lagi rumah tangga kami. Aku plak akan buat segala yang terbaik untuk baby and family....insya'allah.


Borang penamaan anak....mujoq JPN area Kota Damansara tak berapa ramai org, jadi proses pendaftaran utk baby aku pun tak amik masa lama sgt.



Jeng je...jenggggg...nindia officially sijil kelahiran Nurul Damia Syafiqa.
My kad lagi sebulan siap laa...



Tuesday, August 7, 2012

My Newborn Princess...Welcome Sweetheart

Selasa, 07 Ogos - Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt, akhirnya hari yang dinantikan oleh aku dan mak buyong telah pun 'menjelma'. Dengan izin tuhan, pagi ni mak buyong telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan diWad Bersalin, Hospital Sg. Buloh, tepat jam 08:26am. Aku juga bersyukur kerana semasa 'kejadian' aku ada bersama-sama dgn mak buyong untuk memberi semangat kepadanya. Pengalaman pertama, melihat isteri melahirkan anak, takala terlintas difikiran aku, inilah pengorbanan terbesar bagi semua para Ibu.

Sebak la jugak aku masa tu, coz tgk keadaan mak buyong, memang nmpak perit....bertarung nyawa. Sambil dia dok push, sambil aku berzikir serta memberi kata-kata semangat untuk dia. Akhirnya keluaq jugak sorang hehehee...berat baby aku dianggarkan 3.7kg, kata misi tu "besaq anak kamu, patut la susah nak keluaq"....ooo yaka, mana saya tau hehehe. Kondisi baby, normal and mak buyong cukup happy, coz apa yg diimpikan nya telah tercapai, dia nak anak perempuan, alhamdulillah. Elok la jugak dapat hat perempuan, coz dia dah sound aku awai2, kalau keluaq lelaki, lepaih dia elok saja...dia mau pregnant lagi, nak bagi dapat hat perempuan jugak, no'hoihhhh naya2 hahahaha. Ok ada la sket picture aku punya babygal, comey dak hehehee  :-)


Nyenyak dia tidoq.



Baby ni nama apa ekk...hahaha tunguuu.



Alamakkk...kena enjet BCG plak, sian anak papa.



Mommy and daughter...but baby more like father hihihi.



Uk alohhhh....comeynya anak papa Odd  :-)



Tu dia mengantuk lagi, hmm...takpa2 tidoq la, klu jaga pun satg asyik dok 'nyanyi' ja hehehe.



Official D.O.B....berat 3.7kg.



Mata dok surrrrr....lagik.



Tu diaaa...mama dia, dah bole senyum dah. Tq mama  :-)