Koko Odd: This Is My Story.

Koko Odd: This Is My Story.

Thursday, June 28, 2012

Offer From GNC.

Khamis, 28 June - Hahaha lai lai lai, GNC tengah buat offer skang. Tgh dok meronda kat Times Square, tengok2 ada sales. Apa yg menarik minat aku, ada satu papan iklan tulis kat situ, buy 1 free 1...jom serbuuuuuuu. Bila p dekat, baru nmpak clear....ada iklan kecik tulis, ada sekian2 produk saja. Cehhh bikin org bimbang saja. Bimbang2 pun, dan la jugak aku sambaq 'setong' Accelerade...normal price rm117, kalau ahli dapat la dalam rm94 camtu. Tapi hari ni depa offer, ahli atau bukan dia bagi la 'setong' ni dgn rega rm76, hmm...morah2. Kebetulan ayaq 'kuat' aku pun dah 'sold out', truih aku gabuih 1. Slalu dok amik perisa oren, kali ni aku amik perisa 'Leman' plak....test minum hat Mait Apit punya, sedap gilerrrrr huhuhuhu. Sapa2 yg dok besa beli suppliment kat GNC, cepat sebelom kehabisan stok  hahahaha...!!!


Jeng...jen...jenggggg, setelah 'sedekat' tak 'reload' ayaq kuat, hari ni ku 'reload' juaa, jus leman derrrr, nyum nyummm !!!


Sale !!! Potongan 30%...ermmm lebih kurang lagu laa  :-)



Wednesday, June 27, 2012

Vintage: Outting Key Ye'll !!!

Rabu, 27 June - Hmmm....mggu berada dikampung, hampir seminggu jugak la tebongkang kat rumah mentua aku. Hari-hari dok nganga saja kat rumah, tanpa sebarang xtvt, bole gila aku...and setiap kali blk kg, mesti isap rokok byk :-(  Hehehee....tadak la byk sgt, lebih kurang Dunhill 20' tahan la seminggu huhuhu. So...petang2 rabu camni, aku bawak Mak Buyong jejalan, smbil2 amik gambaq. Lokasi kali ni, sekitar Taman Tasik Shah Alam, dan jugak sekitar Kuala Lumpur. Hmm...dah boring2 tadak apa nak update, so aku update la picture2 Mak Buyong yg sempat aku snap. Kali ni setiap picture aku kasi edit sket....bagi nmpak mcm gambaq dolu2 hehehe. Ok la kot noo....aku tak pandai sgt edit, bole la kot camni hehehe, layannnn !!!















P/S: iPad2 'pinjam' sponsor by Koko Odd hahahahaaa...



Sunday, June 24, 2012

USM PJJ: I Accept !!!

Sabtu, 24 June - At last....after a long-long consideration and deep deep deep thinking, I'll accept the offer to futher study with USM hehehe...Welcome to the 'Headache' club. The question is "Am I ready for this ??"  Hmm...I sendiri pun not sure, kena try dulu baru tau...nak kena buat 'brain' test, nak tgk function ok or nak kena 'reboot' semula. Halangan pertamaaaaaa....standby la rm1.7k utk yuran nak masuk ni, huhuhu duit kaluit, duit kaluit. Tapi takpa, bersusah-susah dahulu and bersusah-susah lagi dikendian harinya hehehehe (pepatah aku sendiri daa). Wahai rakan2 dan pembaca blog aku, hampa doa2 kan lah kejayaan aku ni noo.


Offer accept  :-)




Kena isi borang.....adusss, byk sggh lampiran nak kena isi  :-)



Wednesday, June 20, 2012

Long Time No 'Print'.

Rabu, 20 June - Salamatttt....dah lama rasanya aku stop 'production' cop baju. Lepas last punya job, aku truih buat house keeping kat 'port' kami dok cop baju tu, coz 'port' tempat aku buat tu lani dah jadi rumah ku syurga ku hehehehe. So buat sementara barang2 printing, ada yg simpan kat aku and ada yg simpan kat partner aku, kami seperate dua.

Last month dapat job, membe2 tempat keja jugak yg soh buat....kalau ikut aku, aku dah rasa mcm malaih dah nak buat, tp partner aku masih lagi bersemangat, so...what the hell are we waiting for, kluar kan segala 'equipment' kita hahahahaa, 'kilang' dah nak mola beroperasi. Buat masa ni 'port' untuk aku cop baju ni bertempat kat rmh partner aku, coz rmh dia ada 4 bilik and bilik stor dia kami buat markas sementara. Dan inilah hasil karya untuk kali ini....Baju bertuliskan Jelajah Semenanjung 2012, 1700km tuhhhh....nek 'kap' saja, kena complete dlm masa 4H3M huhuhu, bole kematu juboq. Ok lah...pada semua membe2 yg join Jelajah Semenanjung pada 22 June ni, berhati2 dijalan raya, semoga perjalanan p dan balik berakhir dgn selamat, jgn lupa...lani musim jerebu, jaga sama kesihatan anda....adiosss !!!


Design depan.



Design belakang.



Rupa paras untuk t-shirt putih.



Hahahaa...ready for delivery, ting tong !!!



Tuesday, June 19, 2012

Short and 'Ezi' Ride.

Salasa, 19 June - Rancang nak ride long distance, last2 shortride hehehee.

Route : PdgSerai-PngTunggal-KolaMuda-Penaga-TasikGlugoq-PdgSerai.
Total Distant : 63 km
Mx Speed : 40.7 km/h
Av Speed : 29.2 km/h
Timing : 2 jam 00 menet
Riderz : Koko Odd and Mike Apit.



Baru lepaih brekfast kat Kola Muda, cadang nak p Pantai Merdeka...hmm malaih ahh.



Masa ni lalu kot laluan org panggil 'kepala angin'...hahaha nak tau kena la mai, flat road saja.



Sama tapi tak serupa....team kpala LiveStrong, thats all folk.



Sunday, June 17, 2012

Testing 35mm f/1.8G

Ahad, 17 June - Today bawak mak buyong jalan2 and sambil2 tu nak test power prime lens 35mm hat baru beli tuh. Hmm...memang tak dinafikan, lens ni memang sempoi. Walaupun aku tak reti nak explain macam mana, but I can feel it, I can feel the power hehehehe. Senang pakai lense ni, tak payah gaduh nak fokus2 dah...simplekan. Kat bawah ni ada la sample sket hasil dari tangkapan yg dibuat dengan menggunakan combinasi D90 + 35mm. Maybe bole di 'upgrade' kan lagi quality dia, tapi bagi aku yg newbie ni...nampak segak dah weiiii. Model utk hari ni, macam besa laa....model seumur hidup hehehee.













Lokasi picture kat Hi-Tech
Nikon D90 + Nikkor 35mm f/1.8G



Saturday, June 16, 2012

Baby stuff !!!

Sabtu, 16 June - Sejahtera ke atas kamu wahai sahabat2 diluar sana. Hmm...insya'allah jika diizin Allah, next month (July) aku bakal bergelar bapak (macam tak caya). Macam2 perasaan dan pertanyaan bermain difikiran aku, dah bersediakah aku untuk memikul satu lagi tanggungjawab yg bakal diamanahkan untuk aku ??? Nak tak nak, aku kena tempuhi jugak....actually aku tersangat teruja untuk menjadi seorang bapak hehehe, depan Mak Buyong saja ja buat2 'cool', tapi dalam hati ni hanya Tuhan saja yg tahu, betapa excitednya aku hehehee.

Memandangkan due date dah tak lama mana, tadi sebelom masuk keja malam, dan la jugak aku bawak Mak Buyong p shopping barang baby, waaa...dia manyak heppi looo. Kami shopping sekadar ala-kadar shaja, tu pun atas advise membe2 yg penah lalui pengalaman anak pertama. Segala input dan nasihat semuanya aku simpan, yg baik jadikan tauladan dan yg buruk jadikan ia sebagai sempadan. Thanks to all my friends....yieeehhhaaaaa !!!


Hahahaa....nindia 'result' hari ni  :-)



Hehehe...for newborn.



'Menan' pun ada jugak, dah free gift, rembat saja huhuhu.



Monday, June 11, 2012

Return to 'Offroad' Tokun.

Isnayan, 11 June - Good monink folks....pagi ni layan outdoor 'dua kaki'. Setelah digembar-gembur kepada rakan2 kilang, betapa bestnya 'offroad' Tokun...makan satu perjanjian telah 'dimeterai'. Pagi ni tak ramai sgt, coz 'trip' kali ni cuma sekadar cadangan sepintas lalu. Tak sangka plak ada yang setuju. Kalau hari tu aku mai berduet saja dgn Mait Apit, kali ni kami mai dgn 'full line-up', total lima org pendaki semuanya. Mereka yang hadir ialah: Koko Odd, Mait Apit, Yop Wan, Abg Aad dan Roschan.

Hari tu masa mai berduet, kami nek separuh jalan saja, coz sampai disuatu tempat tu idung Mait Apit terhidu sumthing yg tak berapa nak best, aku pun maleh nak bantah....ikutkan saja la, lagi pun dlm hutan, tak brani la nak tunjuk terra. Laluan 'pejalan' kaki nek ikut offroad ni, memang mencabar....tiada landai, semuanya naik...naik...naik. Kali ni  sebab p ramai, kami nek sampai pencawang (kira ending laa). Laluan balik, kami balaih 'tarmac' sekerat and 'offroad' sekerat. Puaih la jugak hehehe. Next projek for hiking xtvt, kami target nak p Maxwell, Taiping...insya'allah sebelom masuk bulan posa. Nmpaknya byk xtvt nak dianjurkan sebelom penutup bulan Syaaban ni, Insya'allah...mana dan I follow or langsung tak dan hehehe  :-)


Yop Wan renyeh nampak hehehe...



Take 5 dipondok 1 Malaysia.



All up-up, tadak intro dah....teruih dapat chorus hahaha.



Tadaa....masa ni take 5 kat hentian 'krosi merah'.



Inilah puncak tertinggi diBukit Tokun ni....kalau mai weekend, ramai geng beskat dok mai krabat naik smpai ke pagaq pencawang tuh.



Pemandangan Tasik Mengkuang dari salah 1 view kat atas Bkt Tokun ni.



Last kopek sesi fotografi, after this....DH smpai 'tanah rata' huhuhu.



Saturday, June 9, 2012

Jelajah Kedah 2012

Sabtu, 09 June - Jelajah Kedah siri-3 anjuran SPCC bakal berlangsung pagi ni. Berbeza dengan format tahun lepaih, dimana Kayuhan Jelajah Kedah siri-2 berlangsung selama 2 hari and tahun ni SPCC anjurkan cuma 'one day' ride sahaja. Distance asal memakan jarak sejauh 210km, tetapi ada perubahan last menet, dimana ada laluan terpaksa 'ditapis' disebabkan kerja2 baik pulih jalan. Setelah diolah semula, total distance Jelajah Kedah siri-3 ini memakan jarak sejauh 170km.

Seramai 100++ org mengambil bahagian dan terdiri dari pelbagai club dan juga individu. Syabas diucapkan kepada SPCC kerana berjaya menganjurkan 1 event yang cukup meriah ini. Walaupun  ianya bukan satu official event, namun segala persiapan yang dilakukan oleh ahli2 SPCC  ini menampakkan ia seperti satu event yang besaq, maybe after this SPCC akan jadikan ia sebagai acara tahunan, insya'allah. Pagi ni aku tak kayuh, just mai bagi ramai, jumpa kawan2 and amik gambaq saja. Lagi pun baru abih keja malam and aku plak malas nak apply leave, coz nak simpan cuti untuk teman Mak Buyong bila dia bersalin nanti hehehee...tak lama dah, insya'allah bulan 7 ni jadi bapak kot, mode: berdebar-debar  :-)

Route Jelajah Kedah : SP - Gurun - Jeniang - Lubok 'Melbourne' - Nami - Gulau - Sik - Parit Panjang - Kuala Ketil - SP = 170km











More picture bole la p tgk kat Facebook aku  :-)