Koko Odd: This Is My Story.

Koko Odd: This Is My Story.

Saturday, June 9, 2012

Jelajah Kedah 2012

Sabtu, 09 June - Jelajah Kedah siri-3 anjuran SPCC bakal berlangsung pagi ni. Berbeza dengan format tahun lepaih, dimana Kayuhan Jelajah Kedah siri-2 berlangsung selama 2 hari and tahun ni SPCC anjurkan cuma 'one day' ride sahaja. Distance asal memakan jarak sejauh 210km, tetapi ada perubahan last menet, dimana ada laluan terpaksa 'ditapis' disebabkan kerja2 baik pulih jalan. Setelah diolah semula, total distance Jelajah Kedah siri-3 ini memakan jarak sejauh 170km.

Seramai 100++ org mengambil bahagian dan terdiri dari pelbagai club dan juga individu. Syabas diucapkan kepada SPCC kerana berjaya menganjurkan 1 event yang cukup meriah ini. Walaupun  ianya bukan satu official event, namun segala persiapan yang dilakukan oleh ahli2 SPCC  ini menampakkan ia seperti satu event yang besaq, maybe after this SPCC akan jadikan ia sebagai acara tahunan, insya'allah. Pagi ni aku tak kayuh, just mai bagi ramai, jumpa kawan2 and amik gambaq saja. Lagi pun baru abih keja malam and aku plak malas nak apply leave, coz nak simpan cuti untuk teman Mak Buyong bila dia bersalin nanti hehehee...tak lama dah, insya'allah bulan 7 ni jadi bapak kot, mode: berdebar-debar  :-)

Route Jelajah Kedah : SP - Gurun - Jeniang - Lubok 'Melbourne' - Nami - Gulau - Sik - Parit Panjang - Kuala Ketil - SP = 170km











More picture bole la p tgk kat Facebook aku  :-)



No comments:

Post a Comment