Koko Odd: This Is My Story.

Koko Odd: This Is My Story.

Saturday, August 8, 2009

Menakluki Jerai bersama 3G....tp bukan 3G 'beruk-band', ni 3G Geng Gerek Gunung hihihihi.

Sabtu, 8 August - Elooo...slmt mlm to all. Hari ni lagi skali aku ke Gunung Jerai, untuk menakluki pagaq pencawang buat kali ke 3. Plan asai nak ajak membe2 kilang layan trek jamboree NT, tp disebabkan 'ranjer' yg berjanji nak bawak kami dari CP2 ke CP3 dok 'terlioq' nak krabat Jerai, so terpaksa lah aku kansel. Lagi pun skang ni musim hujan, jadi aku rasa d'motivate la sket nak layan offroad, kira buat masa skang ni kena layan trek2 yg ber'tar' sahaja hehehehe. Plan ke 2 plak, kalau jadi aku nak follow geng2 Extragear layan trek 'hardcore' kat Penang, sebagai penutup kayuhan utk bulan ni....ye la, next week kan nak masuk bulan posa, so depa nak tibai 'kaw2' ler. Hat tu jugak terpaksa dikansel oleh Mat Boy dimenet-menet terakhir, karna faktor cuaca yang tak menentu kat area Penang. Hmmm....last menet aku decide join Gerek Gunung la, 'panjat' Jerai. Dari Lunas cuma aku ngan Din Discovery saja yg terpa p sana. Total raider yang berjaya dikumpul, bole tahan jugak ramainya...adala kot dalam 12 dewasa, 2 kanak2. Hari ni tak banyak sangat pic aku snap...yg dapat pun tak brapa nak cun, coz kabus tebal yg membuatkan pic tak brapa nak jelas. Cuaca untuk kayuhan hari ni memang best, sejuk berkabus...cakap pun keluaq asap, terasa mcm kat 'over-the-sea' la pulok huhuhu. Ceta panjang pun tak guna, so layan saja pic2 kandid kat bawah ni. Last word...syabas kepada ahli 3G yang berjaya pegang pagaq pencawang, yang tak pegang, penyertaannya tak di iktiraf hehehehe...sapa dia ek ??? Zasss...!!!

Raider'z: Odd, Abg Mat, Emdee (Masgut), Shahrul, Nazri, Haikal, Abg Man, Din Discovery, Jamil Bestkal, Bad RCT, 'Modenas 10', Tok Megat & Megat Jr and Bro Khalid & Khalid Jr.


Welcome to Gunung Jerai...enjoy the ride.



Musim hujan membuatkan suasana diliputi kabus tebai...susah nak cam sapa kat blkg aku ni hihihi, depa ni 'palaton' terakhir yg berlepas dari kaki gunung, hat lain dah pederaih awai2.



Signboard ni memang penting kat sini...peringatan utk semua jenis kenderaan. Utk beskat, hampa buat la bunyi hon dengan mulut.



Itu dia Abg Mat...dengan trademark Posmen PosLaju, elok la baju kaler oren.



Depan aku ni Haikal and depan Haikal tu Nazri. Nampaknya 'palaton' dah mula berpecah belah hehehe.



Bro Haikal.



Nampak Nazri Tokun lepaih 1...1 dipotongnya. Brader baju oren tu mcm kenai jaa ???



Eh...eh...bro Megat, kontrol nafaih bang hihihihi.



Dikilometer 4 point sumthing, take 5 jap coz anak Bro Megat ngan anak Bro Khalid dah tinggai nyawa2 ikan. Pic diatas, dari kiri: Bro Khalid, Shahrul, Abg Mat and Bro Jamil.



Ehh...tu macam Zainal, aku berkayuh diSg Duri ka skang nih, ooo...tidak hehehe. I don't believe it...jgn marah naa...!!!



Abg Man 'Iguana' ngan membe 'Modenas 10'...sorry la bro, lupa nak tanya nama.



At last...ada jugak muka aku utk di enteprem.



Huiiiyyyooo...bro kita climbing 'speedy' tuh, caya lah.



Itu dia, ketibaan Emdee yang dicucuk jauh oleh bro Megat.



Dah puaih berehat dan mengata, kayuhan disambung semula...next stop, Muzium Arkeologi.



Hahaha pic ini menunjukkan yang aku berjaya potong depa...



...tapi tak lama, hanya 60 saat saja, paih tu depa potong aku balik hihihihi.



Dan semakin jauh la pulok kena tinggai.



Hehehehe...hilang truih, hau-siau btoi.



Welcome to Muzium, tak nampak apa depan tu, kabus tebai sgt.



Take 5 dulu, tggu yang lain2.



Steady la Abg Man...welcome2.



Meh2...posing dulu, depa lambat lg.



Jaga2 Abg Mat, takut ada 'Shrek'...jgn ingat kat 300 saja ada 'Shrek'.



Kabus tebai, memang tak nampak apa...jarak penglihatan terhad.




Tadaa...I'm here bebeh.



Tggu org lain, org lain plak yg sampai...tu mcm Bad RCT.



Ketibaan Haikal ngan Nazri, depa dua ni dok lawan race !!!



Ho...Liauuu !!!



Posing bersama Bad RCT.



Tu dia Bro Jamil pun dah sampai.



Din Discovery pun baru sampai, lambat sket coz dok teman anak megat ngan Khalid.



Khalid Jr.



Megat Jr.



Abg Khalid 'Ironman'.



Sampai jugak Bro Megat dan berjaya meninggalkan Emdee 3G, selang 5 bijik beskal kat blakang tu hehehehe.



Emdee a.k.a Masgut, bro ok ke ???



Macam kembaq la depa 2 ni, begitu akrab sekali.



Take 5 kat sini plak.



Emdee and Bro Jamil, nampaknya perjuangan mereka cukup sampai diMuzium ni sahaja.



The journey continue...




Alamak Haikal...awat jadi lagu tuh, are u ok bro ???



Sronok makcik kedai ni, rezeki dia hari ni. Kata makcik tu, ni lah pertama kali geng beskal singgah minum kat gerai dia, sebelom2 ni just lalu saja. Bro Khalid dan lagi control ayu hehehe.



Pondok kongsi yang penuh misterius dan keliwon.



Orait...lepak sat2 dah la, paih ni sggh Telaga Tok Sheikh...refill ayaq.



Nak masuk p kat telaga, kena bukak kasut. Diharap ikut la segala peraturan yg ditetapkan kat telaga ni.



Ok jom sambung kayuh, tak jauh dah...anggaran lg 2km.



Kayuh 1 barisan, bagi lurus yer.



Posing bersama pengawal yg bertugas. Tgk Zainal...sronok tak terhingga hehehehe.



Bersama Otai 3G, Shahrul yg ditaja oleh Giant.



Ketibaan para peserta digarisan penamat:



Slalunya mai sampai pagaq tu saja. Kali ni mai lajak sampai 'guard post'.



Hehehe malaih aku nak buat ayat, biaq la hanya aku, Abg Mat dan Shahrul saja yg tahu hehehe.



Posing depan 'guard post'. Brader askar yg bertugas hari ni memang sporting gila, tq bro.



Ada lagi membe yang baru sampai, bro 'Modenas 10'.



Bukti yg cukup kukuh, dari kiri: Haikal, Din, Abg Man, Nazri dan Zainal.



Aksi manja disisi pagaq kem askar.



Bersiap sedia untuk layan DH, 14 kilo beb.



DH hati2...jalan licin:



Jom turun dulu, depa hat lain dok berposing sakan kat resort and kat signboard 1200m.



Sronok nampak bro Jamil, dok gelak kat sapa tu ???




Alhamdulillah...selamat jugak kita semua 'mendarat'.



Perhhh...cuaca panaih siot, nak kena perelai beskat la pulok.



Masa untuk menyimpan beskat. Masa ni Abg Mat baru prasan ada msg masuk, dikhabarkan yg bro Zainal krem dua2 blah kaki dan masih lagi dipuncak.



Waa...Emdee dah siap, sekian tq.


1 comment:

  1. best tu dapat naik atas, lain kali balik sg petani kena bawa bike ni cubatrytest naik dengan MTB.

    ReplyDelete