Koko Odd: This Is My Story.

Koko Odd: This Is My Story.

Saturday, August 29, 2009

Kayuhan 'Burung Hantu' ouk...ouk...ouk - versi Remp-It.

Jumaat, 28 August - Yaa...seperti yang telah termeterai dlm surat perjanjian, maka dgn ini berlakulah 1 kejadian kayuhan 'Burung Antu' kat area Hi-Tech. Ingat kat Melaka saja ka ada burung hantu, kat sini pun ramai jugak hantu2. Hmm...aku ingatkan tak ramai yang nak join, maklum la skang ni kan musim hujan, so kalau tak hujan pun sejuk kat luaq tu hihihi. Tapi sesampai saja aku kat sana...uihhh sambutan hangat gak, ramai rupanya raiderz yg dok ketaq lutut nak berkayuh, cantekkk !!!

Kayuhan kami bermula jam 11.15pm, baru stat kayuh...hujan renyai2 la pulok. Tp tak kesah la, kluaq2 dah...balun saja la, tp alhamdulillah...itu suma hanya sementara saja. Bole tahan la jugak tara nak perabih 1 loop, terjelir la jugak lidah. Starting tadi ramai mengekoq, lepaih saja 1 round, kalih2 blakang...laa hilang dah, mana depa p ??? Ramai la jugak yang terciciorrrr...mana taknya, Ja KT yang tarik, jenuh la nak ligan hehehe. Malam ni kira malam suai-kenai laa, so kami buat just 3 loop saja, dpt la dalam 25.6km. Lg pun litar basah, nak cucuk blakang raider depan satg asyik dok telan ayaq taya beskat depa, mana tahan beb hehehehe...so 3 round pun dah cukup nikmat utk kami semua. Orait next week maybe kami akan stat kayuh lagi, sminggu 2 kali plak, sapa nak join mai ler...tiada yuran perpindahan dikenakan hihihi. Oraittt letih dah ni, jom layan bantal plak...adiusss !!! Picture tak byk sgt, coz suasana mlm and camera plak cap hat 'mahai' punya hehehehe.

P/S: Nampaknya kena mintak Majlis Daerah Kulim buat divider jalan tinggi sket, sebab ada raider main tipu, kwang...kwang...kwang...!!! Nak kena siasat, siapakah gerangan Rider itu.


Tu dia...dah get ready dah, nak habaq nama pun tak nampak muka, siapa ya ???



MdNoq mai ngan kain pelekat saja, mlm susah sket nak telepaih p kayuh. Tu la lain kali buat la stail Mahmud Jun mcm dlm ceta Nasib DoReMi tu hahahaha.



Orait stat kayuh, make sure semua ada lampu blakang. Safety first.



Mait Apit ngan Shahrul...santai dan bersahaja.



Take 5 lepas buat 2 round.




Geng2 champion ni, dari kiri: Shahrul, Zuraidi and Ja KT.



Sambung kayuh lagi, ada membe request lagi 3x2 round...gulp !!!



Nindia aksi 'mat rempit'....gejala yg kurang sehat, don't do this at home.



Cukup la hanya 3 loops...mlm pemanas badan, next week kita balun kaw2 sket. Ok, packing2.



Misi complete...tadaaa !!! Next stop, Nasi Kandaq Dinas.



No comments:

Post a Comment