Salasa, 30 Jan - Arrrggghhhhh...kena jadi babysitter hari nih, mama ada kursus Mary Kay plak kat Ipoh, waduhhhh. Sungguh mencabar tugas Mrs Papa hari nih, cabaran paling getir ialah kena jaga baby yang baru 4 bulan, berminumkan susu badan. Kena banyak ber Istigfar...memang menguji kesabaran seorang papa misaili hahahaa. Lagu 2 ekor tuh tadak masalah, dah besaq and faham bila aku guna kuasa 'veto'. Jenuh jugak laa nak tenteramkan 'Mek Esah', sebab dia tak mau minum susu dalam botoi, dia nak hat susu tergantung tu jugak, naya dehhh. Tapi biaq 'segedebe' pun dia, sampai 'peak time' dia sapu jugak susu dalam botoi hahaha...tapi minum tak banyak laa, at least lega la jugak aku bila tgk dia minum. Bukan apa...baby lagi, kesian plak aku bila tgk time dia lapaq dok kriau jaa. Tapi ada 1 persamaan ketiga-tiga anak aku nih, masa baby bila dok kat rumah tak mau dok diam sgt, tidoq pun tak jerap....tapi bila bok masuk dalam keta, boh jaa dalam baby Car Seat tuh, secara otomatik dok diam and tak sampai 5 menet mesti lena. Maka aku pun terpaksa laa guna trik tuh, bawak laa depa pusing2 taman naik keta....setel, apadahal jaga anak hahahahaaa. Mana mama nih, balik la awai skit :-)
Wahhh...sila panggung kau yer, abih laa jahanam Walker 3 generasi tuh.
Saat2 manis...sronok noo, dia tak tau lagi mama dia pi kursus shari suntuk hari nih.
Hehehee....dah mula 'kemurungan', bertabah laa wahai Aisyah ku.