Khamis, 26 Feb - Holaa...ari ni nyer aktiviti kayuhan, balik je dari keja malam aku akan ke Bkt Langkap. Lama dah tak p mkn angin kot situ. Kali ni, ada membe baru dalam dunia MTB nih, last week baru p sambaq sebijik, huhuhu. So...kira Bkt Langkap ni, cubaan pertama la untuk membe aku nih. Hanya 3 org peserta je pagi ni: aku, Mat Apit and Manap M6 (pencalonan baru). Jalan nak masuk ke langkap, tak brapa nak 'cun', sebab 2 - 3 ari ni asyik ujan ja sblah malam. So tayar masing2 dah macam trektar, di selaputi selut. Percubaan pertama membe aku ni kira sukses la jugak, sebab bole complete trek kat sini, dah la tu...dia bley cakap "tak puaih kayuh la kat sini", ihh...ihh...ihh... Kuat jugak kederat bdk Manap ni, takpa nnt kita try p trek lain plak. Jarak kayuh ari ni tak jauh sgt, coz aku ngan Mat Apit baru abis keja malam, pagi tu trus p kayuh. So kami plan, kayuh sampai 'kantin' BKE tu je. On the way nak blk, aku lagi skali telah tergolek....masa melalui DH yg teramat 'gerun', sekali....bedebab jatuh....macam nangke daaa. Saksi di tempat kejadian begitu terpegun dan tak mampu berkata-kata (hanya ketawa berdekah-dekah). Tp walau bagaimana pun, suma nya under control, cuma kaki aku ni calaq-balaq la sket. Blk sapu myk gamat ok ler. K laa...enjoy the picture below, daa......
On the way nak ke Bkt Langkap, kabus tebal...melitupi alam (ewahh...)
Keindahan pagi, suasana dari Restoren Bunga Kertas.
Ok...pelajaran pertama, cara2 nak pasang tayar.
Berdebu beskal aku. Dari blk Pinang Tunggal, sampai ke la tak basuh2.
Ok, bersiap sedia semua, lagi 5 menet kita kickstat.
Tu dia...merlit lagi GTS M6, satg tau la...jalan berselut huhuhu.
Pelajaran kedua plak, cara2 nak lipat kaki sluaq, buat btul2 yer.
Pelajaran ke 3, cara memakai topi. Sambil di buyoff oleh Mat Apit.
Pelajaran tambahan, mcm mana nak pasang saddle bag hehehehe.
Jom gerak...manap dah ketaq kaki dah tu.
Ok...kayuhan dah bermula.
Oit manap, selesa dak kayuh, seat mcm rendah ja.
Stop sat, kita bok penaik seat jap.
Ni lah jalan yang penuh liku2 kehidupan.
Stop sat, bro Mat Apit nak buang slut, berat nak kayuh satg.
Ni dia, syarat pertama...pendek jer 'klembing' nih.
Posing dulu ngan pencalonan baru kita, Manap M6.
Sat2 lagi 1 keping pic.
Alamak, apa sudah jadi. Lagi sket ja Manap.
"Hehehehe...aku bukan tak leh kayuh tadi, tekejut dgr anjing tu dok salak kat aku. Tu yang stop kayuh tu" - Manap M6.
Ni la anjing yg tak bertanggungjawab tuh.
Ok brehat sebentar ye.
"Aku rasa anjing tu tak kenai lagi beskal hang, tu yg dia salak tu. Mcm aku ngan Odd, dia dah kenai dah. Kalau lalu, mesti dia bagi jalan punya" - Mat Apit.
Yaa....dah berselut, tapi still shining lagi.
Rumah hijau, atas bukit. Beskal hitam, di tepi bukit.
Uphill.
Jom sambung kayuh, ada lagi skit ja.
Klembing lagi....dan lagi.
Indah nya pemandangan dari puncak Bkt Langkap.
"Saya Abdul Manap, berumur tot...tot (biarlah rahsia), ingin mengucap kan terima kasih kepada family saya, yg sudi melepas kan saya utk keluaq mengayuh pada pagi ini, sekian terima kasih" - Manap M6.
Mat Apit sedang bercerita pengalam beliau masa 'dolu2' memula nak kayuh naik ke Bkt Langkap.
DH, hati-hati manap. Membe aku dah penah catat sejarah kat sini.
Best !!! Kalau aku tau kayuh beskal best camni, dari dulu lagi aku dah beli.
Ayuh ke kantin, sarapan sat.
Lep jangan tak lep...asah sket pedal tu.
Ni dia kantin kita, hentian rehat BKE.
Tensen btoi kayuh musim ujan ni, beskal musti belemoih.
Minum lah 100 plus, anda pasti cergas dan kuat yeahhhh...!!!
Relax kejap
Masih lagi berkilat, maklum la masih baru.
Ni dia, 2 org pengayuh yg berjaya 'membimbing' Manap, sehingga terbelinya beskal.
Masih lagi mampu tersenyum, kacang ja kayuhan ari ni.
Aksi 'pengganaz' DH -
sekadar gambar hiasan.
Ni lah hasil nya. (hanya saksi kejadian saja yg tahu huhuhuhu)
Buang angin sket, baru taya tak 'drift' masa DH nanti.
"Huii...btoi la taya tak 'drift', aku dah bole senyum masa DH ni" - Manap M6.
Alamak tanah runtuh la. Laluan sebenar dah tak bley lalu.
Takpa...jom explore jalan lain.
Dah jumpa dah jalan lain, ada 'klembing' plak tu.
Ok...panjat.
Steady la Manap, skit lagi...skit lagi.
Lama dah tak lalu, jalan pun dah di perbesarkan.
Jalan ni DH dia memang best.
Nun jauh di sana, Tokun. Takpa...nanti kita p Manap, tungguuuu...
Selesai sudah Le'Tua d'Langkap.
Time blk yg tak best ni, beskal belemoih. Abih la kotoq seat blakang keta aku.
Jom p pekena Mee 'Lalat' dulu.
Hasilnya....padan muka aku (syyy....)
No comments:
Post a Comment