Koko Odd: This Is My Story.

Koko Odd: This Is My Story.

Monday, October 29, 2012

Walking + Talking = 'Tokun'ning.

Isnayan, 29 Oktober - Terasa macam lama sangat aihh tak bok kluaq peloh. Masa cuti abih camtu saja, hmm...tetiba sehari sebelom kejadian aku suggest kat Mama ajak hiking di Tokun. Hiking ok sket kot, tak guna banyak tenaga sangat, kot tak larat ble berenti at anytime. Just bawak mama naik kot jalan tar, nak lalu 'offroad' tak brani la pulok, sebab aku kena dok depan hahahahaa. 

Bole tahan jugak jalan kaki kot tar nih, terasa sangat dia punya 'pacak', potensi sakit pinggang cukup tinggi hehehe. Tu baru jalan kaki, camna klu mai kayuh....lama dah tak mai 'main' kot nih, dok rasa macam tak brapa nak buleh dah lani...adusss. Hari ni naik sampai Malaysia Boleh saja, coz my mama dah mola nak 'kong' hihihii. Ok ler tuh...lepaih ni nanti ita repeat naik sampai 'Minum Teh' plak  :-)


Nun sayup2 disana....kian menaik, awat tinggi sangat nih ???



Cover2...padahal nyarih2 nak kena rescue CPR dah tadi hihihi.



Tadaa....!!!



Yaaa...M'sia boleh, Mama pun bolehhh.



Last kopek picture  :-)



Friday, October 26, 2012

Salam Aidil Adha.

Jumaat, 26 Oktober - Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha, kepada seluruh umat Islam, tulus ikhlas dari Papa, Mama and Damia :-)


Kasuit raya tu maittttt.....jalan tak ble lagik hihihihi.



Segak aihh depa pagi2 raya nih  :-)



Awat Damia ku sayang....nape molot moncong ???



Baju raya import dari Mekah...pak mentua bagi tuuu.







Thursday, October 25, 2012

Analisis Kesihatan Aku.

Khamis, 25 Oktober - Hehehee....I am in 'danger zone', need to do something. Cycling doesn't mean I am 100% healthy, need to control my appetite and discipline myself. "Lima lu cakap, lima kali tambah nasikkk....lima kali makan, lima menet lapar lagikkk" - petikan dari sebuah lagu bertajuk 'Dalam 10, cakap 1 nombor jugak hihihihi  :-)

BMI tak brapa cantek hehehe  :-)



Wednesday, October 24, 2012

Ekspressi Damia II

Rabu, 24 Oktober - Hmmm....nakpak gayanya blog aku ni dari shari ke shari dah jadi blog seisi keluarga, posting2 tentang aktiviti2 'sukan' dah semakin kurang. Tapi ok la jugak.....tadak la boring sangat (yg x boring tu aku ler) hehehee. Aku akan terus updated blog aku dari masa ke semasa, tak kira la apa posting pun, kot aku rasa nak post...aku post saja, blog ni aku dah anggap salah satu catatan diari, buat diri aku. Hari ni aku bawak mama and damia p bergambaq kat shopping kompleks plak, nothing spesel....just enjoy kami sefamili saja + bawak mama makan Pizza, dok tak dok...dok mengidam pulokkk hihihihihi.


Dikala Damia baru terjaga dari 'surrrrrr....' :








Buweerrrkkkk....!!!



Mama + Damia = MamaMia 




Maaf...ur dream wedding dah tamat hehehe  :-)



Disaat Damia gila stereng : 


Hehehe...muka tak puaih pegang stereng.



Tuesday, October 23, 2012

Rona-Roni Makaroni.

Salasa, 23 Oktober - Hari-hari makan nasik.....hari-hari makan nasik hehehehe. Tengah ari ni mama jangan masak nasik, ermm....cube fikirkan 1 menu yang best, yang mama tak besa buat and mama nak try buat hahahaa, big challange nih. Kalau sukses mama akan mendapat pujian, dan pujian dari suami itu juga merupakan pahala buat isteri....klu FAIL, kebalkan telingan mama hehehehee. So...sapa nak makan jemput la mai rumah, mai after 3pm...I'm sorry, it's already sold out bebeh  :-)


Makaroni cap San Reno....cume rm4.50 jer dikedai2 berhampiran anda.



Berbekalkan sedikit panduan dari resepi Mat Gebu....hehehehee


  
Tadaaa....makaroni hasil olahan dan spesel request dari 'customer', penoh dgn inti isi ayam dan udang dan pedaihhhh....mana tahan dekkk, good job mama, today accomplishment is sukses. Malam ni amik 'rewards' heheheheee  >:)



Saturday, October 20, 2012

Aku, 'Benjoi' dan Specialist.

Sabtu, 20 Oktober - Hmmm....apa nak buat, nampak gayanya lagi lama la kena rest. Sakit lutut pun tak recover lagi, ni dah kena operet plak. Al-kehsahnya lebih kurang macam ni laa....rasanya dah bertahun lama, benjoi kat dada aku tuh dok ada, cuma sebelom ni tadak rasa sakit apa2. Bermula dengan sebesaq jerawat (flashback balik 10 tahun sudah), jadi aku ni plak gatai tangan, suka dok picit....tp yg ajaibnya, bila dipicit dia akan membesaq...picit besaq, picit besaq, at last aku stop picit bila tengok dah 1 macam punya 'gondo' huhuhu....hampa tgk la picture kat bawah ni :-)


Rasanya dah lebih 10 tahun aku dok biaq 'benjoi' or membe2 dok kata 'lampu otomen' kat dada tuh, reasonnya sebab tadak apa2...I mean tadak rasa sakit apa, benda macam normal saja, cuma jangan gatai pi picit saja. Kalau perasan dari picture kat atas tu, dibawah benjolan tu ada 1 'titk' noktah hehehe....maybe aku gatai tangan kot p picit 'punat' kecik tuh, hingga membuatkan 1 perubahan besaq terjadi kat benjolan aku tuh. Ia jadi semakin membesaq dan mula rasa sakit. Aku try p klinik, try tanya apa benda nih ?? Dokter cakap ni lebih kurang mcm bisol la jugak, dia soh aku ambik ubat nanti surut la bisol tuh, klu tak ok jugak nanti kita kasi potong sket (gulp !!!). Aku cuba untuk bersangka benar, esok2 ok ler nih (walaupun dalam hati, aku tak brapa yakin). Mak aku dgn mama tak henti2 soh aku p specialist, soh cek detail apa benda tuh, tapi besa laa....ayat orang takut nak p hospital "alaa...tadak apa2 aihhh, ni esok2 baik la" hehehee...cover2.


Selang 2-3 hari lepaih tu, benjoi tu dok jadi makin sakit and kali ni dah stat bernanah and aku terpaksa beli kapas untuk balut dari biarkan nanah tu meleleh (tgk picture kat ataih), adussss....bila dah sakit nak 'teberak' macam ni baru la teringat dan merindui pakar2 specialist kat hospital tuh hehehee. Teruih aku ajak mama bawak aku p Bagan Specialist. Bila dah jumpa dokter....dokter tekejut, "awat you biaq sampai jadi mcm ni, hari ni masuk wat, later dalam kul 2:30pm kita buat operation"....errr ada bius dak dokter hehehe...."ada2....kasi tidoq", fuhhh cantekkk....memang citarasa aku hihihihihi. So....alhamdulillah, dah selamat operet, parut jahitan bole tahan la jugak panjangnya and dokter mintak aku banyak berehat, kurangkan pergerakkan and jangan angkat benda berat2, hmmm.
I hate this !!! But the Doc 'Deicide' for me to stay here huhuhuu....



Tag orang sakit  :-(



Masa ni baru selesai operet....mama snap picture ni masa aku dalam keadaan separuh sedar, mama cakap masa depa mai antaq aku masuk wad, ada 2 botol penoh berisi nanah serta ketul2an yang depa baru bok kluaq dari dada aku, eeeee....menakutkan !!!



Selesai operet, bole tahan jugak parut dia. Aku tak sempat lagi nak tanya dokter, apa benda yang ada kat dlm benjoi tuh, why bole ada lama sangat and why sekarang baru nak 'menetaih'. Nanti rabu akan datang ni dokter dah set kan 1 appoinment untuk cek aku punya jahitan nih, masa tu bole kot tanya macam2. Nak tanya masa mai hari tu, tak tertanya....coz dok tahan sakit. Alhamdulillah....lepaih dari operet ni, harap2 tadak dah yang dok menumboh kat dada aku ni hehehe.

Dah setel bab operet, later nak 'check-out' plak, meh kita tgk brapa dia punya bil huhuhu. Bole tahan jugak bill specialist lani, baru 'check-in' semalaman and operet camni punya simple pun dah kena rm5k++. Mujoq la Intel ada AIA....tapi still kena bayaq caj 10%, coz Intel dah convert from ING to AIA, AIA punya polisi tak cover 10%, but limit setakat rm500 saja uhuk2, tersedak jugak laa....merasa la bayaq rm500 (dekat2 nak raya haji ni, botak aku hihihii). Tetapi mujoq la jugak aku ada personal Insuren, bole claim balik rm500 tuh huhuhhuu...nasib baik aihhh. Apa yg cuba aku nak sampaikan disini ialah, moral of the story....pada sapa2 yg tadak or tak penah amik apa2 plan insuren tu, better amik la 1 plan, coz zaman skang ni cost perubatan memang sangat tinggi, kita tak tau bila masa nak kena or nak guna, bak kata pepatah 'sediakan payung sebelom hujan' hehehee...renung2 kan lerr  :-)




Wednesday, October 17, 2012

Hepi Besdey Koko Odd.

Rabu, 17 Oktober - Hehehee....hepi besdey to me (Koko Odd). Aku sendiri pun tak ingat tarikh lahir aku, bukak2 Facebook baru perasan, ramai membe2 dok wish hepi besdey kat aku. Terima kasih semua, semoga kalian pun panjang umoq and dimurahkan rezeki. Mama pun dah lupa kat tarikh lahir aku, maklum la dok bz dengan Damia dia huhuhu....mujoq la jugak aku ni bukan jenis yg concern sangat dgn sambutan harijadi nih, ingat tak ingat sama jerrr. Thanks to mama coz belanja papa makan kek Secret Recipe, 'seselaih' pun dah kenyang.....yg tak tahan tu, letak lilin ataih kek....3 lilin besaq and 4 lilin kecik, simbolik sunggoh nooo....anyway thank you again my dear wife  :-)


3 lilin besaq, 4 lilin kecik....apakah artinya semua ini ???  :-)



Kasih sayang seorang isteri hehehehe....I like :-)



Tuesday, October 16, 2012

Mari Berkelah lalalala....

Salasa, 16 Oktober - Dari dua minggu sudah lagi dok plan nak bawak mama and damia p mandi laut, tapi yang betoi2 'perak' nak mandi laut tu mama mia lerrrr, damia bukan reti lagi nak ajak aku p mana2 pun....dah mcm orang mengidam mak dia huhuhu. So hari ni free and tadak apa2 aktiviti nak buat, aku pun bawak depa p mandi laut, sblom p tu ada la buat masak apa2 yang patut, habuan nak makan kat tepi laut nanti. P pun kat Batu Feringghi saja....Miami Beach, p hari besa tadak orang sgt, terasa peace and comfortable hehehe. Hari ni pun cuaca cantek, tak mcm semalam, awai2 pagi lagi dah di'nodai' dengan hujan rahmat hehehehe. Lepaih ni cuti2 kena buat aktiviti yang soft sket laa, coz aku nak rehatkan lutut aku ni dari aktiviti cycling buat sementara waktu ni, hmmmm....  :-(


Possing sakan ataih ferry :






View dari ataih ferry



Miami Beach : 


Senyum la sket sayang  :-)



Saat2 Damia sebelom 'suurrrrrrrrrrr.......' : 



....dah selamaittttt hehehee  :-)



'Penunggu' khemah...warrkkkk !!!