Koko Odd: This Is My Story.

Koko Odd: This Is My Story.

Monday, October 15, 2012

Kembali ber MTB.

Isnayan, 15 Oktober - Hmmm....dari mggu lepaih lagi dok 'cadang' nak mengayuh MTB, tapi disebabkan ada sedikit kesilapan teknikal, maka last week satu ride apa pun tak buat. So...mggu ni x ble nak skip dah, biaq pun pagi ni hujan, namun semangat nak berMTB tetap tak lunturrrrr. Pagi ni ada la kot 5 org rider, aku (Odd), Mait APit, Zizan, Giant and Naim. Starting agak lewat laa, sekitar jam 9:30am baru kick start, coz tunggu 'pengkaji' cuaca dari Taman Selasih update. Plan pagi ni nak buat 1 loop : Tmn Selasih - Pagoda - Tokun - Tmn Selasih, tetapi selesai turun dari Pagoda, hujan lebat la pulokkk....habih lokoih. Maka hasrat nak keTokun terpaksa dibatalkan, next time ler. 

Pembatalan naik ke Tokun bukan saja disebabkan oleh faktor cuaca, ia juga disebabkan oleh lutut kanan aku yang injured masa kayuhan ke Kangaq ari tuh. Adusssss....memang betoi la kata dokter, aku memang kena rest dari cycling lagi, at least 6 minggu. Baru 2 minggu rest, rasa macam dah ok...tapi macam jer laa, masa kayuh baru aku tau ok ke tidak. Nampaknya Kayuh Lasak tahun ni terpaksa laa aku lupakan...hmmmm coba'annnnnn (sigh).


Nampaknya Zan dgn excitednya sedang dok atoq plan...."hari ni kita up lagi sebukit laa".



Itu dia...peserta2 semua sedang dok merebut gelaran KOM hihihihi.



Naim...rider baru ni, stamina dah ok, cuma blk ni p tukaq taya lain. Teruk sgt taya yg dok sedia ada ni, coz naik pagoda taya rajin dok slip.



Naik setakat 'bus stop' pertama saja, coz dah start hujan lebat.



Huhuhuu...carbo loading, tak jadi naik tokun, kami kona p pekena  Mee kuah ketam, nyum2.



Giant....tak cukup dgn makan, tapau plak lagi 4 bungkuih bawak blk hehehe.



No comments:

Post a Comment