Koko Odd: This Is My Story.

Koko Odd: This Is My Story.

Saturday, October 20, 2012

Aku, 'Benjoi' dan Specialist.

Sabtu, 20 Oktober - Hmmm....apa nak buat, nampak gayanya lagi lama la kena rest. Sakit lutut pun tak recover lagi, ni dah kena operet plak. Al-kehsahnya lebih kurang macam ni laa....rasanya dah bertahun lama, benjoi kat dada aku tuh dok ada, cuma sebelom ni tadak rasa sakit apa2. Bermula dengan sebesaq jerawat (flashback balik 10 tahun sudah), jadi aku ni plak gatai tangan, suka dok picit....tp yg ajaibnya, bila dipicit dia akan membesaq...picit besaq, picit besaq, at last aku stop picit bila tengok dah 1 macam punya 'gondo' huhuhu....hampa tgk la picture kat bawah ni :-)


Rasanya dah lebih 10 tahun aku dok biaq 'benjoi' or membe2 dok kata 'lampu otomen' kat dada tuh, reasonnya sebab tadak apa2...I mean tadak rasa sakit apa, benda macam normal saja, cuma jangan gatai pi picit saja. Kalau perasan dari picture kat atas tu, dibawah benjolan tu ada 1 'titk' noktah hehehe....maybe aku gatai tangan kot p picit 'punat' kecik tuh, hingga membuatkan 1 perubahan besaq terjadi kat benjolan aku tuh. Ia jadi semakin membesaq dan mula rasa sakit. Aku try p klinik, try tanya apa benda nih ?? Dokter cakap ni lebih kurang mcm bisol la jugak, dia soh aku ambik ubat nanti surut la bisol tuh, klu tak ok jugak nanti kita kasi potong sket (gulp !!!). Aku cuba untuk bersangka benar, esok2 ok ler nih (walaupun dalam hati, aku tak brapa yakin). Mak aku dgn mama tak henti2 soh aku p specialist, soh cek detail apa benda tuh, tapi besa laa....ayat orang takut nak p hospital "alaa...tadak apa2 aihhh, ni esok2 baik la" hehehee...cover2.


Selang 2-3 hari lepaih tu, benjoi tu dok jadi makin sakit and kali ni dah stat bernanah and aku terpaksa beli kapas untuk balut dari biarkan nanah tu meleleh (tgk picture kat ataih), adussss....bila dah sakit nak 'teberak' macam ni baru la teringat dan merindui pakar2 specialist kat hospital tuh hehehee. Teruih aku ajak mama bawak aku p Bagan Specialist. Bila dah jumpa dokter....dokter tekejut, "awat you biaq sampai jadi mcm ni, hari ni masuk wat, later dalam kul 2:30pm kita buat operation"....errr ada bius dak dokter hehehe...."ada2....kasi tidoq", fuhhh cantekkk....memang citarasa aku hihihihihi. So....alhamdulillah, dah selamat operet, parut jahitan bole tahan la jugak panjangnya and dokter mintak aku banyak berehat, kurangkan pergerakkan and jangan angkat benda berat2, hmmm.
I hate this !!! But the Doc 'Deicide' for me to stay here huhuhuu....



Tag orang sakit  :-(



Masa ni baru selesai operet....mama snap picture ni masa aku dalam keadaan separuh sedar, mama cakap masa depa mai antaq aku masuk wad, ada 2 botol penoh berisi nanah serta ketul2an yang depa baru bok kluaq dari dada aku, eeeee....menakutkan !!!



Selesai operet, bole tahan jugak parut dia. Aku tak sempat lagi nak tanya dokter, apa benda yang ada kat dlm benjoi tuh, why bole ada lama sangat and why sekarang baru nak 'menetaih'. Nanti rabu akan datang ni dokter dah set kan 1 appoinment untuk cek aku punya jahitan nih, masa tu bole kot tanya macam2. Nak tanya masa mai hari tu, tak tertanya....coz dok tahan sakit. Alhamdulillah....lepaih dari operet ni, harap2 tadak dah yang dok menumboh kat dada aku ni hehehe.

Dah setel bab operet, later nak 'check-out' plak, meh kita tgk brapa dia punya bil huhuhu. Bole tahan jugak bill specialist lani, baru 'check-in' semalaman and operet camni punya simple pun dah kena rm5k++. Mujoq la Intel ada AIA....tapi still kena bayaq caj 10%, coz Intel dah convert from ING to AIA, AIA punya polisi tak cover 10%, but limit setakat rm500 saja uhuk2, tersedak jugak laa....merasa la bayaq rm500 (dekat2 nak raya haji ni, botak aku hihihii). Tetapi mujoq la jugak aku ada personal Insuren, bole claim balik rm500 tuh huhuhhuu...nasib baik aihhh. Apa yg cuba aku nak sampaikan disini ialah, moral of the story....pada sapa2 yg tadak or tak penah amik apa2 plan insuren tu, better amik la 1 plan, coz zaman skang ni cost perubatan memang sangat tinggi, kita tak tau bila masa nak kena or nak guna, bak kata pepatah 'sediakan payung sebelom hujan' hehehee...renung2 kan lerr  :-)




No comments:

Post a Comment