Koko Odd: This Is My Story.

Koko Odd: This Is My Story.

Saturday, March 7, 2009

Lagi-lagi 'pencalonan' baru MTB.

Sabtu, 7 March - Ini ada lagi satu brita tergempaq...masa blk kayuh td, kami p singgah kedai Jamil kat area N8 tuh. Tetiba terserempak ngan membe sekerja aku iaitu Pawang (jgn salah sangka, dia ni bukan bomoh). Membe ni mmg dah lama minat nak join MTB, tp besa la...dok nanti-nanti. Tup-tup tadi, Mat Imran sudah kasi racun sama dia, bagi bdk Pawang ni test beskal dia. Apa lagi...trus jatuh cinta membe aku tu. Disebabkan bini sudah tggu dlm keta, jadi test drive tak la lama sgt. Lepaih 10 menet membe aku tu beredar, tup2 dia kol Mat Apit "Woi...petang ni jugak aku nak beli beskal" lebih kurang camtu la ayat dia. So dlm kul 3 tadi, aku Mait Apit ngan Pawang ni trus bergegas ke kedai 'Alberto'...tak ckp byk, trus sambaq GTS M7 mcm Mat Imran punya, dah tu kaler pun sama gak, blue. Cuma beza dia kat fork ngan brake system, kira Mat Imran punya beskal advance lagi la. Papahal pun tahniah la untuk Pawang, karna berjaya abih kan duit kat kedai beskal tu huhuhuhu...Isnin ni kita test menta and fizikal Pawang plak hihihihi. K chau...daaaaa...!!!

Hah...mai lagi kedai ni.



Ni dia Pawang...tunggu apa lagi, p la masuk dalam tgk beskal, malu2 pulok.



Ni dia yang bekenan di hati, baru kluaq kotak plak tuh.



The making of GTS M7.



Pam angin dulu pastu, get ready la utk pandu uji.



"Hang konfiden dak bole kayuh beskal ni Pawang" - Odd.



"Huiiiyoooo.....best la" - Pawang.



Ni dia wajah2 yg datang utk memberi 'sokongan' moral kat Pawang.




Mahguru (Mat Apit) plak test drive.



Aku pun nak test drive gak. Awat bro, muka masam jer.



Wa pun kena gak beb, hihihihihi.



Hehehehe...besa la tu Pawang, buah mula jer. Hihihihi...I'm sorry.



Last post dari 'pengarut' blogger.

1 comment:

  1. Hahahahahaa tok pawang pun kena racunnn.....welcome to the club of kena racun!!!.....

    ReplyDelete