Koko Odd: This Is My Story.

Koko Odd: This Is My Story.

Tuesday, January 30, 2018

Kindergarden Day !!!

Salasa, 30 Jan - Arrrggghhhhh...kena jadi babysitter hari nih, mama ada kursus Mary Kay plak kat Ipoh, waduhhhh. Sungguh mencabar tugas Mrs Papa hari nih, cabaran paling getir ialah kena jaga baby yang baru 4 bulan, berminumkan susu badan. Kena banyak ber Istigfar...memang menguji kesabaran seorang papa misaili hahahaa. Lagu 2 ekor tuh tadak masalah, dah besaq and faham bila aku guna kuasa 'veto'. Jenuh jugak laa nak tenteramkan 'Mek Esah', sebab dia tak mau minum susu dalam botoi, dia nak hat susu tergantung tu jugak, naya dehhh. Tapi biaq 'segedebe' pun dia, sampai 'peak time' dia sapu jugak susu dalam botoi hahaha...tapi minum tak banyak laa, at least lega la jugak aku bila tgk dia minum. Bukan apa...baby lagi, kesian plak aku bila tgk time dia lapaq dok kriau jaa. Tapi ada 1 persamaan ketiga-tiga anak aku nih, masa baby bila dok kat rumah tak mau dok diam sgt, tidoq pun tak jerap....tapi bila bok masuk dalam keta, boh jaa dalam baby Car Seat tuh, secara otomatik dok diam and tak sampai 5 menet mesti lena. Maka aku pun terpaksa laa guna trik tuh, bawak laa depa pusing2 taman naik keta....setel, apadahal jaga anak hahahahaaa. Mana mama nih, balik la awai skit  :-)

 Wahhh...sila panggung kau yer, abih laa jahanam Walker 3 generasi tuh.



 Saat2 manis...sronok noo, dia tak tau lagi mama dia pi kursus shari suntuk hari nih.



Hehehee....dah mula 'kemurungan', bertabah laa wahai Aisyah ku.



Monday, January 29, 2018

Menjari Distance 10km (gagal).

Isnayan, 29 Jan - As'salamualaikum and GoatMonink. Pagi ni ada laa sedikit semangat untuk aktiviti lari. Set pagi nih nak dapatkan distance 10km, habuan route lari time cuti2. Kalau tgk dari 1st trial, total dapat dlm 9.2km and kena cari lagi 800m untuk cukupkan 10km. Cuba ikut laluan yang sama, cuma ada sedikit saja rombakkan masa 'in between' larian tuh. Ingatkan bley dapat 10km bila abih, tapi bila buka saja Strava, total distance dapat 9km jaa, arrggghhh short 200m and timing drag teruk. Guano nak improve camni huhuhu...tapi ok laa, dah bole accept lari more than 5km. Cuma mental and stamina jaa tak konsisten, biasa laa tak jaga makan minum, dah la tu bini masak sedap plak hahahaa...haruunnnnnn !!!

 Muka org frust huhuhu...a little bit laa, takpa nanti cuti buat lain.



Hmm...10min gap dgn previous punya timing, next week try lagi.



Sunday, January 28, 2018

Second Attempt...short Run & Hike.

Ahad, 28 Jan - As'salamualaikum and Goatmonink guys. Pagi balik dari keja malam dah set dalam otak, nak try lagi skali Run & Hike. Catatan masa agak sedikit 'barai', mungkin sebab start lari dalam keadaan menaik kot. Coz bila lari sambil naik bukit, cepat btoi rasa sakit pinggang...why ekkk ?? First trial, aku lari ikut depan Kolej INTI tu dulu, so tadak masalah la sangat bila sampai part lari manaik nanti sebab 'enjin' dah panaih. Kali ni aku lari ikut resort dulu, starting trus 'menaik'...arrgghhh jalan kaki la jawabnya. Dah abih 'menaik' baru la aku start lari sehingga la kestarting point nak hiking plak. Nak hiking, jalan makan angin saja laa...tak yah laa lari2 hehehe, letih bai. Rasa macam cepat sket hari nih, tapi bila buka Strava, time lari...3min lambat, harap distance jaa sama. Hmmm (dok rasa mcm cepat)...takpa laa, nanti try lain.

 Welcome to Kawasan Mendaki Bukit Jambul, Penang...Malaysia.



Arrrgghhhh...only 4.5 kilo's, sebab ending hiking, tu yg jadi teruk balik.



Thursday, January 25, 2018

Percubaan membina laluan 10km

Khamis, 25 Jan - As'salamualaikum and Goatmorning folks. Pagi ni tadak plan nak buat apa2 aktiviti, tapi pagi nih jugak rasa macam 'mental' tengah dok mau. Apa lagi...capai kasut trus kluaq pi jog. Disebabkan pagi ni semangat dia lain macam sket, aku try mark laluan sekitar pusing taman kot area rumah aku nih, ble dapat dalam 10km kira cantik laa. Ok on Strava and aku cuba sebaik mungkin untuk berlari tanpa 'take five', Alhamdulillah buleh jugak rupanya. Sepanjang lari aku x tengok pun Strava, sampai finishing baru aku bok kluaq henset and check tgk brapa total kilometer yang aku dapat. Tak sangka bole jugak dapat dalam 9.2km, besaq jugak jajahan taman aku stay nih, kena add sket lagi untuk dijadikan 10km. Next week plak laa try lain, mlm satg dah start keja...jadi aktiviti terpaksa slow/stop laa.

 TQ Brooke hihihihi !!!



 Basah sehingga ke spenda bai hahahaa...



 Catatan Strava....



Hmmm...bila diamati balik route nih, ada certain laluan mcm tak logik.



Wednesday, January 24, 2018

Permulaan Kayuhan 2018

Rabu, 24 Jan - As'salamualaikum and goatmorning. Pagi ni atoq 1 kayuhan offroad dgn regular partner huhuhu. Disebabkan kekalutan diawai pagi, dengan delivering anak pi sekolah, jadi route offroad bermain disekitar Sarang Ayam - Nagalilit - Pdg Serai. Semalam hujan lebat kaw punya, jadi pagi nih trek memang belemoih laa. Beskat lama tak servis + tak jaga kebajikan dia plak, bunyi macam2 bila selut kat RD/FD/rantai jadi kering hehehee. Fork toksah creta laa...dah sekian lama dah tukaq status 'rigid', tunggu fork patah baru kita pikiaq tukaq lain...keadaan ekonomi lani kaluit sket huhuhu. Total distance 23km and 95% is offroad, dekat2 nak abih tu terasa jugak letih dia, ditambah plak dgn rantai rajin dok stuck masa climbing...moral sedikit down and bebai hehehe. Nak kena hantaq pi servis jugak pasni. Semoga lepas ni kembali aktif mengayuh...dapat seminggu skali pun ok kot huhuhuu..

 Adehhh...byk keja balik satgi nih, jenuh sentai kotoran degil.



 Tinggai kami dua saja...mana pi yang lain.



 Waa...gate bukak hari nih, macam meraikan kedatangan kami.



Mengikut catatan Strava...patutnya ble dapat lebih kilometer lagi, tapi disebabkan faktor hutan semakin menebal, maka certain route terpaksa diskipkan. Kalau mai ramai tadi, mungkin high chances untuk redah itu ada...ramai maa, brani ler sket hehehe.