Koko Odd: This Is My Story.

Koko Odd: This Is My Story.

Monday, October 27, 2014

Officially Warganegara Malaysia.

Isnayan, 27 Oktober - Maka dengan ini aku ingin mengumumkan....baby boy baru aku ni, diberi nama Muhammad Nazmi bin Mohd Nazarul huhuhuu. Hari ni pi JPN kat Kota Damansara untuk proses membuat surat beranak (sijil kelahiran). Mujoq orang tak berapa ramai sangat, jadi tak jenoh sangat la nak menunggu. Sijil hari ni jugak dapat, tapi MyKid kena tunggu lagi 2 bulan.

Sah !!!



Friday, October 24, 2014

Hari ke Tujuh....

Jumaat, 24 Oktober - Genap usia baby aku 7 hari....Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama.” (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi). Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin.

Tapi aku buat 2 saja, bercukur dan bagi nama....akikah tak buat lagi, duit kalut sket hehee. Jadilah....buat sekadar termampu, pak mentua pun tak respon kata nak payung lembu ka kambing kaa, klu dak ble skali jalan hehehee....

Teamwork....ibu dan ibu mertua bergabung 'mengonjengkan' kepala anak aku.



Halusssss....ada tanda lahir kat lengan anak aku nih.



Sunday, October 19, 2014

Kasih Seorang Kakak.

Ahad, 19 Oktober - Semalam dah selamat discharge dari Hospital Sg Buloh. Alhamdulillah laa....penyakit kuning baby tak berapa critikal sangat. Seronok Damia dah muleh baby and kamu sekarang dah naik 'pangkat' hehehee. Jaga dan sayangilah adik kamu ni lelok naa  :-)



Sayang betoi aihhh dgn adik dia nih....org lain pegang, kena marah tuhhh.



Friday, October 17, 2014

My Newborn Prince...Welcome Brother.

Jumaat, 17 Oktober - Alhamdulillah...syukur kepada Allah SWT, kerana hari yang dinantikan telah tiba. Mama dah selamat bersalin pada jam 01:39am tadi, dan kali ni kami dikurniakan seorang cahaya mata lelaki...lengkap la sepasang buat masa nih. Apa yang lebih bermakna buat aku ialah....tarikh lahir baby sama dengan aku, aduhhh...sebak aku, terima kasih mama. Ya Allah...terima kasih jua keatas rezeki yang Kau berikan pada hamba Mu ini, amin ya'rabbal alamin.

Tibalah masanya....ni aku nak masuk pi tgk bini aku bersalin nih.



Alhamdulillah....bayi lelaki, cukup sifat. Hadiah paling bermakna :-)



Baby kali ni ringan sket dari kakak dia dulu....3.42kg saja.



Wednesday, October 15, 2014

Penantian Suatu Penyeksaan

Rabu, 15 Oktober - Hmm...last week aku antaq mama balik kampung, coz untuk baby kedua ni pun aku dgn mama dah agree nak bersalin kat Hospital Sg Buloh (anak Selangoq lagikkk) and terus berpantang 44 ari kat rumah mentua aku laa. Kalau ikut kan due date nya, kemungkinan hujung bulan Oktober ni laa.....aku baru ja balik mai Kedah, dan la keja baru 4 ari, dah dapat call kata mama nak kena tahan dok Wad (awat plak !!!) huhuhuu.

Tanpa berlengah-lengah lagi teruih aku apply Emergency Leave. Hmm...sambil dok drive ala2 F1, fikiran aku dok pikiaq macam2, mintak2 la untuk kelahiran anak kami yang kedua nih berjalan dengan lancar. Sesampainya aku kat hospital, aku masih lagi dibenarkan untuk melawat mama, daripada apa yang mama story kat aku tuh....sepatutnya dia dah kena ada tanda2 sakit nak beranak. Kerana takut jadi apa2 dengan kandungan dlm perut tuh, pihak hospital terpaksa tahan mama and buat 'siasatan' hehehee. Risau aku...ya Allah....Kau permudahkan lah segala urusan ku dan hanya kepada Mu aku berserah, amin.

Dokter bagi peluang sampai esok, kalau tadak tanda2 nak beranak, depa akan mula masuk kan ubat, kalau tadak jugak tanda2 nak beranak....depa akan masuk kan ubat untuk kali kedua. Dan kalau tadak jugak....last step, operet laa. Dugaan dan cabaran btoi untuk second birth nih.

Kesian Damia....dok cari mana mama dia, maklum la tak penah renggang.



Wayar keluaq dari perut !!!



Check degupan jantung baby....sejam skali depa mai update.



Hmm...tak faham aku mcm mana baca, tapi misi tu kata...normal  :-)



Sunday, October 5, 2014

Sales Pinggan Mangkuk.

Ahad, 05 Oktober - Raya korban tahun ni tak pi layan potong daging, lepaih saja dari solat Sunat Hari Raya, mama dok kalut ajak aku pi Kilang Miyao-Toki kat Klang Lama, dok kalut nak beli pinggan mangkuk (besa laa...org pompuan). Kilang ni memang tiap2 quarter ada buat sales, tapi aku tak penah pi pun, yelaa...bukan 'benda' yg aku minat pun. Hari ni last day offer, direct dari kilang. Memang murah and cantik2, memang berbaloilah....rabung mata aku tengok huhuhu. Klu macam ni tak gaduh la nak pi Idaman Suri or Ismail Group dah hehehee... Orait jom layan pinggang baru sat   :-)

 Miyao-Toki....kilang ni kat area Kawasan Perindustrian Klang Lama.



 Ramai gak orang....ingatkan tak ramai yg tau hehehee.



 Ramai jugak yg mai sambut Raya Korban kat sini hehehee....



 Renyeh sampai ketelinga....rabung mata.



 Mcm2 gred dan quality....dari serendah rm1 per pcs.



 Errmmm...wau !!! Pinggan yg menarik huhuhu...



Errkkk...mamat ni sapa dia tak tau, tetiba terinterprem dlm camera aku...hentam saja laa.



Saturday, October 4, 2014

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha.

Sabtu, 04 Oktober - As'salamualaikum....esok seluruh umat Islam bakal menyambut Hari Raya Qurban, jadi dikesempatan ini aku pun nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua umat Islam diseantero dunia....yang mana nak balik kampung jauh tuh, hati2 lah dijalan raya, jangan biarkan tahun ni tahun last raya haji anda huhuhuu....ucapan ikhlas nih, dari aku Koko Odd and Family.

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha....mbeeekkkkkk !!!



 Adehhh...nak beli santan segaq, jenoh beratoq aihh...mcm nak beli tiket bas blk raya, sigh !!!



 Rendang rusa...dah lama tak bok kluaq skill hehehe.



Selamat Hari Raya nooo...awat muka aku nmpak sekerat !!!