Koko Odd: This Is My Story.

Koko Odd: This Is My Story.

Tuesday, May 8, 2012

'Offroad' Gunung Jerai.

Salasa, 08 Mei - Pagi ni jom krabat Jerai...tapi bukan dengan pacuan 2 taya, but with 'pacuan' 2 kaki hahaha...layan hiking laa yop. Tak sangka plak, last menet punya plan menjadi. Semuanya terjadi secara spontan, kalu plan awai sahih tak jadi punya. Seramai 9 org intelliurrrr hadir untuk menguji 'kuda2' mereka, kuat ka dak hehehe. Yg attend pagi ni ialah: Odd (aku ler), Mait Apit, Giant, Roschan, Pak Wan, Apit ER6, Boyot, Abg Add and Fadhil.

Berbekalkan maklumat dari Blog Adiharriman and sedikit info dari membe yg besa naik kot 'offroad' Jerai, pagi ni kami 9 org yg zero knowledge tentang laluan kot ni, just main pakai lalu saja. Lagi pun dari info yg kami dapat, just naik ikut Tangga Kenari 1000 tahun and ikut saja laluan tu. Sepanjang laluan jugak kami tak brapa nak risau, coz ada group yg besa naik sblom2 ni dah lekatkan byk kertas penanda laluan, jadi tak la raplah sgt. Dah lama aku teringin nak hiking naik Gunung Jerai, akhirnya pagi ni my Golden Dream telah tercapai, syukur alhamdulillah.

Bagi sapa2 yg tak besa naik 'jln kaki' kut offroad Jerai, elok la try....best wooo, enjoy hihihihi. Laluan naik bermula dari Titi Hayun, dari situ amik laluan Tangga Kenari 1000 Tahun. Dari situ kena naik tangga yg bole dikatakan sedikit memacak (klu nak turun, memang kena berhati-hati laa). Just naik saja tangga tu, sehingga la jumpa laluan 'offroad'....dari situ just follow saja trail dia, sepanjang perjalanan ada tanda arah dan juga kertas penanda jalan, insya'allah sampai klu niat nak naik smpai ke atas, kot ada niat 'lain'...wa tak jamin woo hehehe. Sepanjang laluan kat sini, Pacat memang banyak...jadi jenoh jugak la dok 'bersilat' hihihihi. 

Perjalanan kami mengambil masa, lebih kurang 4 jam lebih, dengan jarak 8km (agak2 saja). Bagi geng2 power, bole la buat route p balik kot offroad jugak, tapi bagi geng yg asyik dok tanya bila nak sampai, elok la p one way saja hehehehe (aku le tuh hihihihi)....turun dengan Van. Kalau nak turun dgn Van, sebelom mai Titi Hayun, sggh dulu dikaki Gunung Jerai, p kat Regency punya 'pondok' (kat dlm tu ada awek comey jaga), mintak nomot tepon dreba Van hat dok bawak pelancong naik ke atas and deal la dengan dia. Satu trip dia charge rm50 satu van, kalu ramai, sep la sket sebab tong2. Kalau nak mintak dia hantaq p Titi Hayun pun bole, nanti dia bagi la sebut rega lain. Hmm...ok la, itu saja yg bole aku bagitau kat sini...orait have a nice day, esok nak relax with mama plak, kesian kat dia....2 hari kena tinggai kat rumah hehehehe.


Hahaha...welcome2.



Sggh sarapan kat pekan Yan.



Dah bole mula dah....tu dok bincang strategi tu, masa bila nak 'attack' hehehe.



Air Terjun Titi Hayun.



Tangga Kenari 1000 Tahun....dok dengaq slalu org dok sebut Tangga 1000, rupanya bukan 1000 anak tangga, tapi 1000 tahun daaa...



Ok sebelom apa2 yg bakal terjadi, moh kita posing dulu  :-)



The end of 'tangga'...lepaih ni masuk fasa jln ataih tanah plak, hati2...pacat byk siot.



Nindiaaa....geng 'Tongkat' hehehe.



Hahahaa....letih ye bang  :-)



Kabus dah mula menutupi laluan, masa ni dok terasa mcm nak Magrib.



Yaa...dah hampir nak sampai.



Malaysia Boleh !!!



Hat ni Geng 'lompat pagaq'....dulu masa skolah rajin tuang klaih hehehe.



Geng 'palaton' pertama huhuhu.



Lambat sgt tggu 'palaton' ke 2, moh kita posing kat sini plak.



Akhirnyaaaa....sampai jugak geng peloton ke 2, sejam jugak tggu depa ni hihihi.



View dari Regency Resort, syg tak bawak D90  :-(



Sesi 'kawtim' dgn dreba van, apek ni cakap lorat Kedah pekat, memang 'ori' Kedah mali.



Muka2 happy....Alhamdulillah, tiada sebarang kejadian yg tak di ingini berlaku, semua 9 org yg hadir selamat, amin.

P/S: more picture bole tgk kat Facebook aku or Facebook Roschan.



No comments:

Post a Comment