Koko Odd: This Is My Story.

Koko Odd: This Is My Story.

Wednesday, October 14, 2009

Cinta Pantai Merdeka....the long long long long long hours ride.

Rabu, 14 Oktober - Slamat malam to all, tq sebab mai belek blog aku yg tak seberapa ni. Hari ni, misi aku ialah nak kayuh endurance, coz dah byk mggu tak buat kayuhan jarak jauh ni. So after 'diskus' ngan membe sekilang, kami telah memilih Pantai Merdeka sebagai destinasi kayuhan. Dah 3 kali delay nak kayuh p Pantai Merdeka, punca utamanya disebabkan oleh faktor cuaca and raider 'participate'. Tujuan utama nak p situ, nak p pekena Mee Udang kat Pulau Sayak hehehehe, dah lama ngidam...at last tadi merasa jugak, paih ni bole la 'menarik' bawak p sana huhuhuhu. Hari ni kayuhan memang santai abis-abisan, mana tak nya...stat dari rumah aku (Lunas) kul 7.40am dan tamat around 5.30pm hehehehe, gila btoi. Tapi takpa...semua rider yang p tadi still enjoy their ride. Sepatutnya kayuhan bole tamat awai, tapi dlm perjalanan pulang salah sorg rider sudah 'tangkap mengkarung' daa, truih kayuhan ni jadi kayuhan 'mandom'. Tapi walau bagaimana pun kayuhan tetap berakhir dengan jayanya dan tiada kecederaa dilaporkan oleh Bernama. Insya'allah next plan, nak terjah Kola Kedah plak....estimate finish, mau lepaih Isyak baru abih huhuhuhu.


Rider : Odd, Mait Apit, Giant, Pawang, Din Discovery, Zizan.
Destinasi : Lunas - Pantai Merdeka - Lunas.
Total Distant : 107.9 km.
Time Taken : 10 jam (hehehehe).
Max Speed : 55 km/h.
Av Speed : 12.6 km/h (hehehehe).
Complete Route : Tmn Makmur - Lunas - Ara Kuda - Jarak - Tasek Gelugoq - Kubang Menerong - Bertam - Kepala Batas - Kg 3 Ringgit - Kg Guar Tuan Said - Pmtg Tok Labu - Sintok Bugis - Bukit Kechik - Pantai Merdeka - Pulau Sayak - Sintok Bugis - Rantau Panjang - Tikam Batu - Tmn Rhu - Pinang Tunggal - Pantai Prai - 'Jambatan Puaka' - Terat Batu - Pdg Serai - Tmn Mahsuri - Pmtg Tok Dik - Naga Lilit - Bt 8 - Tmn Aman - Tmn Makmur.


Se-awal 7.15am, semua rider dah berkumpul depan rumah aku.



Sesi fotografi sebelum bermulanya 'kejadian'.



Hari ni Team Shimano antaq 2 org riderz, bukan utk riki trek, tp utk riki mee udang kat Pulau Sayak tu, sedap ke tidak hihihihi.



Stage 1 - Perjalanan dari Lunas ke Petronas Bertam:








Bergambaq bersama Pawang, setelah sekian lama menghilang...hari ni penampilan sulung dia selepaih raya, kira mai nak bakaq lemak ler.



Ok last shot sebelum berlepas.



Stage 2 - Perjalanan dari Kepala Batas hingga ke tempat 'Krem':








Takbirrrrrr...!!!




Take 5, Bagi laluan utk Pawang sapu krim, dia cakap dok rasa mcm nak 'mai', tu yg sapu siap2.



Pawang bersama dgn ahli 'Team Shimano' hehehehe.



Hmmm...apa kata kita tahan bas, cepat sket sampai Pantai Merdeka.



Cuaca kelihatan macam nak ujan lebat, tp alhamdulillah....sepanjang kayuhan tiada hujan.



Yaa...tak jauh dah, signboard ni habaq, kona kanan.



Insya'allah suatu hari nanti.....



Stage 3 - Pantai Merdeka...'here we come':



Selamat Datang ke Pantai Merdeka.



Mcm besa laa...sampai sini kena la posing dulu.



Tak ketinggalan juga, Team Shimano.



Palatun ke 2 baru sampai, kena tggl masa panjat 'gone' nak sampai sini tadi.



Pemosingan dari bloggerz.



Dari sini bole nampak Tanhung Dawai.




Rilek Pawang jgn bersedih, kita dah sampai ni...chill out !!!



Nampaknya Giant terpaksa menenangkan Pawang daripada terus bersedih hehehehe.



Family potret 1.



Family potret 2.



Stage 4 - Menuju ke Pulau Sayak (kedai Mee Udang) :




Yaaa...inilah yang kita cari selama ini.




Masa ni dok tengah tggu order, muka-muka dah tak sabaq nak melantak.



Halamak...marka comei, berkenan aku hehehehe.



The Reward...acara melantak Mee Udang :



Fuhhh...memang 'ho-liau' la Mee Udang dia.



Acara selepas makan....lepak sambil kena angin pantai. Masa ni rasa mcm tak mau blk.



Ok ready to flag off. Adehhh....panaih la pulok.



Stage 5 - Dari Pulau Sayak menuju ke Masjid Tikam Batu :




Alhamdulillah...selamat sampai.



Kat sini pun kena posing jugak.



Stage 6 - Menuju ke Refill station, Pinang Tunggal :



Ayaq dah kering, kena topap dulu...nak kayuh dlm panaih lit2 satg.



Memang best, rugi sapa tak ikut.



Stage 7 - Perjalanan menuju ke Jambatan Puaka hihihihi :



Welcome to un-safety bridge of hell.



Walaupun dah ada papan tanda amaran, tp jambatan ni still digunakan sebagai jambatan utama bagi penduduk kat sini. Hmmm tadak ka pihak yg nak repair jambatan ni ek ???



Posing dulu, sementara jambatan ni tak runtuh lagi hehehehe.



Stage 8 - The end of the journey :





Dekat2 kul 5:30pm, kami pun sampai la ke tapak pemungghan hihihihihi.



Dah sampai dah ni Giant, p la simpan beskat dulu. Awat tak puaih kayuh ka ???



Total distant dari beskat Giant, 107.96 kilo. Alhamdulillah...semuanya selamat sampai. The end.




No comments:

Post a Comment