Koko Odd: This Is My Story.

Koko Odd: This Is My Story.

Wednesday, March 12, 2014

Tiga 'Serangkai' - Booster

Rabu, 12 Mac - Hari ni genap la usia Damia 1 tahun, 6 bulan...cepat sungguh masa berlalu. Pagi ni kena bawak Damia pi klinik desa, untuk suntikan DTaP/DT, Hib, IPV (booster) atau orang kita cakap cucuk '3 serangkai'. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar and Damia macam tadak deria sakit, terlopong jaa tgk misi tu enjet dia huhuhuu...syabas betteyyyy !!!

 Enteprem....sapa lebih pulun ???



 Dan lagi posing ala2 cute gitu...bukan main noo...



 "Misi ni buat apa kat paha aku nih" - Damia.



 "Awat misi ni gelap" - Damia.



"Depa buat apa tadi, tak faham laa..." - Damia.



Saturday, March 8, 2014

Offroad Trek Astana, SP.

Sabtu, 08 Mac - Mlm smalam sms Jat ajak kayuh offroad kot Astana, ok dia ON. Mai pagi ni tak ramai sgt dah macam dulu2, mengikut sumber Jat...nak 'pupuih' abih dah hehehee. Awalan permulaan cuma ada 3 rider saja, iaitu aku (Odd), Jat dan Jamil....tgh baguih punya dok layan offroad tiba2 saja jengoi Haji Sabri, depa kata dia memang slalu mai training sorang2 kot nih hehehee...kantusss !!! Just nice ride pagi nih, enjoy, fun and next week bley kot pi jauh sket hehehee...

Diawalan kick-stat cuma kami bertiga saja.



Beri laluan...beri laluan !!!



Dok 'berzikir' apa Jat hehehee...penangan lama tak kayuh.



Jat...antara sparing partner lama, tapi on/off sket laa.



Tu diaaa...otai 'beckhem' dah sampai, Hj Sabri layan sorang jaa.



Berpeluang bergambaq bersama Otai...Hj Sabri, ilmu 'ghaib' dia tinggi woo.



Ok...jom layan DH, hati2 noo...



'Syarat' yg seterusnya....ruyup aih depa ni blah.




Sesi menunggu rider...



Pemandangan dari salah satu puncak, satg nak p blah sana plak.



Ok Jat...steady2, imbang elok2, sikit saja lagi.



Simpang yang penuh dgn 'pendustaan' hahahaa...



Bersama otai...Hj Sabri, sapa nak mai bekam ble mai jumpa tuan haji nih.



Setel ride hari nih...muka mcm tak puaih saja hahahaa.



Thursday, March 6, 2014

Rock Garden lagikkk !!!

Khamis, 06 Mac - Aktiviti continue with same offroad. Maybe dalam 2-3 bulan nih kami akan main kot ni saja, coz sparing partner aku tak ble kluaq kawasan and masa plak limited. So kami layan trek ni saja laa, dekat dengan rumah and tak makan banyak masa sangat, normal ride 2 jam complete lerrr. Trek pun 'simple' saja dan tak 'membeban' kan rider hehehee....enjoy yaa !!

 Adehhh...kena tinggai la pulokkk.



 The 'rock' climbing...ehh...ehhh...ehhhhh !!!



 Hari ni letih sket, performance drop huhuhu.



DH time...let's rock.



 Ulang tayang hehehee...



 Teknik imbangan badan yg hebat !!!



Fork 'rigid' pun bole DH kot nih hehehee.



Wednesday, March 5, 2014

Air Bersih.

Rabu, 05 Mac - Posting ni sekadar untuk berkongsi tentang kualiti air bersih dirumah kita. Segala maklumat dan info aku ceduk skit2 dari bloq orang, takpa kot no...lagi pun nak sharing saja, moga kita ada la sedikit kesedaran tentang air bersih dirumah kita dan mengapa penapis air itu penting. Ok selamat membaca naa...Sila baca dan lihat artikal yg telah di sediakan di bawah untuk anda lebih memahami mengapa kita perlu minum air yang bersih.


Maka dengan itu, kualiti air minuman mempunyai impak secara langsung kepada kesihatan kita. Air memainkan peranan penting dalam banyak fungsi badan, antaranya
* detoksifikasi
* melincirkan sendi sistem tulang.
* menyokong sistem penghadaman.
* mengawal atur suhu badan.
* menghantar nutrien & oksigen ke sel sel badan.

Hanya dengan meminum air sempurna (H2O) akan memastikan asas kehidupan yang sihat.

REALITI HARI INI...

                                    Dahulu=AIR KOTOR                                    

Sekarang = AIR SAKIT

....Sad But True...





Air sakit boleh membawa maut, ianya sering mengandungi bahan cemar terlarut yang mengancam badan manusia secara tersembunyi tanpa kita sedari. Sebanarnya kita sudah lama terdedah kepada bahaya air tercemar ini....hampa tgk la gambaq paip kat ataih tu, eeee....yarkkk !!!




Antara keratan2 akhbar yang menceritakan tentang pencemaran air di Malaysia kita.

Dan kesan penggunaan air yang tercemar/ air kotor serta air sakit dalam jangka masa tertentu akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Antaranya...kegagalan buah pinggang akibat 'tekanan kerja' berlebihan. Arsenik yang tertimbun dalam buah pinggang akan mengakibatkan kerosakan buah pinggang dengan pantas, hampa tgk la foto kat bawah ni.


Pesakit dialisis bertambah seramai 5,000 orang setiap tahun. Dianggarkan seramai 27,000 orang mengalami masalah buah pinggang sehingga akhir tahun 2012. Kos dialisis RM24k setahun bagi seorang pesakit.


Sad but true !!!


Terbaru, negara digemparkan dengan penyakit Kencing Tikus (LEPTOSPIROSIS). Penyakit ini boleh dijangkiti melalui hubungan dengan air, makanan, atau tanah yang mengandungi kencing haiwan yang dijangkiti ini. Ini mungkin berlaku dengan menelan makanan atau air yang dicemari.

Remy ?? The chef tu kerr ???

Pengambilan 'AIR SAKIT' secara berterusan akan meracuni badan kita dengan tanpa kita sedari. Bahan cemar seperti logam berat serta sisa ubat ubatan farmaseutikal biasanya hadir dalam air, namun air kekal nampak jernih dan tidak berubah dengan mata kasar. Nak tgk dengan mata kasar, hampa pi jengoi dalam kolah bilik ayaq hehehee....jadi fikir2kan lah.

The solution is...buy 1 la penapis air hehehee...



Tuesday, March 4, 2014

Pentingnya Penapis Air.

Selasa, 04 Mac - Huh...sekejap saja masa berlalu, diam tak diam dah masuk bulan March dah untuk tahun 2014, usia semakin meningkat and kesihatan plak perlulah dijaga hehehee. Kalau kita amati betoi2 bekalan air paip kat rumah kita, rasa2nya bersih dak ?? Kalau tengok dengan mata kasaq mmg tak nampak laa, tapi klu nak tau ok ka dak, hampa pi la tgk dalam kolah bilik ayaq, bawah tu berseredak dak ?? Berapa kerap hampa dok tukaq ayaq dalam kolah tuh ?? Dah lama dah niat nak pasang water filter, tapi dok bertangguh jaa (duit tak mandang yop hehehe) and temporary dari start aku dok sini, aku dok angkut ayaq bersih nih dari rumah org tua aku saja, coz kat rumah parent, aku boh penapis air Bio Aura suatu ketika dulu.

So ni ada la bajet sket, dah smpai masanya untuk install sbijik kat rumah aku, senang sket. Dulu ingat nak pasang Bio Aura gak, tapi kat rumah org tua aku dah ada, kita try hat brand lain plak hehehe. Aku mula la buat survey dalam internet, so setelah ditapis mcm jenis penapis air yg dok ada, aku dok bekenan antara product Coway dgn Elken. Kebetulan membe wife dok buat part-time dok promote product Elken, teruih dia mai rumah and buat demo, contoh air paip kat rumah, air yg beli kat luaq, air dari Bio Aura and air bersih Elken. Pergghhh tgk result air kat paip rumah yg tak tahan, berserdak....air Bio Aura pun tak brapa 100% bersih jugak, tp ok sket la dari air paip sendiri hehehee....ok la I BUY !!! Cadang mola nak amik penapis air dalam rumah jaa, lepaih tu depa dok promote klu amik set luaq dan dalam dapat diskaun sket (eleh korang seratuih dua saja), tapi last2 aku amik jugak hehehee...alang2 nak pasang, biaq bagi puaih hati, amik hat elok and one time deal saja, lepaih ni malaih dah nak pikiaq. Lagi pun aku buat semua ni sebab pikiaq kat anak sama, depa kecik lagi and tak mustahil dari usia bayi lagi mereka dah terdedah dgn 'air sakit' nih.

Lone ranjer....Technician Elken.



 'Tong gas' luaq....Bio Pure POE II.



 Install hat dalam plak.



 Elken Bio Pure...K series.



Inilah rope Elken K-200...rabak aku !!!



Recommanded !!!