Koko Odd: This Is My Story.

Koko Odd: This Is My Story.

Wednesday, March 5, 2014

Air Bersih.

Rabu, 05 Mac - Posting ni sekadar untuk berkongsi tentang kualiti air bersih dirumah kita. Segala maklumat dan info aku ceduk skit2 dari bloq orang, takpa kot no...lagi pun nak sharing saja, moga kita ada la sedikit kesedaran tentang air bersih dirumah kita dan mengapa penapis air itu penting. Ok selamat membaca naa...Sila baca dan lihat artikal yg telah di sediakan di bawah untuk anda lebih memahami mengapa kita perlu minum air yang bersih.


Maka dengan itu, kualiti air minuman mempunyai impak secara langsung kepada kesihatan kita. Air memainkan peranan penting dalam banyak fungsi badan, antaranya
* detoksifikasi
* melincirkan sendi sistem tulang.
* menyokong sistem penghadaman.
* mengawal atur suhu badan.
* menghantar nutrien & oksigen ke sel sel badan.

Hanya dengan meminum air sempurna (H2O) akan memastikan asas kehidupan yang sihat.

REALITI HARI INI...

                                    Dahulu=AIR KOTOR                                    

Sekarang = AIR SAKIT

....Sad But True...





Air sakit boleh membawa maut, ianya sering mengandungi bahan cemar terlarut yang mengancam badan manusia secara tersembunyi tanpa kita sedari. Sebanarnya kita sudah lama terdedah kepada bahaya air tercemar ini....hampa tgk la gambaq paip kat ataih tu, eeee....yarkkk !!!




Antara keratan2 akhbar yang menceritakan tentang pencemaran air di Malaysia kita.

Dan kesan penggunaan air yang tercemar/ air kotor serta air sakit dalam jangka masa tertentu akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan. Antaranya...kegagalan buah pinggang akibat 'tekanan kerja' berlebihan. Arsenik yang tertimbun dalam buah pinggang akan mengakibatkan kerosakan buah pinggang dengan pantas, hampa tgk la foto kat bawah ni.


Pesakit dialisis bertambah seramai 5,000 orang setiap tahun. Dianggarkan seramai 27,000 orang mengalami masalah buah pinggang sehingga akhir tahun 2012. Kos dialisis RM24k setahun bagi seorang pesakit.


Sad but true !!!


Terbaru, negara digemparkan dengan penyakit Kencing Tikus (LEPTOSPIROSIS). Penyakit ini boleh dijangkiti melalui hubungan dengan air, makanan, atau tanah yang mengandungi kencing haiwan yang dijangkiti ini. Ini mungkin berlaku dengan menelan makanan atau air yang dicemari.

Remy ?? The chef tu kerr ???

Pengambilan 'AIR SAKIT' secara berterusan akan meracuni badan kita dengan tanpa kita sedari. Bahan cemar seperti logam berat serta sisa ubat ubatan farmaseutikal biasanya hadir dalam air, namun air kekal nampak jernih dan tidak berubah dengan mata kasar. Nak tgk dengan mata kasar, hampa pi jengoi dalam kolah bilik ayaq hehehee....jadi fikir2kan lah.

The solution is...buy 1 la penapis air hehehee...



No comments:

Post a Comment