Isnin, 17 Feb - Hmmm...malang tak berbau sungguh hari nih, dah memang ketentuan Illahi...aku dgn Damia terbabit dlm kemalangan kecil yg terjadi dekat2 dengan rumah saja. Sapa nak sangka, tengah ralit dok bawak moto, tiba2 saja ada lori pickup gostan dari rumah secara mengejut, aku yang bawak moto speed 20-30km/h tak mampu nak buat apa...BAMMM !!! Jatuh2 saja dari moto, lutut kiri aku sakit gila...tapi aku bangun angkat Damia dulu, jenuh keriau dia....adusss aku peluk dia dengan sebak, dalam hati menyesai sangat bawak dia kluaq...dugaan sungguh.
Dreba pickup tu kluaq klam kabut pegang aku dan mintak sori, mola2 tu aku angin la jugak "Oii mangkuk hang buta kaa ??"...tapi aku ni bukan cepat sgt nak melenting, sat saja aku dah cooldown. Aku dok istigfar sambil dok tenteram kan Damia, aku cek seluruh badan Damia, Alhamdulillah tadak cedera apa, cuma yg nampak jelas cedera kat muka, pipi dgn hidung dia bercalaq sket...kena tar (kesal). Aku call mama, kelam kabut la mama dia mai, muka pun macam nak teriak bila pegang anak dia hehehee. Aku dgn mama terus gi klinik, mamat yg buat salah tadi ada bagi duit ubat sket and dia cakap moto dia setel kan, ok good...hang memang bertanggungjawab.
Pi klinik ingat nak x-ray lutut, tapi dokter cakap ni cuma bengkak saja, so dia bagi ubat makan dgn ubat sapu + mc 3 hari huhuhuu...cantekkk. Damia pun sama jugak, dokter tak advice sgt untuk x-ray badan dia, cuma dokter pesan, kalau mlm ni dia ada muntah2 or kencing berdarah kaa, cepat2 bawak pi hospital teruih. Masa on the way balik tu aku tak habih2 dok rasa kesal dgn kejadian hari nih, walaupun bukan salah aku (sesungguhnya malang itu memang tak berbau) mama cuba tenangkan aku, dah takdir semua ni nak jadi.
Kesian Damia...pipi becalaq
Damia dah mampu tersenyum...tapi bukan aku :-(
Bengkak lutut aku, mujoq tak serius sgt...buat masa ni terpaksa la solat duduk dlu.
semoga cepat sembuh Damia
ReplyDelete