Sabtu, 04 Jan - Kayuhan pembuka tirai untuk tahun 2014. Semalam dapat jemputan dari 'rider ninja' a.k.a Abg Mat, dia ajak kayuh offroad bersama2 dengan Geng Penjara (Penjara Seberang Perai Cycling Club). Bermula dari kawasan kuarters penjara, geng2 tu bawak kami layan single trek Bukit Manggis...waduh2 tijah, enak sekali kok laluan nya hehehee. Kalau ikutkan perancangan ada laa kot dalam 3 'gone' nak kena redah, tapi ada sedikit masalah 'teknikal' yang tak dapat nak dielakkan, jadi 1 bukit terpaksa diskip and depa terus bawak ke 'acara kemuncak' iaitu memanjat ke Bukit 300. Hmm...lama tak mai 300, terasa jugak laa jugak 'keperitan' semasa memanjat tuh.
Setelah semua selesai, pakat2 dapat sorang sikit pegang pagaq pencawang 300, ahli2 PSPCC bawak kami pi makan Nasi Ayam Madu, fuhhh...kemaih. Terima kasih banyak laa pada ahli2 PSPCC diatas layanan yang sebegini. Insya'Allah....ada 'jodoh' kami mai la lagi kayuh kot nih, tapi tu pun kalau Abg Mat ingat kat kami laa hahahaa.
Starting point dlm kawasan Quarters penjara.
Tunggu masa....
Laluan single trek Bkt Manggis, jenoh pedo...jalan berlumut.
Dan lagi posing huhuu...
Salah seorang rider tegar wanita...aktif sekitar Kulim/BM/Penang.
Tunggu bagi cukup korum dulu, sebelom ke 'acara kemuncak'.
Laluan yg paling mencabar.
Adehhh...jauh lagi nih.
Anak branak dok renyeh sakan aihhh...
Geng Pistol !!!
Jom sambung pi 'Putrajaya' hahahaa...rider2 kot ni saja yg faham hihihi.
Santai...sambil layan dangdut tamil hehehee.
Mait and Mat.
Kayuhan tamat....balun nasi ayam madu tang nih.
No comments:
Post a Comment