Koko Odd: This Is My Story.

Koko Odd: This Is My Story.

Saturday, September 14, 2013

Test Trek Karnival Jamboree Kulim.

Sabtu, 14 September - Pagi ni layan offroad sekitar kawasan Kulim. Lebih tepat lagi...pagi ni layan test trek Karnival Jamboree Kulim yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Kulim dan KBPS (Kelab Berbasikal Pdg Serai). Walaupun malam tadi hujan, ramai jugak geng MTB turun....tak mau belemoih naik RoadBike laa hihihhiii. Ermm...aku tadak meter, tak ble nak agak sangat brapa km test trek hari nih, tapi depa estimate dalam 30km saja untuk pagi nih. Kena simpan sket, mana ble tunjuk perabih....tak surprise la bro hehehe.

Test trek hari ni klu tak silap aku hampir 70% jugak la route dia, laluan dia memang best and kaw la jugak bagi pengayuh tak larat mcm aku ni hahahaa. Walaupun aku slalu jugak dok kayuh kot offroad sekitar Kulim namun laluan yg geng KBPS bawak pagi ni memang laluan yg aku tak besa lalu and aku rasa ramai jugak geng MTB tegar kot2 Kulim ni pun tak besa mai kot ni...kira macam 'fresh' laa. Bagi rakan2 yang belom lagi register untuk menyertai KJK ni, bole la mula register dari sekarang. Sebarang maklumat bole la jengok blog depa kat http://karnivaljamboreekulim2013.blogspot.com/. Kesimpulan untuk ride pagi nih...memang best laa, melelehhh beb hehehee. Kepada semua tenaga kerja MDK and KBPS yg terlibat pagi nih syabas dan tahniah....harap2 masa jamboree nanti semuanya berjalan lancar, insya'Allah.

 Starting point kat mini stadium Keladi.



 Setelah sekian lama terpisah....pagi ni dapat jugak 'bermesra' dgn Abg Mat the Tukang Kebun.



Nampaknya semua dah ready....bole mula dah kot.



 Sedikit taklimat dari pihakpenganjur tentang atucara pagi nih.



Berdebar-debar hehehee...



Mola dahhhh...



CP pertama....layan ni plak kot lepaih nih hehehee.



Kita kayuh sama2 naa....hahahaa.



 Abg Mat bersama dgn salah seorang marshall bertugas.



Hehehee...actually laluan ni tadak dlm 'peta' KJK. Insiden2 ni berlaku disebabkan masing2 tak mau belemoih dan sayang kasut hehehee...termasuk la dgn aku :-)



Apa yg penting kerjasama.



 Pakat2 dok cari beskat masing2.



Lalauan yg rider2 tadi bypass....selut becak paraih betih, ada kot dlm 100m.



Padang jarak padang terkukur.



 Regroup.



 Abg Mat mcm tak puaih ati jaa...apa ni sat2 berenti huhuhu.



 Tadaa...!!!



 CP ke 2....sebelah Infineon.



Hmm...geng2 marshall dok bincang apa nih ???



Laaa....apa barang naik moto Mat Anaih hehehee.



 Kawasan hutan 'banat'...kot ni I suggest agar pihak penganjur tebang and pecerah sket, coz seram I masa lalu tadi hehehee.



 Pemandangan dari puncak bukit.



 CP ke 3....masa ni masing2 pakat dok tanya "keluaq kot mana ni ekk" hehehe.



 Abg Mat masih 'menten', janji jgn buang reben dgn bukak helmet hihihihi.



Baru balik buat bendang  :-)



 Jalan kembali...baru lepaih tukaq tiub, tadak sapa dah time nih  :-)



 Aiiii....pulun nampak, tak tggu 'cucu' dah...tgk pun tak mau dah hehehe.



 Hmm...the real belemoih.



Fuhhh...kemaih test trek ni, dapat medal ||thumb up||



No comments:

Post a Comment