Khamis, 01 Mac - Pagi ni ada aktiviti berkelah, plan asal....event hari ni hanya untuk geng2 moto LC konvoi, saja buat aktiviti cuti2 4 hari ni. Tah mcm mana, last menet ada membe bagi cadangan, ajak buat BBQ skali and barang2 geng keta bawak. Hmm nampaknya respon positif dari kebanyakkan rakan2, walaupun ada yg mcm tak bersetuju hehehe....lantak laa. Kalau ikut konvoi mutu ni, aku pun tak join, sebab tadak LC....tak kan nak lanyak dengan 'Smash', naya depa satg hahaha. Diseabakan ada aktiviti bakaq2 and geng yg nak kapul dgn keta pun ada, ok I'm in....mesti mau punya.
Collection sorg rm20, menu tak byk....tapi memang citarasa laaa. Jenoh bakaq kambing, ayam dengan hotdog. Last menet, ada jugak membe yg tarik diri, sebab ada masalah yg tak dapat dielakkan....ini bermakna lebih 'kambing' untuk semua, yeahuuuu....yg tak p, duit tidak akan dikembalikan, dan mintak halal makan minum noo hehehehe. Overall semuanya berjalan dengan sukses, tapi masa on the way balik, salah sorg dari membe LC 'terterap' plak (overshort sebab jln licin)....adusss, mimpi ngeri. Alhamdulillah tuan badan cuma cedera ringan, tapi jika dilihat kecederaan moto, org mesti kata tuan dia mesti parah punya. Kuat tak kuat laa....tapi fork moto bole bengkok and pecah laa hahaha.
Malang tak berbau, tadak sapa yg mintak nak jadi lagu ni, diharapkan kejadian mcm ni tak berlaku lagi. Bila jadi insiden mcm ni, jgn kata membe eksiden tu....membe2 yg tak eksiden ni pun rasa susah hati jugak. Jadi kepada semua penunggang motosikal dan juga utk diri sendiri, berhati-hatilah dijalan raya :-(
Masa ni semua pakat2 dok tgk moto 'budak skolah', awat nmpak 'seksi' smacam :-)
Bacaan doa naik kenderaan oleh saudara Mat Salleh.
Aiiii yop, datang lambat pun sronok....ble kena 'warning' cam ni hihihi.
Ok...posing2, masa ni gather kat exit Tol Gurun.
Sarapan pagi dipekan Guar Chempedak.
Posing lageyyyyy....yeazaaaa !!!
Lagi2 posingggg....warrkkk dah smpai Titi Hayun, dah telepaih 'kandang' hehehe.
Yaa....acara pemanas 'oven' bermula.
Apa yg penting, kerjasama....kipas yop kipassss.
Tu dia pengerusi club LC....bro Well.
Fuhhhhh....dah nola dahhhh.
Citarasa :-)
Geng kipaih tukaq org plak.
Gotong royong bakaq and makan.
Acara kemuncak....mandi-manda yeaaaa.
Sronok tadak dahhhh hehehe.
Dah selesai mandi....siap2 lekaih.
Tu dia....pak imam dah hampaq sejadah, takbirrrr !!!
Gotong royong simpan barang....nak balik dah.
Huh....melanggar arahan, titi ni tak leh lalu dgn moto huhuhu.
Siap sedia utk berangkat, tp sebelom tu.....satg kona p Tanjung Dawai dulu, habuan nak beli 'rasuah' untuk next event hihihihi.
Malang tak berbau....Mat Rahim terbabas dislah satu selekoh area Singkir Laut.
Mujoq la ada divider, klu dah lepaih gaung laa...tinggi tu.
Fork moto pecah dan bengkok....tak dapat bayangkan mcm mana masa kejadian tu.
Hehehe....dan lagi posing :-)
Presiden LC kata....lepaih ni xtvt mutu kena rest 6 bulan, panazzzz.
'YB' SP mai melawat kawasan kejadian.
Presiden LC tgh dok bg laporan penoh kat 'YB' hehehe.
Timakasih Jat....sebab sudi mai jengok.
Last post....posing ataih mutu Jat, mcm best ja layan SYM :-)
No comments:
Post a Comment