Koko Odd: This Is My Story.

Koko Odd: This Is My Story.

Saturday, January 28, 2012

Kak Teh: The Bomore Patah.

Sabtu, 28 Jan - Pagi ni tadak apa2 aktiviti kluaq peluh, sebab aku telah di'booking' oleh Mait Apit, dia ajak aku meneman dia p jumpa 'specialist' patah (Kak Teh) kat area Kodiang. Sepatutnya last week dia dah kena p jumpa Kak Teh ni, tapi disebabkan last week Kak Teh ada hal, so dia tunda ke hari ni. Tujuan p pun bukan nak urut apa dah, cuma nak p 'putuih ubat' saja....kena bawak mai pulut kuning dan sedikit 'fee' mengikut keikhlasan kita. Maka lepaih ni Mait Apit dah terlepas dari semua pantang makan, apa saja lalu depan mata dah buleh balun hahaha....'mertun' pun dah buleh ganaih2 hehehehe.

Hah....siap ada signboard beserta nomot hp skali. Sapa2 kot ada masalah patah2 ni, buleh la mai try berubat kat sini....insya'allah.



Laluan 'merentas desa' nak ke rumah Kak Teh.



Selesai 'pertapaan'....tak sampai 5 menet, klas dismiss. Blk ni dah bole 'try' :-)


Disebabkan waktu masih muda, dekat plak dgn Perlih...kami lajak ke Kangaq, tujuannya nak p tgk beskat kat 'Kedai Ayah', yg terletak dikawasan Jejawi. Tengok dalam Facebook nampak kemaih jugak, ada Bianchi...Pinarello...Storck, kemaih2. Nak p kedai tak tau tempat, mujoq la ada salin nomot tepon tokeh kedai tu, iaitu saudara Adi Najib (bekaih rider MSN). Kalau ikutkan hari ni kedai tutup, tp disebabkan kami ni mai dari jauh....dia soh mai jugak kedai, cantek tak sia2 hehehe. Kot ada membe2 bekenan nak pakai frame high-end mcm Bianchi, Pinarello, Storck...bole la kontek sedara Adi ni, harga bole nego sikit2. Lagi pun kedai ni kedai baru....apa kata kita pakat2 'sapot', bukan sapa pun....org kita jugak.

Signboard kedai....kedai ni betoi2 berdepan dgn Sek Keb Jejawi.



Alamak....tutup la pulok hehehe. Tapi takpa, tuan kedai soh tggu sat...satg dia sampai.



No comments:

Post a Comment