Sabtu, 17 July - Thompson Trail Funride....itulah nama event yg diberi oleh pihak penganjur, Dinish Event Management. Format ride yg berbeza dari jamboree. Ride yang tiada check point and feeding point, semuanya bergantung pada tanda arah dan kecekapan mata helang masing2, I like it huhuhu. Ni adalah kali ke 2 aku mai ride kat trail ni and kali ni lebih mencabar hahaha. Laluan masih sama, cuma cabaran kali ni lebih kepada semangat berpasukan. Mental-mental...starting lebih kurang kul 8.00am and team aku selamat kembali ke tapat starting point kul 5.00pm hahahaha....tinggai keta kami saja, hihihi sadis2.
Penyertaan geng aku untuk ride kat Thompson Trail ialah 11 org, tapi disaat-saat akhir 3 org tak dapat hadir sebab ada masalah problem peribadi, ok no problem...up to u. So yang mai untuk ride kat Thompson Trail ni ialah: Odd, Mait Apit, Jat SP, Giant, Pawang, Din Discovery, Azhar Baimbai and Azizi (dibawah naungan Team Cap Ayam). Bukan senang nak ajak membe2 tempat keja aku mai ride jauh2, jenoh motivate serta menjual janji2 manis kat depa. Ride kali ni memang enjoy habis-habisan, asal jumpa tempat menarik ja brenti amik gambaq. Maklum la, bukan senang nak mai sini....jauh tu nak p Cameron.
Separuh masa pertama, start dari Habu hinggalah ke Kg org asli di Pos Manson....segala aktiviti kayuhan berjalan dgn lancar, stakat brenti take 5 tu besa laaa...mintak nyawa le katakan. Masuk saja separuh masa ke 2, kat sinilah bermulanya cabaran pendakian yang sebenar hehehe (penangan Bkt Meluat). Tapi stakat tak larat nak kayuh sebab naik bukit, hat tu normal laa dlm aktiviti offroad ni, cabaran yg sebenarnya ialah, ahli kumpulan anda 'down'.....or dlm arti kata lain 'krem' (klu kayuh road, sinonim la dgn aku hehehehe). Lepas saja start kayuh dari Post Manson, kami re-group balik geng2 aku kat Kg Kuala Boh. Masa kat Kg ni....Giant mengeluh kaki dia krem and pada masa tu dia nak bangun pun dah tak boleh...alamakkkk, ini satu petanda buruk. Nak mintak bantuan masa ni mmg dah tak ble, coz area2 ni line tepon tarak. Mau tak mau, dia kena teruskan jugak perjalanan, kayuh la slow2. Lebih menakutkan lagi masa dipertengahan Bkt Meluat, Giant totally 'out'...so kami pakat la ramai2, tolak beskat dia sorang sikit. Mmg kena buat lagu tu pun untuk mempercepatkan proses keluaq dari Bkt Meluat, klu pulun tunggu....silap2 mlm baru finish hehehe....naya dekkkk. Masa nak dekat dgn finishing Bkt Meluat, marshall mai rescue dgn moto and hantaq Giant sampai ke Kg Panggen. Lepas dari situ semua geng2 aku pakat kayuh hingga ke satu-satunya feeding point utk rider2....al-hamdulillah.
Dari feeding point tu aku tgk ramai la jugak rider2 dok isi perut dgn ayaq and roti, ingatkan depa nak kayuh smpai finishing, rupa-rupanya depa naik 4x4....ceehhhh. Makna kata, geng2 aku ni dok dlm palaton terakhir laa, aduihh sadis2. Tinggai la geng2 aku dok kayuh nek p Boh Tea Garden. Setelah selesai bersabung nyawa climbing kot kebun teh....sampai jugak kat Boh Tea Shop. Elok sampai2 kat situ hujan lebat.....apa lg singgah pekena Teh secawan la. Lama jugak kami lepak situ, selesai minum and sesi fotografi, layan plak DH tarmac 6 kilo. Fuhhh...mmg sejuk gila DH lepaih hujan. At last tamat jugak aktiviti kayuhan utk hari ni, seperti yang dijangka....masa sampai satg mesti tinggai keta geng2 aku saja hehehehe. Logik laaa....dah pukoi lima lebih, puaih kayuh aihhh. Alhamdulillah semuanya selamat, tiada sebarang kemalangan berlaku....hopefully u all enjoy Thompson Trail punya ride....Thanks a lot for coming.
Sehari sebelom kejadian:
Nohhhh...dah macam 'sardin'.
Hehehe....Giant muka tak brapa nak sronok, walau bagaimana pun trima kasih byk.
Jeng...jee jengggg....kita dah sampai.
Depa ni bole diklasifikasikan sebagai geng 'turbo' hehehe...
Hari kejadian yg sebenar:
Strecthing lehaq.
Aiii...ngantuk lg ka Azhar ?? Tu la mlm tadi pasang 'turbo' tak ingat hihihihi.
Muka-muka baru lepas selesaikan 'hajat'.
Kayuhan ke starting point, pakai sweater tuh....sejuk ke bang.
Dari Tanah Rata ke Habu (starting) layan DH 8 kilo....syiokkk ooo...!!!
Nak start dah....tp sebelom tu kita posing dulu.
Membe Jat dari SP....bro Azizi.
Bergambaq bersama geng2 Redflag, dari kiri: Abg Ai, Abg Jeff and Lontruth.
Bersama Kapten pasukan Helang...PonHawk.
Bersama dgn Cikgu Fisol....gerek mahai tuh, Merida 96....sapa la yg berjaya meracun hehehe.
Yaa...nindia Geng Cap Ayam, pheewwwiiittttttt.
Huh...depa dah mola, gelak apa lagi Jat....kayuh laa.
Baru stat saja....tp semuanya hilang dlm sekelip mata:
Kalih2 blakang....cuma mamat ni saja yg tinggai, dok renyeh apa tah.
Patut la renyeh sakan, nak mintak bantuan pegang beskat....rantai problen.
Alamakkk....dah tadak sapa kat blakang. Adakah aku manusia terakhir ???
1st CP utk regroup Geng Cap Ayam.
Peng...penggg...!!!
Aikkk....mcm kenai, tak silap aku mcm Boy Extragear.
Sesi fotografi Wallpaper:
Indahnya pemandangan....kita berada dicelah2 bukit rupanya.
Ni...nak habaq bagi, sayoq freshhh nih.
Layan long long long DH:
Bergambaq bersama dgn 'warih' Jat...patut dulu kerap mai Cameron huhuhu.
Posing bersama dgn pasangan 'Old-Timer' Sg Ara.
Awat Mat Sore....dok jauh sgt, merajuk kaa ???
The 'Kamal Tropi' trail:
Acara basuh beskat secara bergotong-royong.
Bersama dgn peminat-peminat 'Aku DiSini' hehehehe.
Ni apa ke 'hell' plak ??
Pelik tapi benar....mutu ni tadak tungkat hehehe.
Wakil dari SP nampaknya mcm dah cemuih menunggu...sabaq yaa.
Tadaa...!!!
Jat sedang mempamerkan aksi climbing dgn menggunakan 1 tayar saja, dasyat gilerrr.
Beskat Giant menghadapi masalah 'clutch brake' habih.
Posing lagi...
Itu dia 'org muda' Gerek Bukit....Pak Brahim, lama tak nampak ??
Mukadimah cabaran ke 2 (pre-Bkt Meluat):
Gather bersama dgn Geng Extragear....kat sini saja yg sempat, lepaih tu faham2 saja laa.
Press pun turun 'padang' hari ni....steady laa, lama tak jumpa.
Pelapis Extragear....Danial Mbuk.
Otai kategori wanita....Kak Ros.
Kg Kuala Boh....dulu masa mai disambut oleh irama org2 dok main Jamming, hari ni tadak la pulok.
Take 5 or regroup.
"Pukul brapa agaknya bole habis ride nih??" - Bro Azizi (ckp dlm hati)
Ni awat plak ???
Posing sat.
Luaq stinggan, dlm kondo tuhhhh. Nampak saja mcm nak reban...Astro sorg 1 tuhhh.
Nampaknya hari ni Pawang mmg perform....tak sia2 training naik Tokun.
Masa ni Giant dah diserang oleh 'mengkarung'.
Percubaan utk mengepau dari budak asli nih. Cokolet tarakkk !!!
Jat SP bersama dgn peminta setianya hehehehe.
Masa tang ni....bermulalah pendakian Bkt Meluat.
Lunch time....mujoq mai tadi semua pakat2 tapau nasi lemak. Apa lagi...jam dah pukul 1.00pm, mari kita bedal laaa.
Lepaih saja mkn tgh hari....truih segar dan ceria hehehe.
Sambungan episod Bkt Meluat...isskkk meluatnya aku.
Take 5.
Bersama dgn Sarjan Misai a.k.a Abg kamil....hat kecik tu anak dia.
Alamakkkk....Mizi dok mai gempaq apa plak ni ??
Nampaknya short meeting telah diadakan, setelah melihat betapa kritikalnya situasi skarang ni.
Maka....inilah hasilnya, apa yang penting kerjasama....itulah mesej utama.
Tadakkkk....edisi 'Meluatnya Aku' hihihihi.
Nampaknya warih Abg Kamil pun 'down' jugak....tambah lg satuuuuuuuu.
Lepak jap...sementara tunggu geng2 pejalan kaki sampai.
Aksi2 separuh bugil dari Geng Cap Ayam.
Kat tepi tu ada air bukit mengalir....semua pakat2 basuh muka and basah kan kepala, fuhhh terasa la segaq sat.
Yaa....tolak2, dah nak sampai...lagi sikit saja.
At last...keluaq jugak dari kawasan jajahan Bkt Meluat and mujoq la jugak ada recue ranjer mai....tq marshall.
Tadaa....(versi sronok sakan).
Nindia....geng Pocho-Pocho, banzaiiiiiii....!!!
Setiap kg cuma ada brapa kerat rumah saja....klu malam mmg seram gilerrrr.
Akhirnyaaaa...sampai jugak, tp bukan finishing line yer. Inilah CP ayaq yg disediakan oleh pihak penganjur...tq bebanyak.
Man of the Match utk ride hari ni....Jat SP.
Tadak kasi chance....posing.
...dan posing lagik.
Pemandangan 1.
Klu tgk dari bilangan beskat....ramai la jugak yg ada kat sini. Tp jgn terpedaya tuan2....depa tu semua blk naik pickup, sadis btoi...tinggai lah kami 'ayam-ayam' sekalian :-(
Pemandangan 2.
Pemandangan 3.
Dah sampai sini...tadak apa pun hehehe.
Sampai kat sini, Giant dah tak ble kayuh truih, maka sampai sini sajalah misi kayuhan Giant...takpa cuba lagi, tahniah.
Awat plak tuh...takkan kena tokak 'mengkarung' jugak ??
Take 5 buat kali yg terakhir....lepaih ni nak sprint truih smpai ataih huhuhu.
Mentang2 la Giant dah tadak....Mait Apit pederaih tak tunggu memba dah huhuhu.
Kiri kanan ladang Teh....nak buat Teh, petik saja daun2 nya.
Sampai jugak kat Boh Tea Shop....elok sampai hujan lebat.
Sebelom balik, posing dulu...kenangan tuh.
Geng Cap Ayam.
Tu laa Giant...org soh mai training, hang absent. Lepaih ni jgn absent dah...malu kat Pawang hehehe.
Ok ready for DH...hati2, coz jln licin. Safety first.
Akhirnyaaa....it's done, alhamdulillah. Kongrat to all.
Sesi pelerai beskat:
P/S: Kepada semua 'ayam2' sekalian....tahniah kerana berjaya menghabiskan kayuhan ini. Biar pun lewat melampau-lampau sgt....namun kita tetap enjoy hari ini. Heppy krenkin !!!
No comments:
Post a Comment