Koko Odd: This Is My Story.

Koko Odd: This Is My Story.

Wednesday, July 7, 2010

Return to Tokun again.

Rabu, 7 July - Salam to all my friends....pahabaq. Pagi ni set dgn membe2 tempat keja nak mengayuh MTB. Disebabkan majoriti semuanya baru blk dari keja mlm, maka destinasi kayuhan tak ble la nak layan 'hardcore' sgt. Dgn sebulat suara, Tokun telah menjadi pilihan pagi ni. Disebabkan lama tak kayuh, aku decide utk kayuh dari rumah saja...ada la 'wamap' sket sblom climb kat Tokun nanti. Ingatkan nak buat 1 loop, tp Mait Apit habaq dia pun nak stat kayuh dari rumah, maka route pegi dan blk ialah melalui jln yg sama via Taman Selasih. Total distance dapat la dlm 48km.

Antara rider yg hadir hari ni ialah: Odd (aku), Mait Apit, Jat SP, Din Discovery, Pawang dan Azhar Baimbai. Bila dah start kayuh dari rumah, cadang nak panjat sampai CP minum Teh saja, tp disebabkan majoriti ajak naik smpai menara (bole la hampa mai dgn keta) maka aku pun ikut la naik sampai menara, lg pun mai hari ni tgk mcm meriah sket...so aku amik la semangat kawan2 yg mai hari ni. Tamat sesi kayuhan, alhamdulillah cuaca hari ni pun tak brapa nak panaih...kayuh blk pun tak la terasa bahang sgt. Tp bila dah terlalu redup....hujan la pulok, hehehe...abih basah lenjun aku. Risau btoi masa kayuh td, takut kena sambaq saja. Nak stop pun sebab dah dekat sgt dgn rumah, alang2 teruskan saja laa. Ok, itu saja kesah utk hari ni...jom layan gambaq plak, chauuuu !!!


Inilah wajah2 yg hadir, nak train utk p Thompson Trail nnt :p



Kuda Hitam ku, masih blink-blink.



Biar pun 'mahguru' tiada, namun trademarknya tetap menjadi ikutan...peng peng !!!



Get ready to climb.



Akhirnya....seksaan tamat. I'm here.



Selang 5 menet Din Discovery dgn Mait Apit pun menjelma.



Nampaknya wakil dari Sri Astana SP tidak menghampakan, tahniah bro.



Aikkk...siapakah gerangan 'org muda' ini ?? Dari jauh tak cam, mai dekat baru perasan....rupanya bro Warray, ingatkan anak dia tadi hehehehe.



Laa...chubby nya, anak sapa tu ?? Hihihihhi...



Relax tggu peserta terakhir iaitu Tok Pawang.



Pawang yg dah lama tak kayuh, cuma mampu climb sampai CP Minum Teh saja. Takpa...mai tara tu pun dah kira ok, tahniah jugak la utk Pawang (bg semangat sket).



Alhamdulillah...baru selesai DH, semuanya selamat mendarat.



Din...bila masa hang mai bawak 'geng' ?? Hehehehe.



Disebabkan 'geng' makin ramai, nak p kat keta pun jd seriau. Terpaksa lah buat bunyi alarm, berselerak 'geng' tu blah hehehe.




Lepak kedai makan dulu, sembang2...lama tak sembang dgn geng KM5.



On the way blk, hujan punya la lebat....terpaksa la stop kayuh sat.



Kot area smpg 4 Keladi td hujan dah seriat....dekat2 nak smpai rumah hujan baru nak start, maka basah lenjun la jawabnya. Alhamdulillah slamat smpai jugak.



No comments:

Post a Comment