Koko Odd: This Is My Story.

Koko Odd: This Is My Story.

Tuesday, January 19, 2010

Keliwon: Selangkah ke alam 'mistikus'....yaka ??? [siaran tertunda]

Salasa, 19 Jan - As'salamualaikum and selamat pagi.....aku baru balik keja malam, patutnya time ni dah dibuai mimpi, tp tak ble nak lelap la pulok...hmmm pasaipa ek, pelik aku (td kat tmpat keja dah membuta, pasai tu la). Sebab tak ble nak lena, ni aku ada story sket nak habaq...tapi sapa2 yg lemah semangat and tak cukup umoq tu diharap jangan baca apa yang aku nak ceta ni, takut satg terbawak-bawak dlm mimpi hehehehe (mcm la seram sgt).

Hujung bulan ni tempat keja aku nak shutdown 4 hari....tak dan nak mula ceta, kat sini pun dah pelik, shutdown 4 hari tapi aku cuti tanpa apply leave 10 hari...hah macam mana tu, misterius ni hehehehe. Takpa2 jangan pikiaq sangat tang hal cuti tu, satg takut kena serangan migrain. Sempena cuti panjang ni, aku and Apit plan nak buat touring 2 hari 1 mlm. Plan asal nak ke Lumut, tp ada 2-3 org membe yg lemah semangat depa kata jauh sgt. Hmmm...takpa, lani aku bagi depa buat pilihan, janji mau pi. So bro Giant suggest p Tasik Raban...ok biaq aku siasat dulu dalam Google brapa jarak kejauhan tempat tu. Not bad...jarak 1 loop ble la dapat dalam 240 km ++. Jarak tak sejauh Lumut, tp jalan nak kesana ada rolling turun naik...maybe depa suka cabaran kot hihihi. So...setelah dibawak berbincang dengan 'kabinet2 dapoq', proposal ni telah diluluskan. Aku pun mula la war-war kan mail pada semua geng2 kayuh Intel. Tak tau la brapa kerat yang nak follow esok ni, dapat dalam 4-5 org pun dah cukup untuk touring ni.

Kalau jadi ke Lumut, penginapan dan hala tuju waktu malam aku rasa tak perlu risau, sebab aku penah study kat sana dulu....so no need to worry kalau tak dapat tempat penginapan, tidoq kat Esplanade tu pun jadi la, insya'allah tiada gangguan. Tapi lain plak cetanya dengan Tasik Raban, apa yang ada kat sana ?? Mcm mana nitelife kat sana ?? Mana nak tidoq ?? Awek sana cun2 dak ?? Byk persoalan timbul, tempat nak dituju tu memang sempoi...tapi background tak tau. Jadi dgn otak semenetnya kami telah menubuhkan 1 skuad peninjau 'bidan terjun', untuk menyiasat kat mana nak stay bila sampai sana nanti. Hehehe...best2 bole makan angin skali. Jumaat last week seramai 4 org sukarela telah memberanikan diri untuk menerjah laluan ke Tasik Raban, mereka ialah Odd, Mait Apit, Giant and Manap Orbea. "Esok kul 9:30am kumpul kat rumah Apit" comformation msg untuk depa yang nak p tu. Pacuan 4 taya cap 'Singa' model 405 telah menjadi keta yang bertuah untuk bawak kami berempat touring ke Tasik Raban, drebar dia off coz la tuan punya 'Singa'...Mait Apit hehehehe. Kami bermula dengan laluan masa nak balik nanti, iaitu melalui Sg Tengaih-Selama-Ijok-sumpitan-dan lain2. Perjalanan berjalan lancar....sehinggalah tiba dikawasan Ijok, di kilometer ke 64 hehehehe....apakah sebenarnya yang telah terjadi. Ikuti sambungannya diperenggan bawah huhuhuhu.

Hmm...macam mana nak cakap ek ?? Kalau dipendekkan ceta, sesampainya kami dikawasan Ijok, keta yang kami naiki telah terbabas lalu mencium tiang TNB. Alhamdulillah tiada kecederaan serius pada kami berempat, cuma 'Singa' Mait Apit buta sebelah la akibat dari ciuman tiang TNB tu, namun enjin masih boleh dihidupkan, selamait. Aduhhh....keseronokkan tadi telah bertukar menjadi suram + tensen, inilah yang dinamakan malang tak berbau. Meh kita flashback sket, macam mana bole jadi camni. Lepaih saja melintasi pekan Ijok, dari jauh kelihatan sorang Pakcik dok bawak moto dlm keadaan yg amat slow, kalau nek RB senang2 la bole titik hehehe. Disebabkan jalan lengang kelajuan masa tu adala kot dalam 80-90 km/h and drebar dah mula makan tgh untuk potong pakcik kat depan tu, tp kelajuan masih maintain. Bila nak sampai dekat ngan Pakcik tu dengan tiba-tiba, pakcik tu buat 'surprise'....nak belok kanan tak bagi signal and 'jangan pandang belakang'. Alamakkkk....apa lagi, dengan spontan nya adegan 'Tokyo Drift' terpaksa dipertontonkan, kami sempat jugak mengelak dari 'balun' pakcik tu, tapi masa tu keta dah out of control....tiang TNB mmg tak dapat nak elak dah, terpaksa jugak cium sket. Masa tu jangan kata drebar saja yang tekan brek....hat tak drebar pun tekan jugak skali, tapi tekan dalam imaginasi sendiri la hihihihi. Sebaik saja keta stop, kami berempat keluaq on the spot, masa tu aku tgk gaya drebar...jalan punya la laju, gaya macam nak p balun orang (suspen2), tp yg sebenaqnya dreba nak p resque pakcik tu, sebab dia rasa macam kena senderih tadi (tp aku dok blakang, tak rasa pun mcm senderih). Jarak keta ngan tempat kejadian memang tak jauh...kami cuba jenguk2 kot kiri kanan parit, tadak pun. Cisss...pakcik tu cabut la, toya btoi. Dekat dengan tempat kejadian, ada sebuah rumah disebelah kanan jalan and depa tu memang ada kat luaq rumah. Depa heran tgk kami, dok tercari-cari kat dalam parit. Kami pun ceta la apa yang terjadi and tanya depa ada nampak tak pakcik naik moto tu....jawapan yg menghampakan, depa kata tadak apa pun yang lalu kot ni tadi. Aku agak tak puas hati dengan jawapan tu, mustahil depa tak nampak...ka depa cover pakcik tu ?? Tapi aku just diam saja laa...malas nak push. Kami try double chek kot tepi parit lagi skali and kompom tadak apa2. Soalan yg sama juga diajukan pada org kat rumah tu, "Ada nampak dak sorang pakcik naik moto lalu kot ni", and jawapan masih sama..." tadak pun". Kalau camtu takpa la...jom p tgk keta, apa dah jadi ngan 'singa' Apit, sian la pulok bila jadi camni.

Lampu blah kiri pecah and bumper dented sket, air-cond tak ble nak start sebab akibat dari dented tu, kipas air-cond telah bergesel dengan bumper. Rancangan ke Tasik Raban terpaksa dibatalkan....mission Aborted. Masa on the way blk, macam spekulasi telah dibuat...kalau ceta boleh buat senaskah akhbar hehehehe. Takpa laa...maybe ada hikmah atas apa yang terjadi ni, and yang penting kita berempat masih bernafas amin...

Malam tu aku mula fikirkan pasal apa yang terjadi siang tadi, banyak persoalan timbul. Bukan la aku saja-saja nak pk menda tak elok, cuma aku rasa sebelom kejadian tu berlaku, aku tak ingat apa aku dok buat. Sebab sepanjang perjalanan kami berempat asyik dok menyembang, tp masa kat tempat kejadian aku tak leh flashback balik, aku dok wat apa masa tu, rasa macam 'heng' sat. Apakah benar org yg ada kat tepi jalan tu btoi2 tak nampak ada org tua naik moto....atau cuba men'cover' org tua tu, mentang2 la dok sekampung. Tp rasanya tak logik jugak...memang tak logik, kalau kata nak cover pun, aku rasa tak sempat and kami masih dan untuk nampak. Adakah kami berempat telah 'dipermainkan' siang tadi...ishh, mintak simpang la menda2 camni, ni kalau tau dek uncle Seekers, mau dia mai interview aku hehehehe. Maka dengan ini laluan balik dari Tasik Raban telah dibatalkan dan digantikan dengan laluan yang sama masa nak pi nanti. Laluan nak pi ni safe sket, sebab laluan mainroad, jalan lama nak p Ipoh/KL, kiranya nanti tempoh pekan Kuala Kangsar le yop. Nak suspen pun masa nak masuk Sauk, sebab tak besa sampai tempat tu, stakat Kuala Kangsar tu aku dah familiar sangat, kg mak aku....adik bradik pun ramai hehehehe.

Plan ke Tasik Raban masih mengikut skedul, this mean minggu ni kena p Tasik Raban lagi, nak survey tempat penginapan. Nak kena tafsir jugak, nitelife kat Tasi Raban camna, kalau menyeramkan....better kansel la p situ and maybe back to original plan la, Lumut. Biaq jauh pun takpa, dah nama pun touring hehehehe, main pointnya laluan yang bakal ditempuh rasanya lebih selamat, jika terjadi apa2 senang nak mintak bantuan. Tapi priority buat masa ni kena tgk dulu Tasik Raban camna...let say rasa tak best baru stick to Lumut or anyone can suggest, tp cari la jauh sket hehehehehe. Sekian saja siri laporan bercakap dgn 'Jeans' dari saya - Koko Odd.

P/S: Biar apa pun kejadian, yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari kita sendiri, jadi renung-renungkan lah....wassalam.



3 comments:

  1. askum,kat tasik raban tu ada satu kompleks chalet kepunyaan majlis daerah lenggong,harganya x pasti,x pun pasang jer khemah kat R&R Tasik Raban tu.

    ReplyDelete
  2. wuiii seram cerita hang odd. mlm nie mampuih aku histeria... arghhhh

    ReplyDelete
  3. Kalu malam Jumaat Kliwon buleh jadi kena histeria

    ReplyDelete