Koko Odd: This Is My Story.

Koko Odd: This Is My Story.

Tuesday, June 9, 2009

Bukit Tokun...membawa raider2 baru mkn angin.

Salasa, 9 June - Sejahtera ke atas kamu...Pagi ni plan kayuhan adalah di Bukit Tokun, lama dah tak mai bertandang kat sini. Nak join sabtu/ahad...tmpat ni terlalu 'crowded' dgn org berhiking, and nak parking pun susah, tu yg maleh sket nak mai. Hari ni aku bawak 4 org raider yg tak pernah lagi sampai ke puncak, 2 daripadanya pernah 'menawan' CP 'minum teh'. Mereka yg hadir ialah: Aku, Zizan, Jai, Imran and Lan Usin. Tahniah kepada mereka berempat, kerana berjaya jugak menawan puncak...tak kesah la hampa berenti brapa kali pun, janji sampai puncak...lani dah bole gebang kat membe2 geng Gerek Kulim hat lain hahahahaha. Orait, dah puaih berposing sakan kat pencawang tu, tiba lah masa DH dan all raider dinasihatkan supaya berhati-hati, jangan ikut kawan...ikut lah kemampuan diri sendiri, coz DH kat sini bukan tempat yg sesuai utk tunjuk terrer, itu pesan aku (hehehe...ada tak aku pesan lagu tu :p).

Masa turun tu malang tak berbau menimpa Mat Imran, beliau 'terap' lalu berjaya 'mencium' bau tar Tokun, tahniah hehehehehe. Apa yg diceritakan oleh Imran, taya depan dia 'buang' setelah melintasi besi galang yg dok tutup parit2 kecil melintas jalan tuh. Hmm...bahaya jugak, besi tu kalau silap amik side. Tapi takpa...tak teruk sgt jatuh, just calaq2 kecik saja. Mcm ni kalu, balik nanti hang kena p tukaq taya lain ler huhuhuhhu. Balik satg soh la bini urut2 sket hehehehe. Ok laa...gua nak kluaq ber'sosial' ni, daa....!!!


Kayuhan hari ini ditaja oleh Redbull.



Rilek la Jai, baru 5 hari tak kayuh, dok wat muka mcm dah 5 bulan tak kayuh plak.



Enteprem !!!



Lan Usin ngan Zizan, pekena teh bunga dulu...satg power sket kayuh. Mana punya teori daa.



Sementara dok tggu Imran 'Ajmain' mai, kita pekena pisang dulu...Jai sponsor.



Cantek...Mat Imran pun dah sampai, moh kita.




Orait...tukaq la gear blkg sebesaq yang mungkin and gear depan sekecik yg bole.



Muka toya...tak puaih kayuh lagi. Tinggi sungguh 'taste' bro Jai lani.



Gua ok lagi...cuma kaki ja yg tak ok :p



Alamak...ada lagi rupanya saki-baki geng 'bentara' hehehehe.



Steady la Zizan, tak brenti dah kat 'Minum Teh'...nak bagi senapaih truih sampai puncak, keep it up. Slow tapi sampai...



Hang pun nak ikut jugak Lan, p jangan tak p.



Take 5 dulu.



Mat Imran kali ke 2 naik Tokun, tp sampai 'minum teh' saja...manakala Lan Usin 1st time.



Sampai dah dipuncak.



Zizan berjaya jugak menamatkan acara mendaki dgn sekali 'kentut' sahaja, tahniah.



Imran Ajmain, sampai jugak dipuncak 'kejayaan'.



Lan Usin, 1st time mai truih sampai puncak...tahniah jugak.



Tahniah kepada mereka berempat, karna berjaya menawan puncak.



Pose istimewa dari bro-bro 4 org nih.



Kali ni pose bersama aku plak, mana ble aku tadak dlm frame ni.



DH yg sempat di'rakam':






Tanduk kerbau 'karbun fiber' yg calaq teruk dimakan tar.



Alhamdulillah...selamat jugak 'mendarat'.



Malang menimpa Mat Imran, mujoq cuma luka2 kecil sahaja.



Sebelum bersurai...lepak pekena ayaq dulu.

No comments:

Post a Comment