Salasa, 19 Mei - Samekom to all, seperti yang dijanjikan dalam perjanjian email geng2 kilang, hari ni kami berpeluang follow geng Gerek Bukit untuk bersama-sama mengayuh diTrek Balak area Sg. Kob. Normally geng ni kayuh setiap hari Rabu, tapi demi membawa geng2 aku ni tgk trek depa, depa sanggup tukaq hari...thank you very2 much to geng Gerek Bukit. Raider yang hadir hari ni ialah: Aku (Odd), Mait Apit, Sajan, Pawang, Zizan, Giant, Alfa dan bersama 7 org ahli geng Gerek Gunung (sori la sebab tak boh nama, yg kenai pun 2-3 org jer). Total distant laluan trek ni tak jauh sgt, dalam 15.3km jer...tp kalau dah laluan balak, sendri mau ingat laa...tu pun ada lagi laluan yang depa tak bawak kami lalu. Tara hat besa2 ni pun dah cukup puaih utk geng2 aku ni kayuh. Tapi yang paling ganaih masa nak DH laa...sapa yang kaki hardcore, mmg ni tempat depa laa...bagi yg takut nak DH, kalau tolak jauh gak woo...kalau tak silap aku DH punya distant adala kot dalam 2km. Kat trek ni juga, ada satu laluan untuk 'test power', sapa2 yang rasa diri tu handal sgt aku rasa bole la test power kat trek tuh. Seramai 6 org raider menyahut cabaran utk 'test power', tapi tadak sorang pun berjaya...suma stuck kat sekerat jalan saja. Memang tinggi la laluan tuh, sebab masa nak turun aku rasa macam nak tersembam.Nanti bila2 mai...bole la nak test lagi skali. Kayuhan tamat sampai kat kedai makan Pak Brahim dalam kul 12pm, semuanya selamat sampai alhamdulillah. Tiada kecederaan dilaporkan. So...enjoy la pic2 kat bawah ni. Skali lagi aku nak ucapkan ribuan terima kasih pada geng2 Gerek Bukit, hampa memang best laa, kalau ada salah cakap aku mintak maap bebanyak la. Mggu depan kalau nak p, halo2 laa lagi...ok chau...!!!
Pic pembuka tirai. Berkilat btoi beskat aku, mcm ada something new, apa dia ek :p
Manjang problem beskat Pawang, mujoq la dok kayuh ngan 'pomen'.
Tu dia, Pawang dah boh dah Rotor baru, ganti hat bengkok itu hari.
Snap mai skeping, sebelum apa2 kejadian bermula.
Aik...Mat Alfa pun ada, brani dia mai nak test trek balak hari ni, dah konfiden kot...takpa kita tgk satg huhuhuhuhu.
Kayuhan menuju ke kedai makan Pak Brahim.
Orait, semua dah ready. Jat akan lead kami ke trek tuh.
Bro Kamil@Sargen Misai pun ada gak, brader mmg sempoi la.
Hui...ramai jugak hari ni, depa suma ni tuang keja ka ?
Ni dia laluan offroad dah bermula.
Hujan lg ka kot ni, awat jalan berlecah...abih la kotoq 'barang' baru aku tu.
Lepaih titi ni, climbing pun bermula....get ready yop !!!
Kan aku dah cakap....alo bang, jauh dak climbing nih.
Pawang, lani dah bergelar 'Bro', lepaih2 ja bawak naik Tokun ari tu, naik bkt apa pun dia ckp 'konfiden'.
Take 5 jap, bukan apa...teman Mat Alfa jap. Tak teman satg dia patah balik plak huhuhuhu.
"Alamak, Alfa ni slow laaa....mcm mana aku nak puaih kayuh camni" - Mait Apit.
Mcm besa la...sesi menunggu lagi huhuhuhuhu.
Rilex Alfa, tarik nafaih panjang sket, alat bantuan 'pernafasan' bawak dak.
Tadaa....mcm besa la aku ni :p
Alamak, awat naik tak habih2 lagi nih. Aku bukan apa, kesian kat Mat Alfa ja.
Alfa sedang diberi motivasi dan kata2 semangat oleh otai PG8, Mait Apit.
Sblom apa2 terjadi masa nak climbing ni, meh kita posing dulu.
Pawang masih mampu utk tersenyum, besa jer nih.
Climbing terakhir, untuk trek ladang sawit. Utk trek balak, tak stat lagi...pakai la hampa.
Posing dulu.
Huh...Giant pun dah kuat lani, tinggai kami sayup2 nun diblakang.
Awai btoi geng2 nih sampai.
Dah cukup rehat ke blom nih, jom la gerak...depan tu DH jer.
Permulaan laluan balak, disambut dgn laluan DH, best2.
Tetapi, lepaih saja DH yg 'secetet' tuh, terima la pulak penangan Uphill yg memacak. Padan muka aku ngan muka hampa skali, kayuh2.
Larat kayuh...tak larat tolak, simple kan.
Huh...Pawang pun lepas bukit ni, cayalah. Depan tu bro Jat, dia tu toksah ceta la, dia mmg dah otai ma...
Ramai lagi rupanya yg baru dok naik, ingatkan dah abis.
Aku lupa nak tanya nama bro ni, tp aku nmpak 2 kali dia turun naik bukit nih, best2.
Lawak btoi brader ni, tgh dok tolak lelok...nmpak ja org nak amik gambaq, lari menyakaq, malu kunun hehehehehe.
Mcm besa la, dah separuh mati panjat, kena la take 5 jap.
Best laluan ni, jalan pun lapang, masa DH tak perlu risau.
Depan skali tu Bro Jat, hat baju ijau tu bro Kamil.
Masih lagi dalam 'mode' memanjat...tp secara mendatar, naik sket2.
Problem: Beskal Sajan menghadapi masalah dgn RD. Takpa...pomen ramai.
Tu la Sajan, sapa soh pakai SRAM huhuhuhu !!!
Steady la Mat Alfa, dah sampai sini bole gelak lagi, syabas. Aiii...lawa kasut :p
Meh kita zoom....
Gaya kena mahai beb.
Orait, suma dah setel...apa lg kayuh la.
Break jap...bagi laluan utk Mat Alfa 'amik nyawa'.
Ok dah bley gerak kot, tu bro Kamil dah mula bagi arahan dah tu.
Dah stat panaih la pulok, ingatkan sepanjang jln redup.
Adeh climb lagi...Mait Apit kayuh sambil gelak, agak2 dia dok gelak kat sapa tu hehehehe.
Alamak, biaq btoi...tak kan kena naik lagi bro, suffer la camni.
Huh...nasib baik bro Kamil kata turun, tadi tu bro Jat gimik ja ajak naik ataih, selamait.
Go Alfa...ingat, ikut laluan yg 'JKR' dah buat, jgn dok rodong tak ketahuan.
Sesi gelak kat Mat Alfa, tgk dia DH mcm katun hehehehehe.
Ni la DH yg aku nak lalu jap g, best...tp kat penamat trek punya DH lg hardcore, tunggu !!!
Masih lagi DH, aku DH smbil pegang camera nih...terrer2.
Bersama bro Kamil@Sargen Misai, kami 1 team laa...
Take 5...depan ni ada lagi DH, depa la kata.
Tgk apa la Pawang...jalan la.
Naik lagi...tadi kata turun, kena muhong dah.
Hang p trek mana ni Alfa, awat yg blemoih sgt.
Kat sini ada 2 jln, 1 menuju ke DH 'hardcore' and 1 lagi trek utk test power, sapa nak p ?
Tak dan nak test power dah tuntun, mcm mana ni.
Bro Zizan mendahului angkatan geng2 nak 'test power'.
Alamak, aktiviti balak kita dah dikesan pihak media, lari...lari...!!!
"Mana dia laluan tu, meh sini aku nak perata...menyusahkan raider btoi la" - Odd.
Sajan menjadi manusia ke 2 utk 'test power', tp depa yg p tadi suma smpai slekoh tu saja, paih tu tak leh p dah, termasuk la dgn aku skali hehehehehe.
Tgk2...Sargen Misai pun bole takat tu ajer...
Bro Jat pun terkandas jugak...maybe kami semua yg berada kat sini tak cukup 'kederat' lagi utk panjat laluan nih. Sepanjang aku kayuh, ni lah laluan yg memang memacak...rasa2 aku bukan calang2 org boleh complete, tp tiada yg mustahil.
Lagi sket ja, tu la puncak dia. Tp aku dah tak bley nak p dah, taya kira nak willey jer. Kalau nak try gak, kena mula dari bawah blk, maleh aku hehehehehe.
Depa yg tak p, pakat2 dok tunggu kami kat area lapang nih.
Jat...2 kali jatuh masa turun dari laluan 'test power'.
Mana owner dia....baru blk dari ride kat 'bendang' kot ?
Tibalah masanya utk laluan penutup, DH 'hardcore'.
Kalau brani, naik. Tak brani, tuntun la sampai bawah...2km tu.
Mait Apit tergamam seketika, pikiaq apa lg...terjah saja.
Pic2 semasa melalui DH yg terakhir:Antara mereka2 yg berjaya mendarat dgn selamat, amin.
Halamak...mcm kenai ja mamat yg tgh DH tu. Kalau tak silap aku dari kelab 'Gua Terrer = GT'.
Hmm...ada sumthing wrong la, skali pandang mcm tgh DH ataih beskat, tp ada kompius sket.
Layan DH lagi sket.
Mana ble jadi, depa layan...aku pun nak layan jugak.
"Saya berpuas hati dgn kayuhan hari ni, walaupun hati tak brapa sedap 'coz my wife MC today'." - Zizan.
Alhamdulillah...gua dah slamat landing beb huhuhuhu.
Pawang pun slamat menjejakkan kaki ditanah rata, ni suma hasil dari latihan hikmat 'Helang mengepak semasa DH dicerun bukit' hehehehe, tahniah.
Tak sia2 Sajan amik cuti ari ni, memang berbaloi lah.
Lani masuk acara mandi beskal secara berkumpulan.
Meriah2.
Tolong snap my pic skeping, tq.
Yang berendam pun ada, mmg pantang jumpa air terjun la.
Woi Alfa, jgn cuci bersih2 sgt, satg Maria tak caya plak kata hang p kayuh huhuhuhu.
Green peace bro.
Giant menggayakan aksi bapak 'dugong' hua...hua...hua...!!!
Meh kita posing. Biaq pun sempit...itu semua tadak masalah.
Ok one more.
Destinasi seterusnya...balik ke 'pengkalan' la.
Bergambar kenangan di pit stop yg terakhir. Tq to geng Gerek Bukit.
Pulang...marilah pulang...marilah pulang, beramai-ramai...
Dah mula nampak rumah org, kita dah makin hampir utk pulang.
Alhamdulillah...selamat sampai jugak kita semua.
Tahniah buat Mat Alfa, kerna berjaya tamatkan kayuhan hari ni, tanpa perlu membuat sebarang 'U-Turn', kami bangga dgn hang hehehhehe.
Brenti minum jap kat kedai Pak Brahim.
Tgk muka mcm tak kayuh pun huhuhuhu.
Tu dia, byk nya gelaih...takkan Mat Alfa yg order byk tu kot, kalah Pawang.
Sirap + Oren, yang ditaja oleh Pak Brahim, tima kasih bebanyak. Sedap btoi ayaq ni, "Mai segelaih".
Lepak dan sambil berbual dgn geng2 Gerek Bukit.
Dah puaih minum...tggu apa lagi, jom la balik.
Mcm besa lah. Acara perelai beskal.
Abih la blemoih Vios tu satg...
Aik dah siap...cepat btoi, hehehehe...jgn marah na.
No comments:
Post a Comment