Sabtu, 9 Mei - Samekom to all. Hari ni, sempena cuti umum Wesak, aku ngan membe kilang telah membuat 1 perancangan kayuhan. Setelah dipersetujui oleh semua ahli jawatan kuasa, maka kami sebulat suara memilih 'Round Island-Penang' sebagai destinasi kayuhan kali nih. Antara hadirin yang hadir untuk memeriahkan suasan kucar kacir hari ini ialah: Aku (Odd), Mait Apit, Cik cHuN, Jat, Pawang, Giant, Lim PPV, Ajuah, Jai M6, Alfa, Mat Yus, Jai Cannondale, Kamil & Jat (Gerek Bukit) dan penampilan istimewa Abg Razif dari BalingBiker, tepuk2. Cuaca pagi ni ditemani dengan hujan renyai2, tetapi ia tidak mematahkan semangat juang para raider's semua. Dah sampai kat area bagan tuh, hujan pun kami kayuh jugak, tak kira la apa nak jadi. Ramai jugak geng sekilang yang tak dapat hadir, rugi tak mai. Kayuhan macam besa la, kalau dah geng2 ni yang kayuh mmg petang la abih huhuhu...kul 4pm jugak tamat. Kali ni punya route, kami akan tempoh Balik Pulau dulu...sebab ari tu dah try dah stating dari Bt Feringghi, kali ni ubah selera sket. Ride kali ni jugak nak menguji 2 org membe baru dlm sukan MTB ni, mereka ialah Alfa and Jai M6. Sayang skali buat Mat Alfa, karna tidak dapat menghabiskan kayuhan Round Island nih, beliau surrender masa krabat Jln Baru Blk ulau hehehehehe. Dia kata, badan dia larat lagi....tapi kaki dia dah tak larat, kami terpaksa redha dgn ketusan dia. Bagi Jai M6, tahniah kerana dpt menghabiskan kayuhan kali ni, biaq pun 2-3 kali bebai masa climbing, anda tetap berjaya. Kayuhan berakhir dengan selamat, tiada kecederaan dilaporkan oleh bernama. Tq to all member yang hadir hari ni, ada masa kita buat lagi event2 macam ni. Tp saya terkilan la sket, sebab geng PG7 ngan Kulim tak hantaq wakil pun hehehehe...jgn marah na. Ok la, gua pun dah malas nak taip lagi....enjoy the pic.
Route: Mayban Bagan - Lintaih Laut - Expressway Jelutong - Batu Uban - Sg Dua - Tmn Pekaka - Bkt Jambul - Jln Baru Blk Pulau - Blk Pulau - Sg Rusa - Titi Kerawang - Sg Pinang - Teluk Bahang - Bt Feringghi - Tanjung Bungah - Tanjung Tokong - Gurney - Pdg Kota Lama - Lintaih Laut - Mayban Bagan = 73.01km
Seawal kul 7am, seperti yg dijanjikan.
Pawang berjaya memboloskan diri hari nih, dah 2 mggu absent.
Blogger kena la posing dulu, satg tak leh dah.
cHuN dan Mat Yus, masing2 dgn taya slick baru mereka.
Bro Jat...manjang lambat, tp walau bagaimana pun tq for coming.
Sementara dok tggu Jat pasang taya, meh kita bergambaq.
Muka2 tak bersalah, dari kiri: Bro Kamil@Sarjan Misai, cHuN, Mat Yus and Aku.
Kickstat dari bagan, dlm kul 7.45am.
Mujoq ada laluan pintas, 'sep' tol feri huhuhuhu.
Antara peserta yg hadir. Kat sbrg sana ada lg dok tggu.
Akrab...bersama Jat, huiii...dah makin leper.
Brader yg naik moto tu pun kaki kayuh gak, dan la nyembang ngan Cik cHuN.
Shall we...
Welcome to Penang...all raider's are ready.
Rombongan dari tanah besaq.
Otai-otai...
Bergambaq bersama BalingBiker, Abg Razif.
Hmm...belek beskal pencalonan baru, Merida Matts 40.
Ni owner dia, Mat Alfa...hari ni kita nak uji kekuatan lututnya.
Continue journey, Lim PPV lead the team.
The two towers of Bt Uban (mini KLCC).
Jalan agak sesak pagi nih, so berhati-hatilah dijalan raya.
Laluan di Sg Dua jugak agak sibuk, rimaih2.
Berenti di area Sg Dua, kutip lagi 2 org raider. Salah seorangnya juga pencalonan baru. Bro Jai dgn M6 nya. Sorg lg plak, selaku juara 'raja bkt', bro Ajuah 'the raider sattar'
Giant, cuba menginterbiu Abg Razif.
Rilek Alfa, awat muka mcm org nak triak.
Dah cukup korum, apa lg stat kayuh ler.
Disinilah bermulanya segala 'kejadian'.
Ok...tarik nafas, Pawang siap mengepak lagi...nak terbang kot.
Wajah-wajah ceria sebelum 'kejadian' bermula.
Hehehehe...yang ni pun sama, ceria sokmo.
Seawal menet ke 5, Alfa cuba bersaing dgn otai Gerek Bkt, pakai la satg membe kita nih.
Hati2 dgn kenderaan kluaq masuk.
Jai M6 and Abg Razif.
Nampak nya, ada org sedang di eskot huhuhuhu.
Nohhh...aku dah kata, pakai la satg. Go slow bro Alfa.
Lim PPV, kuat btoi apek nih.
Abg Razif, still steady and strong.
Climbing ke Jln Baru Blk Pulau.
Apa sudah jadi bro...lilek2, mintak nyawa dulu.
Tadaa...lihatlah.
Bro Jat bersama bukti signboard Blk Pulau.
Otai: Mait Apit and Jat 'Gerek Bkt'.
Dlm dok peringat dgn signboard...hati2 dijalan raya, ingatlah org yg tersayang.
Hehehehe...dan lagi berposing.
Continue climbing...jenuh nak ligan depa.
Tadi ada kat blkg, tup-tup dah smpai ataih, laju btoi Cik cHuN.
CP pertama, RnR Jln Baru. Jenuh nak smpai sini.
Pawang tidak menghampakan peminatnya, biaq pun dah 2 mggu tak kayuh, beliau tetap sampai ke puncak, dgn catatan baru...ermmm estimate 30min, laju2.
Antara org2 yg terawal sampai kat puncak Jln Baru.
Jat pun dah sampai. Apa sgt la bukit ni kalau nak dibandingkan dgn Gunung Jerai.
Pencalonan baru juga tidak menghampakan, syabas.
'Customer' tetap Gunung Inas, Abg Razif pun dah sampai.
Picture2 posing sakan kat RnR Jln Baru:Nantikan kemunculan album terbaru kami.
Giant terpaksa ditolak, d'motivate selepas Alfa tarik diri.
Takpa Giant, relax dulu...amik nyawa byk2 sket.
Setiap kali ride, mesti khidmat pomen 'part time' kedai Jamil diperlukan, beruntung kita.
Astaga...sapa dia tuan punya beskal nih. Beskal riban2 bole beli, kabel tie baru bapa sen pun tak bley boh ka, sep2 hehehehehehe.
Bergambaq kenangan dipuncak Bkt Blk Pulau.
Masa untuk DH, hati2 ya...jalan basah.
Mait Apit and cHuN, mereka adalah antara manusia terawal yg memperkenalkan sukan MTB ni kat tempat keja, lani kira dah otai laa...
Kita baru turun dari bukit tu laa...tinggi dak.
Suasana Pekan Blk Pulau.
Jai Cannondale, nasib dia cukup baik, coz hp dia yg jatuh tadi jumpa balik, mujoq2.
Huiyooo...Ajuah buat 'wekang' tuh.
Atas spesel request dari Abg Razif, kami take 5 jap kat Petronas Blk Pulau, coz Abg Razif nak jumpa 'adik-bradik' sat.
Sementara tu, mai kita repair beskal dulu.
Wakil dari Gerek Bukit, bro Kamil and bro Jat.
Ehem...ehem...ni rupanya 'adik-bradik' Abg Razif. Paih ni kalau nak kayuh p blk pulau, roger2 la saya bang, jgn la mai sorg2 hehehehehe.
Laa...tak siap lagi repair beskal, tggl aje la.
Meh kita bergambaq, dari kiri: Jat, Aku, Pawang and Mat Yus.
Perjalanan diteruskan, next stop kedai nasi kat Teluk Bahang.
Tgk tu, geng Gerek Bukit...dah stat speedy dah masa climbing, jenuh nak ligan.
Bersama Jat Pinnarelo.
Dari kiri: Jat, Lim, Jat SP, Mat Yus and bro Kamil (sarjan misai)
Posing lagi.
Huduh sgt aihhh...
Biaq pun 2 mggu tak kayuh, Pawang langsung tak tunjuk reaksi letih spt ride yg sblom2 ni.
Steady la Jai, ni baru 1st time mai. Kalau dah ber'time2' mai musti hang kuat nanti.
Bro Jai Cannondale menghadapi masalah 'tarik mengkarung', tu yg lmbat.
Kalau depa 2 ni jadi sweeper, mmg tak perlu dirisaukan lagi.
Kenangan di Air Terjun Titi Kerawang.
Jgn kata org saja dok mintak nyawa, kasut pun dok mintak nyawa jugak.
Continue ride, selepas puas dengan sesi fotografi.
Cik cHuN, muka murah rezeki hehehehe...
Giant and Jat.
Jai selaku 'protoge', sentiasa di ikut oleh 'mentor' nya.
Pemandangannnnnnnnn......!!!!
Abg Razif tak mau ketinggalan utk bergambaq, pemandangan masa ni mmg best.
Tgk tu, turun bukit lepaih tangan truihhh...brake2 tak guna dah.
Aku pun nak jugak skeping ngan Abg Razif.
Jai Cannondale terpaksa berkayuh dlm keadaan berjaga-jaga, coz kaki sering 'krem'.
Alhamdulillah....sampai gak kita kat kedai mkn ni.
Muka2 letih seantero.
Pawang makan tak semawa orang dah.
Dah puaih makan tidoq la pulok tok Pawang nih.
Ruangan iklan.
Dah puaih makan, skang masa utk meneruskan lagi perjalanan yg tak sudah.
Jat dengan Jat...beza dia hehehehehe, maleh aku nak ckp.
Ok2...aku pun nak jugak.
Area Bt Feringghi.
Dah dekat nak abih pun, masih diperlukan khidmad Mait Apit.
Aksi manja Jai dgn Jat.
Alamak, ada membe request pekena Laksa la pulok. Nasib baik ramai protest hehehehe.
Laju geng2 ni...jgn la cuba2 nak test.
Masa ni stop kena tggu Jai M6.
Mat Yus diikuti dgn bro Kamil.
Aik macam mana Jai bole terlepaih p sana.
Sggh Gurney jap...snap la apa2 yg patut.
Laa...dah dekat nak sampai Jeti pun dan lagi refill.
Dekat2 nak ending, Jai plak krem. Mujoq ada bidan terjun.
Hmm...selasa nak mai ni, aku ada makan2 kat hotel ni.
Kat sinilah tempat hiburan anak2 melayu yg dah lupa diri.
Masuk area Pdg Kota lama, dah dekat dah ngan feri.
Nak balik naik bas ka bro...
Selamat Jalan, sila datang lagi yerrrr....
Pose utk cover muka letih.
Sabaq sat raider2...biaq geng moto p dulu, danger2.
Selamat sampai...semua kenderaan masih dlm keadaan tip-top.
Acara membuka taya, sebagai penutup kayuhan.
Semua dah siap pek beskal masing2, tggu masa nak chau jer.
The end...elok la, battery pun the end gak pas pic nih.
No comments:
Post a Comment