Jumaat, 3 April - As'salamualaikum and selamat pagi semua, 'how do you do...fine tq' hehehehe. Untuk pengetahuan semua, aku baru je baik pulih dari demam yang tak kebah2, yaa....demam ni jugak boleh membawa kita hingga ke lubang kubur kalau tak dirawat dengan segera, ihhh....tak mau...tak mau. Tapi alhamdulillah, aku masih lagi selamat. Senang ceta, aku baru baik dari 'Demam Denggi'...ni suma angkara si Nyamuk Aedes bedebah tu ler. Skali 2 org dia hantaq p dok spital, aku ngan adik aku yang no# 2 tuh. Adik aku kena infection ni 2 hari selepas aku dah terlantaq kat spital hehehehee...lani dia kat dalam lagi ler, siap berkelambu lagik.
Al-kehsah...balik dari ride last week, pas2 mandi and solat, badan aku mula rasa tak best. Mula2 I think rasa demam besa jer telan panadol 2 bijik and selimut, esok pagi ok ler tuh. Mula2 memang ok, tapi bila mlm...dia mai ketaq sangat2, so menda ni berlarutan sampai le 2 - 3 ari. Hingga ler pada malam minggu baru2 ni.....sejam skali musti muntah...sejam skali muntah, sampai badan aku jadi lembik, ye laa...dah 2 ari aku tadak selera. Dah separuh nyawa camni baru ler aku tau yang taman aku stay sekarang ni memang 'blacklist'....area Denggi, tu pun mak aku ceta, coz jiran aku dah ramai 'terap' kat hospital. Astagaaa....nampak nya aku ler mangsa seterusnya. Subuh2 lagi aku dah dikejarkan ke hospital, sampai ja kat area kecemasan, apa lagi naik wheelchair ler...coz aku nak berdiri pun dah tak mampu. Lepas ja dokter tu bagi aku minum 'ayaq' kot tangan, aku rasa ok sket...rasa nak muntah pun ilang serta merta. Tapi yela...bila dok kat hospital kerajaan ni, serba-serbi lembab...harap misi jer ramai, tapi bila panggil suma tak brani wat kerja, antara ayat2 lazim yang aku dgr "Saye pelatih jer bang, jap saye panggil misi ek" ermmm....macam tu ler. Dekat 8 orang misi aku panggil suma ckp camtu. At last, aku pun dah mula ilang sabaq, trus mintak kluaq and aku trus pindah ke Bagan Specialist, selesa ler sket. Lagi pun company bayaq, aku peduli apa....guna kan tanpa was-was. Diam tak diam...5 hari 4 mlm le jugak aku kat situ. Masuk hari ke 4 aku dah mula rasa bertenaga balik, demam aku pun dah kian surut...tapi bacaan darah aku masih tak ikut 'spec'. So aku dimintak lepak semalam lagi and pagi semalam aku dah rasa btoi2 ok, lagi pun bukan apa....boring gila dok hospital, keja aku makan tidoq ja...tak senaman langsung. Semalam aku dah bole balik huhuhuhhuu....best giler, I'm free...i'm free.
So pagi ni aku rasa badan aku dah kembali normal, but ubat dokter tu bagi still kena perabih gak. Rasanya...ahad ni dah bley kayuh kot huhuhuhuhu...last week semua event2 terpaksa dibatalkan, rugi2....depa layan 'endurance' sampai 100 kelo, p mana hala tuh !!! So kalau tadak area melintaih, insya'allah ahad ni...To all member yang melawat and yang bertanya khabar, thank you for your concern. Jadi pada penghuni2 area Taman aku, lu pk la sendrey...samekom.
Ni ada info2 sket pasal Denggi huhuhuhhu....
PERINGATAN: SEGERA LANCARKAN PERANG TERHADAP AEDES. ANDA AKAN MENYESAL JIKA MELAMBAT-LAMBATKANNYA. MUNGKIN ANDA ATAU ANAK ANDA AKAN MENJADI MANGSA SETERUSNYA. TIADA AEDES TIADA DENGGI !!!
No comments:
Post a Comment