Koko Odd: This Is My Story.

Koko Odd: This Is My Story.

Thursday, April 30, 2009

Set-up brake baru huhuhuhuhu....

Khamis, 30 April - Balik dari kayuhan Sedim tempoh ari, brake blakang aku jadi lagi teruk. Brake je, mesti melekat...tak mau release balik, tensen2. Patutnya menda tu bole solve, dengan hanya menukaq kabel baru, then getah penyalut dia tuh, pam sket dengan minyak. Tapi bak kata 'org tua' kutuk, alang2 tukaq kabel...baik tukaq brake truih hehehehehe. Aku tak p kedai pun, aku order kat BBS jer...coz ada satu mamat tu juai brake hydro yg 'low' budget nyer. ID dia kat BBS tu Tenno77, kedai dia kat JB, hmm...jauh tu. Aku gamble jer order kat dia, coz harga dia murah and barang baru plak tuh hehehe. Alhamdulillah, segala proses jual beli berjalan ngan lancar, thats mean aku tak kena 'cilok' la. Semalam pos, pagi tadi dah sampai...memang 'Poslaju' btoi la, anyway thanks bro.

Hari ni aku keja pagi, so...balik ja dari keja tadi, trus aku belek barang 'baek' yang aku beli tuh. Hmmm...puas ati, memang barang baru. Aku pun klam kabut mandi and solat, bukan pa...tu nak install brake baru, esok ada ride kat Langkap...nak kena uji la keberkesanan brake hydro ni. Harap maaf la cik 'Radius', perkhidmatan anda telah tamat...skang ni dah ada brake baru, Shimano B486. Cadang mula nak sambang Shimano SLX, rega pun bole dikatakan murah gak, below than 600, tp modai tak cukup ler...last2, pakai yang ni pun ok gak. Tak susah sgt nak pasang brake ni, coz skru dia suma pakai 1 jenis allen-key jer...skali 'harung' ja aku pasang. K laa...maleh nak ceta panjang, satg kena tukaq taya plak...coz esok nak layan offroad, taya 'cub-prix' tak buang lagi...rushing2. K slamat malam, daa....



Nindia...beskat 'pomen', kasi barai.



Brake blakang dah slamait, setting pun dah cantek...mintak2 la aku selamat masa DH kat Langkap esok, amin.



Brake depan plak...senang jer nak pasang.



Halamak !!! Mmg ada gaya 'pomen' beskal daa...serius siot.



Wahai 'radius caliper', jasa mu akan ku kenang.



Done, brake ngan caliper depan slamait dipasang.



Cun...nampak seimbang, dah bole re-wiring balik wire meter and house keeping.



Radius...tempat kau skang ni, adalah di'muzium' bawah katil blk aku. Kau masih berguna lagi.


1 comment: