Koko Odd: This Is My Story.

Koko Odd: This Is My Story.

Tuesday, October 28, 2008

Bkt Langkap...the 2nd round.

Rabu, 28 Oktober - Pagi ni lagi skali aku akan p kayuh kat Langkap. Mai hari tu tak naik sampai puncak, sebab tgk kondisi Jat SP teruk sgt. Jadi kali ni mai dgn misi nak menawan puncak. Kat sini ada 2 laluan utk ke puncak, 1 laluan ikut rmh hijau and lagi 1 ikut mini tar. Kali ni Mat Apit ajak naik kot mini tar, aku dgn Giant mengikut saja. Pada pendapat aku, naik kot ni sama la jugak mcm naik kot rmh hijau. Tapi nyata semua itu hanya 'pendapat'....naik kot mini tar, dia punya climbing lagi la terukkkk...jenuh mintak nyawa. Mcm ni punya jalan pun ada kaa ?? Letih punya pasal, aku dgn Giant pakat tidoq ataih jalan, rasa mcm nak patah blk masa ni. Tp itu suma cuma mental...skit2 aku mengesot, sampai la jugak dipuncak. Fuhhh...indah sungguh pemandangan dari sini, masa ni rasa berbaloi la plak bila dah kayuh setengah mati. Indahnya pemandangan, masya'allah indahnya ciptaan tuhan....amin.


Aku dah tak peduli...kalau ada jeep nak lintaih, soh depa yg mengelak, bukan aku.



Sampai jugak aku dipuncak Bkt Langkap.



Mat Apit p resque Giant...coz tak sampai2 lagi.



Beskat ku dibuang begitu saja, letih2 ni tak dan nak pikiaq dah.



Indahnya pemandangan.



Pemandangan Tasik Mengkuang, yg juga merupakan Dam.



Nampaknya Giant dah tak mampu nak kayuh, cukup la takat tu saja. Takpa...next time kita repeat lain.



Sunday, October 26, 2008

Bukit Langkap

Isnayan, 26 Oktober - Pagi ni 1st time nak masuk offroad. Tempat aku nak p ni depa panggil Bukit Langkap and kawasan ni area2 Mengkuang. Punya la semangat nak kayuh, aku stat dari rumah kayuh smpai ke Mengkuang. Hari ni jugak menyaksikan membe aku dari SP, bro Jat juga 1st time nak layan offroad. Slalu dok dengaq ceta dia dok kayuh kot ataih jalan saja...santai.


Seramai 5 org rider hari ni mai kayuh: Aku, Mat Apit, Cik Chun, Jat SP and Rozaiman. Depa semua ni otai2 belake, accept aku dgn Jat laa...org baru. Mencabar btoi climb kat Bkt Langkap ni, tp walau bagaimana pun aku berjaya menamatkan panjatkan ke Rmh Hijau dgn skali kentut saja, alhamdulillah. Tp bila smpai kat rmh hijau mau tau laa, brapa gelen ayaq aku balun, sedaq2 dah dekat nak 'E' hehehe. Lain plak ceta dgn Jat SP, awai2 lagi dah kecundang...tp takpa cuba lagi dilain hari. Lepas ni kena slalu la mai kayuh kot ni...biaq pun seksa, tp syok jugak hehehe. Meh kita layan picture yang penuh dgn rasa penyesalan hehehehe.


Hehehe...awat Jat, apa sudah jadi. Tu la tadi mengata kat aku sgt hehehe. Takpa2, next time kita repeat balik, jgn lah di kao bersedih hehehe.



Inilah laluan menaik yg berjaya membuatkan Jat SP murong sribu bahasa :p



Ni lah 2 org otai yg bertanggungjawab bawak kami mai sini.



Jat...hang dah ok ka ???



Gaya DH dari seorang otai...Cik Chun.



Posing plak.



Hehehe...awat ni ??



Aiii...gelak besaq nampak, mentang2 la kami ni new rekruit.



Bro Rozaiman...ni geng DH hardcore ni, turun brani mati punya.



Sesi menunggu.



Itu dia depa dah sampai...Jat SP bersama mentornya.



Thats all folk....long live offroad.



Monday, October 13, 2008

My 1st Ride.

Ahad, 13 Oktober - Hari ni adalah hari yang bersejarah buat aku. Tak pernah terlintas nak ada habi kayuh beskat....dah la tu, beskat bukan rega sratuih dua...beriban dua plak tuh hehehe, kopak kabana la jugak aku. Tapi takpa...hobi baru aku ni bukan lah hobi yang sia-sia and aku yakin sukan basikal ni 1 sukan yang bagus untuk kesihatan dan kecergasan kita.

Dah seminggu aku beli beskat, tp tak berkesempatan nak kayuh...ni gara keja la. So pagi ahad yg ceria ni, aku punya mentor a.k.a Mat Apit ajak aku buat 1 kayuhan ringan, kayuh dari Tmn Selasih ke Junjong. Selain dia membe aku lg sorg ni, iaitu Giant jugak turut serta dlm kayuhan ni. Depa ni org lama dlm arena kayuhan ni....jd mintak2 ler depa tak tinggai aku satg.

Laluan nak ke Junjong, depa amik jalan ikut Bukit Teh. Masa jalan landai kayuhan aku tadak masalah, tp bila mai kat Bkt Lengkok....masha'allah, mcm ni ka rupa kayuh naik bukit...rasa mcm nak pitam pun ada. Mujoq la jalan tu menaik tak panjang sgt...so aku pun kayuh dah rupa mesin ais kacang laa. Penat masa ni toksah habaq laa, hanya tuhan saja yang tahu. Masa kayuh ok lagi...tp bila dah smpai pekan Junjong, masa otw nak tapau roti canai...tiba2 dunia ni jd kuning, on the spot aku dah tak nmpak jalan. Aku bgtau Apit, dgn pantas dia mai pegang aku and bawak aku p relax kat bawah pokok. Masa ni baru aku tau, inilah rasanya keadaan seseorang tu bila nak pitam. Lima menet paih tu, Giant mai bawak ayaq sejuk and jiruih kat ataih pala aku....pelan2 aku dah bole nmpak jalan. Very scary laa...inilah pengalaman pertama kayuh beskat, sungguh menakutkan. Aduihhhh....sakit juboq la kayuh lama2, nampak gaya kena mc la mcm ni hehehe. Ok chauuu...!!!


My bike, GT Chucker.



Muka ceria depa 2 org ni, aku masa ni nak mkn tak brapa lalu sgt.



Dari kiri: Odd, Giant, Apit.



Apit sedang menunjukkan teknik memanjat....uihhh tinggi tuh.



I'm ready...which way aaa ???



Huhuhu...aku pulok, dok kayuh ais kacang nih.



Bergambaq dipuncak bersama Giant and itu saja utk hari ini.