Koko Odd: This Is My Story.

Koko Odd: This Is My Story.

Saturday, December 20, 2008

Trek Batu Kawan.

Sabtu, 20 December - Hellooo...hahaha, nampaknya mentor aku dah blk dari pertapaannya di Sarawak. Sehari sebelom 'kejadian' dia call aku, nak ajak aku ride dengan geng2 dari luaq iaitu Geng Gerek Gunung. Aku ok saja, nak ride kat mana tu ?? Mengikut sumber maklumat, depa tu nak ride kot area Batu Kawan, hmm ni trek baru (bagi aku la).

Pagi tu sesampainya aku kat tapak starting, punya la ramai rider....wuihh meriah2. Ni kira 1st time la aku mai kayuh dgn jumlah rider yg ramai. Nama tak brapa nak ingat laa...coz ramai sgt, tp ada la 2-3 org kenalan yg sempat aku berbual. Trek kat sini sempoi jugak...bermula dgn flat road, ronda2 kot kawasan pembinaan Jambatan Ke 2. Lepaih tu climb sket p ke Jeti Pulau Aman, take 5 and minum2. Lepas saja dari situ, naik plak laluan mini tar....climbing naik ke pencawang, wuihh tinggi la jugak. Tapi hasil berkat dari training solo aku nek ke Jalan Baru and Air Itam Dam, segalanya berjalan dgn lancar...alhamdulillah syukur.

Regroup blk masa kat puncak, lepaih tu layan DH offroad plak....sempoi jalan ni, dia punya rolling mmg menarik. Masa last DH tu ada sedikit bahaya, coz kawasan tu curam sket and pasiaq kot tu pun jenis pasiaq lada, kena hati-hati laa sket. Abih saja kayuhan, Don (membe baru kenai kat situ), ajak p rumah dulu, siap sediakan sabun utk cuci beskat skali + makan minum. Terima kasih byk la Don, next time mai ble la park keta kot area rumah hang noo...hehee.


Pic kenangan bersama dgn Gerek Gunung.



Masa ni lalu kot kawasan paya, btoi2 dgn kawasan depa dok buat jambatan ke 2. Blakang aku ni, depa ni mmg otai kayuh Azizan and Wadi.



Sggh berehat kat Jeti nak ke Pulau Aman.



Nun jauh disana Penang.



Lepak minum-minum dulu, lepaih ni depa kata nak climbing.



Regroup dulu sebelom meneruskan kayuhan ke Pencawang.



Ada membe yg menghadapi masalah dgn beskat....mujoq ramai yg sudi tolong menolong.



My GT Chucker....elok punya parking.



Take 5.




Gambaq aku la plak...dari tadi tadak lagi.



DH curam...masa kat sini, semua pakat pass beskat...klu turun gak, sama la mcm bunuh diri.



Tu da Mait Apit...lama sgt bertapa kat Sarawak, hari ni kayuh nampak mcm letih saja.



Hati2...finishing depan tu, gaung.



Ada jugak membe yg jatuh, tp mujoq tadak apa2...cuma calaq sket2 saja.



Masa ni aku baru sudah DH kot kawasan 'sofa' hehehe.



Kayuhan dikira tamat lepaih saja DH kot area sofa tuh. Masa ni dok regroup semula...tq for all, hari ni kayuhan memang meriah.


Sunday, December 7, 2008

Air Itam Damned.

Ahad, 7 December - Sebelom aku mai terjah ke Dam ni, aku ada baca 1 blog tu, ermm...tak silap aku dari blog Gerek Gunung. Blogger dia ada tunjuk jalan nak mai ke Dam ni, tp posting tu tak berkaitan dgn kayuh laa...dia just post coz bawak family jalan2 kat situ. Dari picture yg aku tgk, tempat tu mcm best jaa. So...shari sblom aku nak ride p sana, aku try p ronda2 dgn mutu kot area2 Air Itam. Bila dah jumpa laluan dia, aku truih la climbing nek mutu sampai ke Dam. Huiiiyyooo....tingginya, waa kena mai ni esok pagi.

Disebabkan tadak geng, mcm besa laa...kayuhan solo. Aku start kayuh dari Relau, naik ke Paya Terubong and trus DH ke Air Itam. Sampai kat jln nak naik ke Dam, aku sggh kedai sat, isi ayaq 'lembu liaq' sbotoi and then truih kayuh naik ataih. Alhamdulillah...sampai jugak ataih dgn skali kentut, walaupun mental aku hampir menyerah kalah tadi. Jenoh mintak nyawa wooo...Masa dok lepak kat ataih tu, aku nampak ramai jugak kelibat gemg MTB dok kayuh nek ke Dam. Tp lepaih tu depa tak patah blk, depa truih masuk mini tar area pejalan kaki. Hmm...ada trek lagi kaa ?? Aku sembang dgn sorg uncle yg mai kayuh kat situ, dia kata kat dlm tu ada lagi trek, bole kluaq Blk Pulau or Titi Kerawang, lagi tinggi wooo...dari naik Dam ni. Alamakkk...lagi tinggi uncle tu ckp, takpa laa...lain kali la hehehe. Lagi pun aku sorg saja, nak terjah masuk hutan tak brapa nak brani sgt, satg jadi apa2 kat aku yg terona ni susah la aweks-aweks diluar sana hahahaha.

Balik tu aku ikut laluan hat mai tadi...masya'allah tinggi nya nak kena krabat Paya Terubong, patut la masa DH tadi laju yg amat, rupanya climber dia tinggi...mintak nyawa !!! Padan muka aku, sapa soh mai kayuh hehehe.


Inilah rupa Air Itam Dam, kawasan tadahan air yg dibuat tgh2 antara 2 bukit.



Posing.



Posing lagik !!!



Bukti sampainya aku kat ataih ni hehehe.



Last pose before I get lussss...


Friday, November 28, 2008

Ronda2 ke Puncak Jln Baru Blk Pulau.

Jumaat, 28 November - Buat masa ni, aktiviti kayuhan aku memang kurang. Coz aku punya 'mentor' blk kg bini kat Sarawak selama sebulan, huiiihhh...lama tuh. Aku plak jadi tadak geng nak ajak kayuh. So last week aku blk kg and mai blk Penang aku bawak skali dgn beskat. Dah sminggu bawak, tak berusik lagi...hmm boring punya pasal, aku capai beskat and trus kluaq p kayuh. Sampai kat simpan 3 nak masuk ke Apartment aku tu, aku stop sat....nak buat decision, nak pusing Bukit Jambul or nek p Jln Baru ke Blk Pulau. Dok nampak nak p Blk Pulau, kena climb panjang...mesti terok punya. Tapi bak kata org tua2...'jika takut dilambung ombak, jgn berumah ditepi pantai' hehehe....ayat tuh. Last2 aku amik laluan ke Jln baru Blk Pulau...mintak2 la selamat sampai.

Seksa btoi nak sampai puncak, aku set meter dari rmh sampai ke puncak...ngam2 5 kilo, mintak nyawa. Tu pun jgn...idea sblom naik tadi, ada hati plan nak lajak p pekan Blk Pulau hehehe, mmg cari na'aih. Sampai kat puncak aku just lepak kat situ, nak p Pekan Blk Pulau mmg kompom tak dah. Lagi pun aku start kayuh pun dah lewat, ni pun nak masuk magrib dah...aku tak blk2 lagi.Ok laa...gua chau dulu, layan jer la picture2 pemandangan yg sempat aku snap tadi.


My blackend GT.



Alamakkk...lain mcm jer rupa langit, nak hujan kot.



Nun jauh dibawah tu ialah pekan Balik Pulau.



Pemandangan sekitar RnR puncak Blk Pulau.



Tak silap aku, blah sana tu area Pulau Betong.



Aku pun nak jugak enteprem hehehe.



Fuhhh...berkilat siot, sekian saja utk kali ini, bye2.


Monday, November 10, 2008

Terjahan ke Bkt Gas.

Isnayan, 10 November - Hari ni berpeluang ikut otai2 kayuh p trek lain. Tempat tu dlm area kt Langkap jugak...tp kena masuk dalam lagi. Best...climbing tempat ni tak la curam sgt, tp penuh dgn akaq2 kayu, mean mmg kena ada teknik la nak climb kot ni. Aku dari awai2 lagi dah kantus, just mampu tgk Chun dgn Apit saja la, tgk depa climb mcm mana. Tapi walau bagaimana pun dekat2 nak sampai puncak depa tewas jugak, tu pun sebab taya spinning lebih sgt. Nak blk dari Bkt Gas kena melalui 1 kawasan cerun bkt, mmg risk taking la area tu. Kalau jatuh, silap2 bole truih jalan...aku tak dan nak amik picture kat situ, sebab aku sendiri pun kecut teloq2 lalu kot tuh. nak mai tadi syok, tp masa nak blk jenuh dok berdoa hehehe...masa ni baru nak ingat tuhan.


Alamakkk...depa pun tolak, takkan aku nak kayuh kot, satg kata lawan tokeh hehehe.



Astaga...awat jauh sgt laluan ni, mintak nyawa.



Yieehhhaaaa....I'm here, tadaa...!!!



Bergambaq bersama mentor.



Nindia perintis sukan berbasikal kat tempat keja aku.



Last pose.



Blk tu sggh pekena Mee 'lalat' dulu, baru ada umpphh !!!


Sunday, November 2, 2008

Bkt Langkap lagi....

Ahad, 2 November - Nampaknya lani aku dok kian ketagih kayuh beskat, pantang ada cuti saja mesti kaki ketaq nak kayuh. Pagi ni balik dari keja mlm aku ajak Mait Apit layan offroad kat Langkap. Dia ON....so blk dari keja truih lempaq beskat masuk dlm keta, drive p sana. Sampai kat sana jumpa plak dgn Bro Rozaiman bersama dgn 2 riderz cina. Depa ajak ride skali...ok no problem, p dulu hehehe. Kali ni laluan di'extend'kan lagi....hmm luas jugak kawasan jajahan Langkap ni. Moh kita layan picture, aku dah ngantuk...nak taip pun dah tak betoi.


Hehehe...Odd in eksyen.



Take 5 kat puncak Bkt Langkap.




Foto sesi.



Setelah kayuh berkilo2...masa utk take 5 plak, aku pun dah rasa mcm nak pitam.



Tadaa...!!!



Sebelom kita cabut...moh snap skeping gambaq.



Kayuhan tamat...thanks for all.



Tuesday, October 28, 2008

Bkt Langkap...the 2nd round.

Rabu, 28 Oktober - Pagi ni lagi skali aku akan p kayuh kat Langkap. Mai hari tu tak naik sampai puncak, sebab tgk kondisi Jat SP teruk sgt. Jadi kali ni mai dgn misi nak menawan puncak. Kat sini ada 2 laluan utk ke puncak, 1 laluan ikut rmh hijau and lagi 1 ikut mini tar. Kali ni Mat Apit ajak naik kot mini tar, aku dgn Giant mengikut saja. Pada pendapat aku, naik kot ni sama la jugak mcm naik kot rmh hijau. Tapi nyata semua itu hanya 'pendapat'....naik kot mini tar, dia punya climbing lagi la terukkkk...jenuh mintak nyawa. Mcm ni punya jalan pun ada kaa ?? Letih punya pasal, aku dgn Giant pakat tidoq ataih jalan, rasa mcm nak patah blk masa ni. Tp itu suma cuma mental...skit2 aku mengesot, sampai la jugak dipuncak. Fuhhh...indah sungguh pemandangan dari sini, masa ni rasa berbaloi la plak bila dah kayuh setengah mati. Indahnya pemandangan, masya'allah indahnya ciptaan tuhan....amin.


Aku dah tak peduli...kalau ada jeep nak lintaih, soh depa yg mengelak, bukan aku.



Sampai jugak aku dipuncak Bkt Langkap.



Mat Apit p resque Giant...coz tak sampai2 lagi.



Beskat ku dibuang begitu saja, letih2 ni tak dan nak pikiaq dah.



Indahnya pemandangan.



Pemandangan Tasik Mengkuang, yg juga merupakan Dam.



Nampaknya Giant dah tak mampu nak kayuh, cukup la takat tu saja. Takpa...next time kita repeat lain.