Koko Odd: This Is My Story.

Koko Odd: This Is My Story.

Sunday, December 27, 2015

Ladang Anggur and Tasik 'Breeze'.

Ahad, 27 December - Otw balik dari kenduri, mama dok sembang bla...bla...bla...pasai membe dia mai vacation kat Kedah pi jalan merata, hmm tu nak ajak aku pi vacation mana2 ler tuh. Takpa tggu sat, aku dah ada planning untuk kita bulan 1 tahun depan huhuhu. Tgh dok driving tah macam mana otak semenet mai, ok time pun awai lagi, baru pukul 3:50pm. Sampai kat simpang nak masuk tol Gurun, aku lajak terus...ok kita ke Tasik Beris, melawat Ladang Anggur hahahaa.

Dulu masa tengah dok gila kayuh RB, kerap jugak dok mai kayuh sampai ke Tasik Beris nih, laluan dia tok sah cakap laa...'rolling stone', kalau time2 tgh hari dok kayuh lagi kawasan nih, memang gangguan emosi cukup kuat....'mengilai' sakan hehehe (teringat kenangan dulu sat huhuhu). Dah lama tak mai, kawasan Ladang Anggur pun dah upgrade, kalau dulu masuk stakat nak pekena ayaq anggur or beli buah anggur, tak kena bayaq pun, kecuali kalau nak masuk kebun, depa caj rm3 kot skali masuk. Tapi lani dia kira pukoi keliling, masuk saja kena caj teruih, dewasa rm6, budak2 start umoq 7 thn rm3. Tadak apa yang menarik sangat pun, just ladang anggur and tgk view tasik jaa, tapi dah mai kot kawasan Tasik Beris nih, tarikan utama dia ialah Ladang Anggur ni laa.

Seronok noo depa  :-)



Eeeeee....dilarang petik yaa huhuhu.



Hehehe...selpis keluarga ku.



Children playground....hat ni feveret Kak Mia dgn Abg Mie laa.



Selpis tepi Tasik Beris....watch out your step aaa.



Ibu 'misaili' huhuhuu.



Selpis dgn memek muka !!!



Ok pic last kopek.



No comments:

Post a Comment