Ahad, 29 November - As'salamualaikum....hari ni last day keja pagi, esok coteyyy (mode happy). Dekat2 lagi sejam nak balik, dok dengaq dari dalam kilang bunyi dentuman (kilat) kuat kat luaq. Piiiieeeeee...balik satg kena tempoh hujan laaa jawabnya. Lebat sangat2...sehingga memaksa mat2 serta minah2 'rempit' relakz dulu kat tempat keja, layan kopi ginseng dulu secawan dua. Wasap dah start bz, banyak group area Penang dok update keadaan semasa, banyak jugak la kawasan2 sekitar Bayan Lepas, Sg Ara, Bukit Jambul etc....kena banjir kilat. Depan kilang aku pun ayaq naik jugak, paraih2 suspen la jugak untuk penunggang2 moto macam aku nih. Lama jugak aku dgn geng2 lain dok lepak kat tempat keja...dekat2 jam 9pm baru la hujan start seriat, Alhamdulillah dah bole balik. Kat bawah ni aku share sket laa pic2 tempat yg kena banjir kilat...dan lagi pi ronda ushar kawasan hihihihi.
Bukit Jambul...area Hotel B-Suite.
Bayan Baru.
Simpang 4 dekat Sunshine Bayan Baru.
Depan Sunshine, Bayan Baru.
Area kedai makan sekitar Tokong Ulaq.