Isnayan, 05 Mei - Minggu ni segala aktiviti outdoor kena stop sat, dok ada dikampung mertua lani, sedaih balik mau seminggu la dok sini. Kebetulan balik kali ni ada surat dari YAWAS (Yayasan Warisan Anak Selangor), inform suruh pi ofis and ambik Kad Si Manja TAWAS (Tabung Warisan Anak Selangor). Waa dah jadi anak selangor budak Damia nih, aku pun tak tau bila masa bini aku pi register. Tak dan tadika lagi depa dah bagi peruntukan rm1500 kat Damia, tapi kena tunggu Damia berumoq 18 tahun la baru bole usik duit tuh hehehee (cissss...lambat lagi, ingat dah bole tukaq on the spot hehehe).
So bagi para ibu-ibu yang baru melahirkan anak dinegeri Selangor, pi la daftar lekaih sebelom usia anak mencecah setahun, dah lebih setahun it's too late, depa tak terima dah. Tak susah pun, just register online saja, then pihak YAWAS akan hantaq surat dan anda perlu ke pejabat YAWAS untuk pengesahan, sila sediakan salinan MyKad ibu/bapa dan MyKid/Sijil Lahir dan Surat Pengakuan Anak Angkat (jika perlu), simple kan. Macam2 benefit dan peruntukan oleh kerajaan Selangor untuk Anak2 Selangor, nak tau pi website www.tawas.org.my and baca la sendiri hehehee...
Baru balik dari ambil kad Si Manja Tawas dan Penyata Simpanan Tabung Warisan Anak Selangor.
Kena simpan lelok sijil nih, dah cukup umoq Damia 18thn ble la tukaq jadi duit. Kalau hilang sijil nih, masa nak tukaq nanti kena denda rm10....alaa rm10 jaaa, ada belen lagi rm1490 hehehee...
Walaupun cek pelat kedah, tapi cek ada kad ni naa...
No comments:
Post a Comment