Rabu, 03 Ogos - As'salamualaikum wahai umat2 Islam se-donia, pastikan anda semua berpuasa hari ni, bagi kaum wanita....hat mana 'bleeding' tuh dimaafkan lah hahaha. Hari ni hari ke 3 dlm bulan Ramadhan dan juga hari ke 3 untuk kita umat Islam berpuasa, syukur alhamdulillah. Hmmm....hari ni ada aku nak merapu sket dalam blog, tapi tadak apa2 la sangat nak diceritakan, ini cuma kisah silam saja.....kisah 'purba' ketika diusia remaja, the year of 'dark ages' hehehe....tapi bukan la zaman fir'aun laa kikikikiki >:)
Pagi ni last day untuk keja shift malam, kalau malam ni keja....kompom sesampai saja dirumah, truih sambaq bantai. Tapi malam ni tak keja beb, apa barang tidoq...lek lu. Tah apa rajin pagi ni, teringin nak kemas bilik, coz nampak mcm berhabuk sket. Tengah dok layan sapu2 habok bawah katil....aku bok kluaq la semua kotak2 kat bawah katil tu. Dah lupa aku, apa isinya....saja la nak bukak, bila bukak saja tengok2....je jenggg, ni kotak aku packing kaset 'Mental' aku hat lama2 dulu, ada berkotak-kotak kat bawah katil ni, semua masih dlm keadaan baik. Rasa2nya dah hampir 10 tahun kotak2 kaset ni aku simpan kat bawah katil ni and dlm period tu langsung tak berusik. Masa dok belek kaset2 lama tuh, Mak aku jengoi kepala dlm bilk aku, lalu berkatalah ia "awat tak juai saja kaset & CD tu semua, simpan nak buat apa, lagu tak tau ujung pangkai"....uihhh, mana bley....biaq pun tak dengar, cek tak kan sesekali juai, biaq p la kaset2 ni dok didalam 'arkib bawah katil' nih....alaaa, macam ayah simpan piring hitam la jugak hehehehe.
Picture diatas, koleksi2 kaset
Death Metal,
Black Metal,
Thrash Metal,
Heavy Metal and 'apalancau' Metal semua ada kat dlm kotak ni. Picture ni cuma suku dari bahagiannya saja, dah masuk arkib negara sejak tahun 2000. Stat dok beli tape ni sejak dari tahun 1991 - 1998, kiranya stat dari form 1 sampai form 5 plus2 la. Mula la aku senyum sorang2...bukan apa, secara tak langsung aku akan terkenang zaman dok gila muzik2 mcm ni, HEADBANGER (offcoz...) !!!
Mcm mana aku bole terjebak dgn muzik2 mcm ni ???Mari kita imbas kembali....Kalau mengikut timeline dia, mula2 skali aku terdedah dengan muzik Rock Kapak 80an, yelaa.....malaysia masa tu zaman seluaq fit, kasut 'alip' fuhh....rock ooo (Rimba Bara rules). Masa tu faveret band rock aku ialah Wings, BPR, Junction and May. Dipendek kan story, minat muzik time tu dah jadi sedikit extreme....aku start layan Heavy and
Thrash Metal, hasil 'suntikkan' kaset dari Pakcik/Sepupu aku. Masa tu klu layan
Sepultura ka,
Sodom ka,
Slayer ka, kira pecah kpala tadak dah laaa hahaha. Klu muzik Heavy plak time tu layan band spt
Iron Maiden,
Loudness,
Helloween and
King Diamond. Dari masa ke semasa minat muzik berat semakin menjadi-jadi, so sekitar tahun 1991 ada membe skolah (pengaruh kawan ropenye) bagi layan tape dari band
Morbid Angel-Altars Of Madness....pergghhhh, ganaih2 (tak tau apa benda dia cakap, tapi muzik dia mmg layan)....I like it huhuhu. Maka bermulalah era
Death Metal and masa tu band feveret aku ialah
Carcass,
Entombed,
Brutal Truth,
FTG, SilKhannaz etc.
Ok tukaq perenggan plak.....lani kita masuk fasa yg lebih extreme lagi hehehe. First time layan muzik
Black Metal ialah dari band "
Darkthrone-A Blaze In The Northern Sky". Waa...layan jugak muzik ni and apa yang paling menarik ialah band Black Metal mcm ni nmpak ganaz dengan wajah yg dicat hitam putih....warkkkk makan budak !!! Pengaruh muzik Black Metal ni bahaya sket, silap2 bole rosak akidah kalau terlalu taksub melayan. Tapi bagi golongan2 remaja sezaman dgn aku, minat muzik....just sekadar minat sahaja, tidak lebih dari itu. Alhamdulillah tadak sorg pun kawan2 skolah aku yg tersesat hehehehe. Macam tu la al-kehsahnya, macam mana aku bole terjebak dgn muzik2 'bawah tanah' ni. Tapi lani pun ada jugak dok layan, tapi skali-skala saja laa.
Sekitar tahun 1997....zaman dah semakin maju, dok stat beli CD plak. Kat M'sia tak dapat la nak beli CD2 mcm ni, yang dok ada ni semuanya import dari luaq. Tapi sekitar tahun 2000 ke atas, CD2 import mcm ni dah senang dapat dah kat M'sia. Tapi itu kisah lama laa....biaq pun dah tak amik tau pasal muzik2 mcm ni, tapi skali-skala layan la jugak dlm laptop or CD player.
'Rare' picture ketika zaman 'bawah tanah'....warrkkk !!!
Tahun 1994....masa ni baru abih dari tengok 'Gigs' kat Hippodrome, mmg 'headbang' punya kaki. Esok tu tuang skolah....sakit tengkok daaa hahahaha, padan muka.
The yearz of Kramath [1995 - 1999] !!!
1996 - 1998....zaman gila jamming, time jamming offcoz la muzik 'keras', takkan nak boh lagu Slam/UK's kot....apa barang huhuhu. Dari kiri: Fariz, Odd (aku laa), Taufik and John (Rizan Mamak).
Fuhhh....smart tuh hahaha, masa ni dok gila simpan rambut panjang, maklum laa rockerz beb rockerz, tak kan rockerz nak rambut pendek kot, mana layannnn. Picture ni diambil pada July 1998. Tapi tak lama merasa simpan rambut panjang....coz ujung tahun 1998 aku dapat offer mengaji kat IKM, so....terpaksalah korban kan mahkota ku ini, sob....sob...sedih wooo :-(