Koko Odd: This Is My Story.

Koko Odd: This Is My Story.

Wednesday, August 17, 2011

Melawat 'Orang Besi'...peng...penggg...!!!

Rabu, 17 Ogos - As'salamualaikum pada semua rakan2 muslim, hari ni dah masuk hari ke 17 kita berpuasa, cepat sungguh masa berlalu. Hari ni cuti, hmm...tak tau nak buat apa, slalu tu ada saja menda nak buat. Disebabkan hari ni rasa macam tadak buat apa, so aku plan nak p melawat 'org besi' (Khalib) kat Serdang nuu. Masa balik mai Malaysia hari tu pun, tak p ikut geng2 nak p sambut dia tu p, coz hari dia balik mai tu hari aku bertunang, mana ble tinggai tunang beb huhuhuhu.

Hahahaa....dah alang2 p, aku bawak la skali 'the Red Giant', coz nak suroh potong 'tengkok'. Lama jugak dok melepak kat rumah Khalib, layan bersembang dengan dok layan gambaq2 sepanjang pengembaraan dia mengelilingi dunia tuh (tu pun tak abih lagi). Macam2 pengalaman pahit manis dia story kat aku, kesimpulannya....paling perit kalau ride musim sejuk, walaupun aku tak penah lagi merasa kayuh dalam cuaca sejuk, tapi aku dah bole imagin....kalau aku kat tempat Khalib kayuh masa musim sejuk, kompom mati keraih ataih beskat hehehehe. Aku ni kan ka tak tahan sejuk, biaq panaih takpa lagi....kalu sejuk bior le teman surrender ajer.


Akhirnya....new setting, no spacer tuhhh huhuhuhu.



Perghhh....ni chempian punya, ori dari italia, frame full 'kaban', baru 300 euro.



Ini mau juai kaa ??? Hehehee...



Dulu duta Kicap...lani tak dah. Laa dia sign kontrek jadi duta Cinelli hehe.



No comments:

Post a Comment