Sabtu, 31 Dec - Malakoff Interstate Fellowship Ride....salah 1 acara tahunan yg ditunggu-tunggu oleh semua peminat2 sukan berbasikal, terutamanya kepada peminat2 Roadbike. Event yg dianjurkan selama 2 hari ini, memerlukan laluan melalui 3 'benua', iaitu Penang, Perak dan Kedah. Ternyata tahun ni sambutan Malakoff cukup panaz, untuk pertama kali penyertaan melebihi 1000 org peserta. Slalunya tiap2 tahun depa cuma limit kepada 700 org peserta sahaja.
Hari pertama, merupakan kayuhan pusing pulau....bawak rider2 luaq mai tgk 'keindahan' Penang hehehe. Bagi aku plak, tahun ni pusing pulau bawak MTB saja, bukan apa....dok rasa lagu tak larat saja nak krabat Jln Tun Sardon tuh, lagi pun kena 'sep' tenaga, esok nak pakai jauh hehehe. Alhamdulillah...kayuhan sukses, tapi terpaksa la aku akui....kayuh MTB ataih jalan mmg meletihkan, salute aku kepada rider2 yg mai dgn MTB and mampu ikut pace RB. Total distance untuk kali ni lebih kurang dalam 80km ++ saja, just nice :-)
Route : Youth Park - Jln Masjid Negeri - Bkt Gambir - Bkt Jambul - Jln Tun Sardon - Blk Pulau - Teluk Kumbar - Kmpg Seronok - Batu Maung - Pantai Seagate - Pdg Kota - Jln Pdg Tembak - Youth Park = 80km ++
Starting kul 7am....awai gila.
Tu dia....Hj Ramly, dgn mudah saja 'tapau' geng 'skrembler'.
Hehehe....laluan 'feveret' Malakoff.
Hehehe...letih bangat sihhh.
Rakan2 dari SPCC.
Lebih kurang kul 11am....semua rider dah slamat 'mendarat' di Youth Park.
Bersama 'penyokong' setia....yg setia 'mengekoq', cehhhh.