Khamis, 10 June - Alkehsah....kejadian berlaku di SP dan semua 'angkara' yang berlaku bermula dari semalam lagi, mujoq la break down yang tak brapa 'major', kalau dak naya dekkkk !!! Smlm selepaih puaih bersosial dan berfoya-foya, tiba la masa untuk blk rumah. Masa on the way blk, aku dok prasan yg lampu battery dok menyala...aihh awat plak ni, tp masa ni tak tunjuk lagi simtom2 aneh. Masa dekat nak sampai susur keluaq highway baru 'spotcar' aku menunjukkan reaksi aneh...alamakkk awat tekan minyak tak leh nak blah ni, truih aku bawak 'spotcar' aku p tepi and elok p tepi enjin truih padam and padam truihhhh, mampussss dah aku. Hmm...mcm dah penah jadi 'angkara' hat mcm ni. Ada 2 kemungkinan...bateri kong atau altenator kong.
Keta problem dah 1 hal, yg jd masalah besaq tu jadi kat highway...SP plak tu, aku nak blk Lunas, jauh lagi tu. Dok pikiaq sapa la candicate yang bertuah untuk aku call nak mintak tolong. Nak mintak tolong membe2 kg, jauh sgt la plak...klu kena dekat2 Lunas takpa laa. Last2 aku decide untuk call Jat, alhamdulillah...nasib menyebelahi aku, Jat tak tidoq lagi...aku pun truih la ceta niat murni aku kol dia tgh2 mlm ni (segan gak, tp terpaksa la buat2 tak segan). Dok dlm stengah jam, Jat mai rescue...'spotcar' aku mmg tak leh nak buat apa dah, terpaksa la tggl kat tepi highway dulu, esok la ceta lain. So mlm tadi aku blk Lunas dgn 'turbo' Jat ler....tima kasih bebanyak la sebab sudi bagi aku pinjam 'turbo' hang tu, esok aku mai antaq noo.
Letih gila...sampai rmh kul 4am, tidoq tak ingat...jenoh jam menjerit soh aku bgn smyg Subuh, nasib baik dan tapi lepaih tu sambung tidoq blk, keinginan nak peluk bantai masih tak puaih. Punya layan tidoq sedaq2 dah kul 12 lebih...adusss tak ble nak 'overlap' dah, nak p tgk 'spotcar' lagi....mlm ni plak keja, rushing2. Lebih kurang lepaih Zohoq aku gerak p SP, kena p rmh Jat dulu...nak bawak dia p tilik, apa yg tak kena dgn 'spotcar' aku tuh. Jat suggest soh tukaq boh bateri keta dia....dipendekkan ceta, 'spotcar' aku dah bole stat...tp masalah masih blom solve lagi, tanpa berlengah Jat soh drive 'spotcar' tu p bengkel yg berdekatan. Untuk mengompomkan masalah problem yg sebenaq....adakah punca dari bateri atau alternator. Setelah CSI dijalankan, maka kompom lah yang problem tu berpunca dari altenator....oleh itu, jgn buang masa lagi tokeh, kasi tukaq laaa. Setel problem, tukaq altenator baru siap dgn pasang, terbang lah rm145, ok ler tuh....la baru lah nampak sket keceriaan kat riak wajah aku...kalau dak dari smlm lagi, senyum pun tak ikhlas hehehe.
Lepaih saja semua problem setel, aku tak leh nak stay lama sebab mlm ni keja and aku plak tak berehat lagi. Satg kalau aku melengkor dlm surau PG8, Yeop Wan kutuk aku plak dlm FB hehehe. Ok laaa...last word dari aku, tima kasih byk la buat bro Jat...sebab bersusah payah tolong aku, mujoq la ada jugak 'adik-bradik' kat SP ni hehehe, aku dan blanja cendoi saja...the rest, nnt aku sedekah kan doa buat hang hehehe (dan lg buat lawak). Orait slamaittt...!!!
Wakenabeb !!! (Amaran keraih, jgn dok wat lawak time ni hehehe)
Nampaknya Lim Tat (bukan nama sebenar) sedang bertungkus-lumus untuk menyiap kan 'sapotcar' aku nih.
Inilah rope Altenator yg buat hal tu...sampai ati :-(
The rescue 919, bro Jat...tima kaseh byk la no sebab tolong aku diwaktu kesusahan.
No comments:
Post a Comment