Koko Odd: This Is My Story.

Koko Odd: This Is My Story.

Sunday, May 23, 2010

Thomson Trail - Fun Ride.

Ahad, 23 May - Salam and gudmonink...pagi ni liputan secara langsung dari 'Kamerun Hailen', huhuhu sejuk bebeno pagi ni yeop and aku berpeluang ikut Megat and MiziKHT untuk meneroka Thompson Trail. Dah lama aku tringin nak mai kot ni, akhirnya impian menjadi kenyataan jugak. Trip kali ni Megat tak hebah kan sgt pada umum, sebab tujuan sebenarnya ialah untuk mengenal pasti kembali laluan Thompson Trail. Untuk makluman semua, pada 17 July 2010 Danish Adventure Event Management akan mengadakan 1 event yang berkonsepkan survival ride - no check point, follow the road sign and have a fun ride. Total distance utk trail ni lebih kurang 44km kalau tak silap aku and bagi aku ride kat sini memang enjoy. Jom ushar picture dulu, satg aku story stage by stage.


Keadaan kat luaq rumah, time waktu ni dlm kul 6:50am...brrr sejuk siot.



Hehehe...dah mcm org naik mutu nak p keja plak, pakai sweater kot tebalik.



Sejuk punya pasai, starting kena boh sweater dulu...satg nak DH 9 kilo.



Skali tengok macam kayuh kat US pun ada huhuhu.



Sarapan dulu...mkn bg kenyang, satg tadak kedai mkn/minum dah haha.



Ride kali ni ada 2 org rider kecik...anak Megat and anak Nizam.



Bincang apa lagi...moh la stat.



Betong hantaq mai sorg wakil, tp hok ni Betong celop la hehehe.



Wan and Mat...depa ni dilantik sebagai marshall, kuat budak 2 org ni.



MiziKHT....trima kasey karna menumpang kan aku, jasa Stream mu amat dihargai :p



Abg Kamil@Sargent Misai...ditugaskan sebagai Sweeper.



Moh kita bergerak keTapak permulaan...



DH 9 kilo dari Tanah Rata ke Tea Boh :




Masya'allah...cantiknya pemandangan.



Stage 1 - Starting ride kami yang sebenar bermula dari signboard Teh Boh ni. Start dari situ pun bermula dengan DH jugak, kiranya starting nanti pakat2 dok renyeh laa...sronok dpt DH huhuhu. DH lebih kurang dlm 10 kilo and 100% tarmac. Tapi awas....jgn la pi layan sampai abih, nanti truih turun p Tapah hehehe...naya la kena patah balik, nak naik jenoh tuh. Sebab tu masa DH nanti mata kena tajam, kena perati sama signboard tepi jalan...jgn klimax over sangat hehe.
Ok berkumpul semua...amik beg yg nak dibawa utk ride ni.



Tadaa....



Bohhhh...ada ummppphhhh, tadaaa...!!!



Mcm bukan kat M'sia la pulok



Jgn lepaskan peluang utk berposing.



Junior rider.



Briefing dari Megat tentang laluan yg bakal ditempoh nanti.



Kickstat, from BOH to Ringlet :




Dik laju sket....depa semua kat depan tu dah ghaib, naya la kita satg huhuhu.



Gather kat pekan Ringlet and sila beri perhatian...depan tu satg ada 'critical junction', terlepaih simpang tu, hampa p la mkn angin kat Tapah. Moral of the story, kita cucuk blkg Megat.



Sebelom berlepas, mari kita laungkan slogan m'sia....satuuuuuuuuuu...m'sia.



Layan DH lagi :







Stage 2 - Tamat lah sudah kegembiraan men'DH', skang ni tibalah laluan memanjat. Laluan memanjat kat sini offroad ada, minitar ada, jln simen ada dan macam2 ada laa hehehe. Ermm...lupa nak chek meter, laluan kot dalam ni brapa kilo...tapi rasa-rasa aku, jauh jugak. Laluan stage ke 2 ni ada naik and ada turun, sulam-sulam laa...climbing tak teruk sgt, semua kategori umoq bole kayuh. Semasa kayuh kot area ni, rider2 jugak kena berhati2 dengan jip yg dok lalu lalang kot ni, coz depa ni bawak jip dok ligan trip...so aspek keselamatan org tepi jalan depa tak amik kesah sgt, so watch out la. Laluan ni jugak ada menyajikan DH yg agak 'killer'...di kilometer brapa aku tak sure, tp lebih kurang separuh daripada perjalanan route ni laa. Nanti masa on the way kayuh kot ni jugak, bole la tgk perkampungan org asli....kot2 ada anak dara Tok Batin yang bekenan ka, bole la try tackle hehehe...bole 'makan' tu huhuhuu.
Dalam dok peringat...ada jugak yg terlajak, mujoq keloi dgr, kalau dak lepaih ke Tapah la.



Mizi hg willey sat, aku nak amik gambaq ni.



Lagi sedikit briefing dari Megat...ok slamat melayan diri.



Fendi dgn wife dia...tak larat tak larat pun, habih jugak kayuh...tahniah.



Posing dulu...sementara dok nampak hensem lg ni hehehe.



Moh layan UH :










Razi...are u ok ???



Take 5...gathering time.



Marshall utama kita, Wan and Mat....laju depa ni, sat2 hilang.



Hahah...mai dah segerombolan rider2.



On the way nak naik, Megat terjumpa dgn membe lama plak, truih layan sembang.



Hah...dok nganga apa lagi, jom la sambung kayuh.



Slow-slow naik yer hehehe.



Take 5.



Halamakkkk..minum koko kola, patut la cergaih, brrrrrrr...




Tadaa....sempoi2.



Anda diberi 2 pilihan, nak senang ka...nak mudah ??



Nampaknya ramai yg pilih nak mudah, kalau mudah p la turun DH hehehe.



Take 10 pulok...asyik2 take 5 jaa.



Huhuhuhu...posing, jgn kasi chance.



Kebun sayoq ataih bukit.




Ok posing.



Menuju ke DH yg curam....awas rider Betong !!!



Sat2...view cantek kat sini, amik gambaq dulu.



Hati2...masa ni marshall terap, alhamdulillah cedera ringan sahaja.



Cari sapa ni ???



Ramai yg memilih utk menuntun, termasuk la dgn aku skali.



Mmg curam la DH dia, hanya geng2 DH yg brani mati saja bole turun kot ni.



Gather tggu bg semua rider turun prabih. Wan dok tunjuk kesan calaq masa jatuh tadi.



Ni apa kes plak ni....Sargent Misai buat wekang pulok.




Layan saki baki DH yg tinggal, sebelom nak masuk Kg Org Asli.



Ni kg org asli yg pertama yg kami jumpa...iaitu Kg Panggen.



Megat p jumpa warih sat...maklum la lama dah tak blk mai hehehe.




Psoing dulu...ramai lg kat blkg tu yg masih blom sampai.



Mizi bersama peminat ciliknya.



Nice house...for sale ke ni ??? Nak kena tanya Tok Batin depa sat.



Nampaknya sweeper pun dah sampai, moh kita teruskan lg perjalanan.



Tapi, sebelom tu...tadaa...!!!



Lekaih2...Megat dah blah tu.



Kat sini plak Kg org asli ke 2 yg akan kita jumpa, iaitu Kg Post Manson.



Signboard ke kg org asli...brapa kilo tak dinyatakan, nak tau...mai la kayuh kot ni.



Tangkap gambaq dulu, bukan senang nak mai sini.



Let's gone.



Bergambar didepan sekolah kebangsan Manson.



Next trail ialah...kita kena lintaih jln raya tu dulu, maka bermulalah episod baru hehehe.



Stage 3 - Dah abih layan laluan yang ada naik ada turun, maka tibalah masanya melayan laluan yg banyak naik dari turun.....turun hat byk pun sebab turun tolak hehehehe. Masa lalu kot ni pun kita akan jumpa 1 lagi kg org asli, errmmm...lupa plak aku nama kg tu. Mukadimah laluan ni dimulai dgn laluan naik yg agak menyacak, lebih kurang 700m saja. Lepaih tu jalan akan terus menaik, tp naik secara mendatar saja...naik naik naik naik naik naik sampai la jumpa kg org asli. Lepaih saja dari kg org asli, laluan memanjat dah mula 'tuff'...tak jauh mana aih, cuma 6 kelo saja dan inilah laluan yang dinamakan Bukit Meluat. Hehehehe....dengar pun dah meluat, apatah lagi kayuh. Tapi besa laa...tu semua cuma mental saja, kalau mental tak kuat satg mola la meracau tak ketahuan punca hahaha. Moh kita layan gambaq.
Huh kena amik nafaih puaih2, sebab satg nak guna byk napaih.



Menarik sungguh pemandangan kot ni.




Take 5, tggu rider blkg.



Alamakkk...dah nak gerak, awat sat sgt ???



Yaa...panjat panjat, slow takpa janji sampai.



Penant ye bang hihihihi.



Ni kg org asli yg ke 3, aku lupa nama kg ni, tapi kedatangan kami disambut dgn bunyi geng org asli dok jamming. Layan la jugak dgr org asli punya sound system, maju btoi.



Laa...awat berenti, nak patah blk ka ??




Last kopek climb ke kg org asli.



Take 5 sat kat kg ni, cadang tu nak berenti utk lunch, tp tgk anak2 org asli dok kluaq kerumun, takut kena 'pau' la satg hehehe.



Pic aku berakhir disini saja, sebab bateri dah 'kong'...damn. Frust btoi aku sebab tak ble nak share picture masa kat Bkt Meluat and Ladang teh. I'm sorry.



Stage 4 - Biaq pun tanpa picture, meh aku story sket tentang last stage ni. Laluan terakhir ni ialah laluan ladang teh, mmg masa kayuh nnt dikelilingi oleh pokok teh. Format kayuhan pula, 7 kilo climb and 6 kilo non-stop DH. Last kopek punya climb ni tak tuff sangat, lalaun naik yang mendatar....bagi aku semua kategori rider bole kayuh, yg tak best cuma ia adalah long climbing. Masa kayuh kot ni cuaca memang panaih lit2....tp disebabkan kayuh kat Cameron, cuma cuaca saja yg panaih tapi tak hangat pun. Aku cukup suka masa dok kayuh kot area ni, awat la kat Lunas tadak macam ni hehehe. Berita baik untuk rider, masa pertengahan jalan menuju ke puncak, ada 1 kedai runcit....sediakan wang dan minum lah sepuas-puasnya hehehe. Dari kedai runcit tu nak ke puncak tak jauh dah, baki climbing ada la kot lg 3 kilo....lepas tu dah bole layan DH sampai la ke tempat mola tadi. Itu saja yang dapat aku story kat sini, ok chau and selamat berkayuh.

More info for Thompson Trail event, log on to : http://www.danishevent.com/thompson.html



No comments:

Post a Comment