Koko Odd: This Is My Story.

Koko Odd: This Is My Story.

Saturday, December 15, 2018

Hiking Bukit Tokkun.

Sabtu, 15 Dec - Salam dan selamat pagi. Pagi ni plan last menet dengan Mior, sempena klas dah abih kami set 1 aktiviti hiking. Kali ni kami pilih Bukit Tokkun plak sebagai destinasi 'perlancongan' huhuhu. Total 3 orang saja pagi ni, aku, Mior dgn Ron. Disebabkan area Tokkun ni aku dah besa 'tapau' naik banyak kali, jadi aku laa yang kena lead depa. Ron besa jugak dgn Bukit Tokkun ni, tapi dia layan tarmac saja, offroad 'zero' knowledge. Manakala Mior plak first time mai sini.

Aku bawak depa naik offroad ikut laluan bekas empang ayaq tu. Laluan dari starting smpai half way perjalanan, ok saja and no problem. Tetapi lepas saja dari halfway perjalanan kami dah mula terganggu dengan bekas2 pokok tumbang (kejadian 2 mggu lepas kalau tak silap, hujan lebat + angin kencang = pokok tumbang). Kalau tgk posting aku yang lepas laluan kot tarmac pun tak clear lagi. Makin lama laluan menjadi semakin mencabar, sehinggalah kami sampai disuatu kawasan yang bole dikatakan 'dead end' laluan dia. Ada apek tua 3 org depan kami, regular hiker kot nih, depa recommand suruh patah balik, coz depa pun tak jumpa laluan. Masa patah balik tu, ada 1 lagi laluan yg bole naik sehingga ke menara, kami try naik ikut situ plak. Tapi sayang, ending dia sama jugak. Kalau mai dgn renjer hutan maybe dia redah jugak, sebab tau mcm mana nak treking laluan....ni mai dgn 'Power Renger' hahahaa...solution dia patah balik laa.

Aku bawak depa kluaq ikut tarmac, iaitu laluan pertengahan antara CP Malaysia Boleh dgn CP Minum Teh/Gym. Kalau ikutkan, aku nak ajak depa naik kepencawang sambung ikut tarmac jaa. Tapi Ron dah request awai2, dia nak balik tidoq, sebab malam ni dia nak kena keja malam lagi. Aku dgn Mior ok jaa, kami layan turun bawah laa lepas tuh. Takpa geng...nanti kita mai repeat lain.


 Buah mola...peace and harmony.



 Muka tensen...laluan stuck.



 Dok pointed sumthing..."mcm ada jalan ja situ" tp x pi pun huhuhu.



 Mcm mana nak teruskan dgn laluan yg mcm nih ??



Ok laaa....walaupun patutnya bole dpt lebih lagi.



Friday, December 14, 2018

Mari Melawat Penang.

Jumaat, 14 December - Sejahtera keatas kamu...hari ni plan bawak anak2 meronda ke Penang, tapi kali ni versi acah2 pelancong + percutian bajet huhuhu. Aku bawak anak2 aku naik Komuter, park keta kat Stesen KTM Tasek Gelugoq, beli tiket menghala ke Butterworth. Nahhhh total dewasa dgn budak2, sehala baru rm4. Sampai Butterworth meronda dulu kat Penang Sentral, hmm...tak byk tmpat buka, baru 2 floor jaa yg beroperasi, lagi 2 floor still tutup, lagi pun kat luar building dia still ada construction yg masih dalam pembinaan. Dah abih meronda, layan naik feri plak...slalu naik dgn keta, kali nih layan jalan kaki saja...sronok tengok gelagat anak2, berlari merata...jenoh kampoi. Dah smpai Penang, layan jalan kaki sampai Padang Kota...pekena Mee Sotong Hameed Pata plak (jenuh beratoq aihhh). Setel makan bagi depa main plak kat taman permainan tuh. Layan smpai senja, lepak solat Magrib dulu, then cargas balik. Timing pun cun...Komuter last dari Butterworth ke Pdg Besaq kul 09:22pm. Best jugak layan camni, bajet pun ciput jaa...tiket Komuter pi blk baru rm8 + tiket naik feri rm3.20...baru rm11.20 huhuhu. Kalau pi ngan keta...siap laa minyak dgn tol, cuma trip aku pi ni kena guna energy skit laa....skali-skala huhuhu. 


 In progress tunggu Komuter.



 Gelagak anak2 dlm Komuter.



 Huhuhu...mama depa kasuit baru :-)



 View dari Penang Sentral, ada corridor utk tgk view kat luaq.



 Huhuhu...layan Starbaq cemey.



 Bukan main nooo hampa, minum ayaq mahai.



 Holiday cuti2 sekolah...andaikan kita tgh naik feri pi Langkawi...




 Yaa...benar, feri2 lani mmg berwajah baru, cuma model saja still yg lama lagik.



 Mee Sotong...sebagai pelancong, klu mai sini wajib pekena mee nih.



Time to go home.