Koko Odd: This Is My Story.

Koko Odd: This Is My Story.

Saturday, August 15, 2015

Transformer Road Tour

Sabtu, 15 Ogos - Janji dicapati, dah banyak minggu dah dok berjanji nak bawak family mai tengok Transformer kat Padang Kota, so malam ini kita 'yenjoiiiii'. Dah lama tak merasa keluaq berjimba-jimba dimalam minggu, last keluaq malam minggu masa zaman 'remaja' aku dengan mama dulu hehehee. Sesungguhnya ramai btoi orang dan kereta (I hate malam minggu). Seronok Damia...macam baru telepaih dari kandang. Hmm...pasal Transformer ni, bagi aku biasa saja tapi dari segi tarikan pelancong memang patut laa, depa boh replika besaq Optimus Prime dgn Bumblee...lepaih tu ada disediakan 1 kawasan untuk bergambaq yang berlatar belakangkan katun transformer tuh, siap ada competition lagik. Ermmm...tu saja kot huhuhuu...

P/S: Tapi harus juga beringat, jangan biarkan anak anda bermain/berlari2 tanpa pengawasan ibubapa (jika waktu malam), takut ada perkara yang tak diingini berlaku, maklum laa skarang nih kes2 kehilangan budak2 semakin banyak, jadi sikap berjaga-jaga perlu ada. Malam nih aku memilih untuk dukong saja Damia, sampai kat children playgound baru aku lepas dia p main....tapi mata jadi mcm CCTV laa, follow saja mana dia pi. Sekian TQ.

Batman F.C.



Selpieeee family...ataih feri masa nih.



Transformer: Robots In Disguise









Jenuh bergambaq...freestyle.



Mak ngan anak dapat 'gajet' idaman masing2 hehehee.



No comments:

Post a Comment