Koko Odd: This Is My Story.

Koko Odd: This Is My Story.

Tuesday, July 9, 2013

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak

Salasa, 09 July - As'salamualaikum kepada semua umat Islam, nampaknya esok dah nak mola posa. Jadi dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat Islam....posa yop jangan tak posa. Sempena esok dah nak posa, pagi ni aku, Mait Apit, Abg At, Rizal and Apit 400 pi Teluk Kumbaq pi pekena nasik kat Ta'at Cafe....sarapan berat sket pagi nih huhuhuhuu. First time mai Ta'at Cafe....memang marveles laaa, Abg At smpai termimpi-mimpi dia kata hehehehee...

Jangan buat2 lupa plak noo...



Ta'at Cafe, Teluk Kumbar.



Tak dan bukak pintu lagi dah ada org mai tggu....pagi2 memang org ramai and kompom kena beratoq.



Saturday, July 6, 2013

Bukit Langkap.

Sabtu, 06 July - Sejahtera ke atas kamoo dan gudmonink !!! Lama aihh tak buat aktiviti kayuhan, seminggu dua ni maybe bz sket and cuaca plak tak brapa best, tu yang skip sat aktiviti kayuhan. Pagi ni pun tadak arah tuju lagi....nak kayuh, tapi malaih hehehee. Tapi kalau tak kayuh pagi ni, alamatnya lepaih raya plak laa nak stat kayuh balik hehehe...naya dekkk !!!

Kalau ikut plan aku dgn Mait, kami nak p layan 1 lap offroad Sg Lembu...try ajak Zizan, dia plak ada janji dgn protoge dia, nak bawak naik Bukit Langkap. Hmm...ok gak tu, bole la join skali...lagi pun pagi ni Mait Apit tak bole lama sgt, coz kul 12:30pm satg kena antaq anak p Kafa. Ride pagi ni just nice....protoge Zizan pun power memang sportman puny a orang, cuma first time masuk offroad, tak dapat rentak lagi. Sok ni kalau dah bole 'rythm and thalem'....huh kami plak bole habuan, dan ini bole mendatangkan bahaya kepada kapai2 kecik hehehee. So...apa2 pun tahniah la kepada Azli, kerana berjaya melepasi semua halangan kat Bkt Langkap nih, kudos !!!

Azizan bersama protoge barunya....Azli a.k.a Li Gila.



 Tunggu turn.



Cabaran reverse route Langkap.



Takpa Li kami faham....beginner.



Dah naik taraf....dah ada protoge lani huhuhuu.



 Lii....are you ok ??



Hang buat apa Zan smpai Li teriak2 tuh....pujuk kaihh hehehee.



Continue climb....ada lagi sket.




Alhamdulillah...smpai jugak kita kat puncak.



Lama tak tengok view Tasik Mengkuang dari puncak Bkt Langkap ni, Subhanallah.



Jom balik...



Awai lagi....baru kul 11am, layan kedai kopi dulu.



Tuesday, July 2, 2013

Once upon 'Atrocity'

Salasa, 02 July - Uhuk...uhukkk !!! Adusss...batuk kering tak lega2 lagi aihhh, hari ni plak gatai p selongkaq stor, kononnya nak 'house-keeping' sket la stor tuh. Hidung aku dah la 'alergik', tambah plak barang dlm stor byk yg berhabuk, makin menjadi-jadi batuk aku...sigh !!!

Tengah dok ralit punggah barang, skali aku terpandang suatu 'benda' yang suatu ketika dulu memang selalu aku dok guna bila jamming hahahaa. Halamakkk...disini rupanya Double-Paddle-ku, hampir terlupa aku dengan benda nih, tak sangka aku masih 'bernyawa' menatang nih. Aku pun dah semacam orang hilang ingatan, langsung tak ingat pasal paddle nih. Mahai woo...aku beli paddle nih, brand Tama made in Japan, beli 15 tahun yang lalu, beli pun kat membe...walaupun barang 2nd hand, melayang la jugak rm750, kalau harga pasaran dalam 1k plus2. Time aku beli tu memang darah underground tengah kuat mengalir, cuma tak minum darah ja lagi hahahaaa. Aku bok kluaq and try pasang, test tengok dengan beralaskan kotak....fuhh masih lagi smooth, walaupun dah berkarat, ni nak kena cuci balik ni, tonyoh dengan autosol...setel kot. Tapi nanti la aku buat, lani nak kena kemaih2 stor dulu, banyak lagi barang nak kena 're-susun' huhuhuhuuu...

Dulu masa mola2 beli mmg 'bling2' laaa....walaupun 'janda' hihihihi




Testing pasang and ketuk sepedel dua....alaih dgn kotak jaa.



Fuhhh...berkarat aihh, ni kalu tonyoh dg Autosol...agak2 bole bling2 blk dak ??





Tama....made in Japan, untuk PRO drummer hahahaa. Kira mcm aku ni kira PRO laa jugak, PROsak.



Zildjian....tadak menda ni, kena cari playa laa buat ganti nak peketat nut.



Rare foto dari 'Arkib Negara'
From left: Rizan (guitar), K:Odd (Drum), Taufik (vox/guitar), Fariz (bass).
In memorium of Kramath



Monday, July 1, 2013

Swimming Pool baru.

Isnayan, 01 July - Akibat jeles simama melihat papanya mandi swimming pool, simama pun tanpa melengah-lengahkan masa teruih bawak Damia pi Giant beli swimming pool....errr tapi untuk Damia lerrr ehhehee. Pagi ni tibalah masanya untuk upacara pecah 'ayaq' hihihhihii. Budak2 bila jumpa ayaq, memang sronok tak sangga laaa hahahaa...ok Damia nanti papa nak bg dalam sket, Damia kena menyelam plak huhuhuu.

Jeng...jee jengggg !!!



Ok Damia...u bukak dan tiup sendiri yerr.



Seronok Damia....but jangan lupa, masa baby mandi kena 100% pay attention.